Wednesday 9 May 2012

kita tolong orang, orang tolong kita.

tolong org sgt la effortless!  tak percaya, tengok ni!

1) Bila dalam public train or bus. Selesanya dapat duduk bila dah lama berdiri tunggu bas. Cuba lihat sekeliling, ada tak orang tua,OKU, org mengandung atau org dukung anak? Kalau ada sila la offer seat anda sebab mereka2 ni lebih memerlukan seat tersebut.

nampak tu, it's not only polite, it's the LAW!

 harini mungkin kita sihat, mungkin esok kita antara golongan yg seperti diatas.


2) bila memandu dikawasan zebra crossing yg tiada traffic light. Bagi pejalan kaki tu jalan dulu. Kesian dorang berdiri panas2, sedangkan kita duduk sejuk2 dalam kereta. Siap aircond fullblast lagi.

tak lari gunung dikejar dik oi. yg lintas tu manusia bukannya kura2.hehe

3) bila makan di restoran fastfood. Kutip pembalut makanan n gelas coke tu letak balik dalam tray pastu masuk semua dlm tong sampah. Otw p basuh tangan tu kan, singgah buang sampah sekali. Kalau semua org amalkan ni, x da la kita terteleng-teleng tunggu waiter dtg kemas meja.

pandai makan, pandai buang.

4) bila berurusan di cashier. Mana2 cashier la. Cakap terima kasih sambil senyum kat cashier tu.kalau dia pakai name tag, sebut nama dia sekali. contoh ' terima kasih yatie' *senyum*. It will makes her dAy. Cayalah cakap cik Kiah !
jom jadi customer yg murah dgn senyum ;)

yg cashier pon kena la murah senyum jugak. baru enjoy kerja.
5) bila masuk dalam lift. Ringan2 kan jari jemari tu utk Tekan butang <> hold pintu tu kalau nampak ada yg otw nak masuk. Jangan berdiri peluk Tubuh je dalam lift tu, kesian kat org lain kelam Kabut nak masuk lift sampai Tersepit pintu.

kalau tak sempat tekan butang, tahan macamni. gentleman sgt!!
6) bila nak keluar parking. Terutama kat tempat2 yg tak da lampu sensor canggih (contoh sunway Pyramid) dan tempat yg susah giler dapat parking (contoh ikea). Sambil jalan2 p kereta tu, tunjukkan la tempat kereta anda kat orang yg tgh terjenguk2 cari parking tu. Kan memudahkan dorg.senang je nak buat kan? Amalkan! Percayalah, satu hari bila korg tgh susah nak cari parking akan ada org yg tunjukkan tempat kereta mereka utk korg. aku dh cuba, serius menjadi. dekat 30min cari parking kat ikea,hampir give up kot. tetiba ada sorg uncle cina lambai tangan tunjuk ke arah kereta dia. rupanya dia nak keluar and bagi aku parking tu sebelum de org lain kebas. best kan?
kat tempat parking cam ni pon boleh tolong org jugak.