Thursday 26 July 2012

KENAPA KERJA HERBALIFE?

Bismillah.


Kenapa pilih Herbalife sebagai kerjaya? Boleh makan ke buat kerja ni? ada masa depan ke buat Herbalife ni? macam2 lagi soalan dah aku dah dengar.. okay ni jawapan dia.

Kenapa pilih Herbalife sebagai kerjaya?
-sebab produk result yg amazing, why not share dgn orang lain? 

 Boleh makan ke buat kerja ni?
-Mesti la boleh makan! even kalau aku tak da duit nak makan pun aku boleh minum shakes. kenyang jugak..heee tp Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah lg tak ada duit nak makan. malas nak cari makanan tu selalu. hehehe..


Ada masa depan ke buat Herbalife ni?
-InsyaAllah ada. aku pegang prinsip ni dari dulu sampai sekarang. 

REZEKI KITA ALLAH YG BAGI 
BUKAN KOMPENI YG BAGI. 

pegang ni betul2. ini soal akidah kita sebagai orang Islam. so kalau kita pegang ni, kita tercampak kat mana sekali pun, kerja apa sekali pun  InsyaAllah kita tak akan takut jadi miskin sebab setiap yg berusaha pasti akan berhasil. jadi YAKIN LAH DENGAN REZEKI ALLAH. 


Ada 4 sebab kenapa aku pilih kerjaya dengan HERBALIFE:



1. KESIHATAN 


Dengan Herbalife aku belajar banyak pasal kesihatan dan mula mengamalkan pemakanan yg sihat. Sebelum ni aku seorang yg sangat suka makan. aku boleh makan banyak giler, di mana2, tak kira masa tanpa rasa bersalah. I'M  A HAPPY EATER kalau aku tak jumpa Herbalife, tak mustahil badan aku boleh jadi macam budak pakai topi tu. Aku tau tak ramai orang yang takut gemuk. tapi ramai orang yg takut Kanser. sedar tak orang gemuk paling senang kena kanser? sebab kebanyakan punca utama Kanser datang dari pemakanan. Mak aku meninggal dunia sebab kanser usus. Kalau aku tak jaga kesihatan aku, tak mustahil aku boleh kena penyakit yg sama sebab dah ada strong family history yg kena kanser. So insaf lah sebelum terlambat.



2. KEWANGAN
Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. betul? Duit boleh merealisasikan semua impian kita. Sebab Impian aku terlalu banyak so aku perlukan duit yg banyak utk capai semua impian2 tu. Mulanya aku tak teruja sangat dgn testimoni pendapatan distributor2 Herbalife ni sebab aku tak percaya dorang boleh dapat banyak tu. sebulan RM10,000 tu dah banyak giler dah bagi aku.ingat lg masa sekolah dulu aku pernah tengok statement gaji ayah kawan aku, akauntan Shell, sebulan RM 11,000!!! fuyoooohhh! kaya giler!! compare gaji ayah aku masa tu dalam RM 3,500. ayah aku Pengarah di jabatan kerajaan. kalau gaji akauntan je dah RM 11,000 gaji CEO  koman2 pun RM 50,000 lebih.

sebab tu aku susah percaya sebab Dalam Herbalife student je, dah boleh buat RM70,000 sebulan. RM 70,000 beb!!! sekali gaji boleh beli myvi sebijik. banyak giler duit!! aku tak leh imagine duit banyak2 ni,pening kepala..huhuuu..

So aku pun tak amik pusing sgt pasal income2 ni,kerja je utk qualify training n semua vacation Herbalife. aku fokus kat kerja aku, share dgn semua orang psal herbalife, pegi event, pegi training, follow up customer, tu je  last month income aku lebih RM 3,400!!! fuyooohhh!!! masyuk jugak keja ni! ni baru income bulan pertama, kalau income bulan ke 10 tak mustahil dapat lebih dari RM 10,000!! *verangan*

Bila aku sendiri dah dapat income yg best camni, baru aku percaya dgn gaji puluh2 ribu upline2 aku yg senior itu benar belaka. Aku pikir kalau dorang boleh dapat banyak tu, aku pon mesti boleh buat jugak satu hari nanti.

 Impian aku nak ada FINANCIAL FREEDOM,so boleh shopping without looking at the price tag, boleh bawa family n kawan2 makan kt fancy restoran dan aku yg bayar (again without looking at the price tag), boleh bawak family pergi haji dan umrah, boleh makan angin kat finland setiap tahun, boleh bayar ptptn lumpsam, dan paling penting boleh tolong lebih ramai org miskin, anak yatim, ibu tunggal n orang yg perlukan belanja perubatan di hospital. semua ni insyaAllah boleh jadi kenyataan dengan usaha dan izin Allah.



3. KEBAHAGIAAN


Kebahagiaan aku adalah bila aku boleh boleh bahagiakan orang yg aku sayang. Walaupun orang yg paling aku sayang, iaitu mak aku dah tak ada lagi tp aku yakin aku masih boleh bahagiakan dia dengan menjadi anak yg baik dan sedekah amal jariah. Kebahagiaan aku jugak bila aku boleh spend quality time dengan keluarga dan kawan2. Herbalife mendekatkan aku dengan kawan2 yg dah lama terpisah, mendekatkan aku dengan kawan2 baru yg bercita-cita besar dan bersemangat besar dan sentiasa memberi sokongan.

Kehilangan orang yg paling aku sayang adalah cubaan terbesar dalam hidup aku. Hanya Allah yg tahu betapa susahnya aku mencari kekuatan utk hidup setiap hari tanpa seorang ibu yg sgt aku sayangi. Alhamdulillah aku jumpa kekuatan aku dalam Herbalife.

Kerjaya sebagai wellness coach juga sgt membahagiakan lebih2 lagi bila customer2 aku berjaya turunkan berat badan dan improve kesihatan mereka. kejayaan mereka adalah kejayaan aku, kegembiraan mereka pun kegembiraan aku jugak.and this is what i call HAPPINESS ;)


4. KEBEBASAN 

Amazingnya Herbalife ni adalah masa kerja yg sangat flexible. kita sendiri tentukan jadual kita. nk kerja brapa jam sehari? nak mula kerja pukul berapa? semua kita sendiri yg tentukan. Kebebasan yg aku maksudkan adalah KEBEBASAN BEKERJA (be your own boss). Dan antara kebebasan2 lain adalah :


KEBEBASAN MENCARI ILMU

Gambar ni masa pergi ceramah Ustaz Don kat Yayasan Restu bulan jun lepas. Ceramah ni hari selasa pukul 9-11.30 pagi. kalau kerja ofishour, memang xdapat la join ceramah ni.


KEBEBASAN BERIBADAT

Dalam Herbalife walau sibuk sekali pun, aku bebas utk solat. setiap tempat training mesti ada surau atau tempat solat. so tak ada alasan tinggal solat. kalau aku solat lambat, itu adalah sebab aku malas atau tak pandai atur masa. Kalau dulu kerja sampai terlepas waktu solat, bekejar-kejar nak solat nak makan nak buat itu ini, sekarang tak lagi. Allah dah bagi kita rezeki, badan yang sihat, keluarga yg bahagia tapi kita tak ada masa nak sembah Allah. bak kata Ustaz Azhar, Manusia yg pandai cari makan tp tak solat sama macam lembu. Malukan? kita ni manusia bukan lembu. so cari lah bekalan utk dunia dan akhirat sebab kita tak tau esok kita masih hidup lagi ke tak. Bulan ramadhan tahun lepas aku sibuk dengan kerja, orang sibuk teraweh kat masjid aku sibuk layan customer yg tak pegi teraweh kat ikea. (cisss utk yg tak pegi teraweh) tapi Alhamdulillah sekarang aku boleh teraweh setiap malam. Walaupun ada event atau training pada waktu malam kami akan teraweh dulu kemudian sambung lagi lepas teraweh. Dalam Herbalife kami bekerja dan beribadat bersama2. Dan InsyaAllah 14 Ogos ni aku dan keluarga akan berlepas ke tanah suci utk menunaikan Umrah selama 2 minggu.  Alhamdulillah, nikmat Allah yg tak terhingga. .

teraweh bersama Untie Rahimah, President Team Melayu pertama Malaysia.  Income RM8000 sehari tapi ibadat tetap no 1.










KEBEBASAN BERSAMA ORANG TERSAYANG

Sejak mama meninggal, aku sgt menghargai setiap saat yg aku spend dengan ahli keluarga dan org tersayang. mungkin harini kita terlampau sibuk dengan kehidupan masing2 sampai kita tak sedar yg masa kita bersama org yg kita sayang semakin sampai ke penghujungnya.  Alangkah ruginya kalau kita biar masa tu berlalu macam tu saja. Punya masa kerja yg flexible bagi aku lebih banyak masa dgn keluarga. aku bebas utk bercuti tanpa perlu merayu2 kat bos.aku bebas beli tiket kapal terbang tak kira weekend atau weekdays. aku bebas membawa ayah aku ke training dan vacation herbalife. InsyaAllah bulan 9 ni aku bawa ayah ke Macau dan Hong Kong bersama trip Herbalife. Kerja sambil bercuti, siap boleh bawak family lagi. Lifestyle Herbalife memang sangat amazing!


                                                       family vacation di Jakarta bln june lepas.

kesimpulannya, apakah kerjaya sekarang memenuhi semua keperluan hidup anda? Tepuk dada tanya selera la kan.

tapi jika anda mahu kerjaya yg memberi  KESIHATAN, KEWANGAN, KEBAHAGIAAN, KEBEBASAN, TANYA SAYA BAGAIMANA! (HANYA MELAYAN ORANG SERIUS SAHAJA)



EARN WHAT YOU WORTH!
CONTACT YATIE 017-9772700

Wednesday 18 July 2012

Anim's Weight Loss Story

Bismillah,

Anim (duduk), before Herbalife.
Aznim, atau nama manjanya anim. dia ni kawan baik classmate aku kat uitm dlu. mulanya kami kenal camtu2 je. Anim start approach aku tanya pasal Herbalife bulan januari 2012 (kalau tak silap). Akhir bulan Mac baru dia decide nak amik Herbalife. start dengan 1 month program. Untuk pengetahuan, Anim ni nak kena turun banyak, dekat 40kg. salah satu sebab dia nak makan Herbalife sebab dia dapat surat Dr doktor suruh dia pegi jmpa pakar utk test blood sbb muda2 dh dpt "hypertension" a.k.a. darah tinggi. Umur baru 26 tahun dah ada darah tinggi.  Cousin aku umur 33tahun dah kena minor stroke!!

SCARYYYYYYYY!!!!!

tapi nasib baik dua2 dah insaf dan mengamalkan nutrisi yg sihat.Alhamdulillah!!

okay berbalik pada cerita anim, oleh sebab masa tu aku belum beli penimbang tanita lagi aku pon suruh anim timbang sendiri n amik gambar send kat aku. jeng je jeng!!!

99kg, kalau penimbang tanita maybe dah 100 kg sebab penimbang jarum ni selalunya ringan 1 kg.

SELEPAS 3 BULAN SETENGAH
 90 KG!!! MasyaAllah! amazing!!!

# Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu
 
Walaupun progress anim slow sket, tapi badan dia serius banyak shapping dan sekarang dia lebih prihatin memilih makanan yg masuk dalam mulut dia. bukan senang ok nak turun 9kg. 
jom tengok gambar before & after!



Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

Siap ada muka coach dia lagi kat testimoni kan.  aku pun nak tumpang glamor jugak. ingat senang ke nak coach org sampai turun bnyak ni. aku sendiri pun turun 6kilo je. beza memang berbeza kan? badan reshape, muka dah runcing sket, kulit dah makin cantik, tak pucat lagi. nampak lagi muda kan? paling best anim improve masalah kesihatan dia. darah tinggi dah tak ada. aku ingt lagi, 2 minggu pertama dia guna herbalife, aku follow up dia. dia excited gila! pada hal masa tu dia baru turun 2kilo, tp excited cam turun 10kilo. rupanya period dia dah kembali normal. dulu 3-4 bulan sekali baru period, skrg dah datang setiap bulan. patutla excited semacam! hehee. Alhamdulillah.

Walaupun Anim ni selalu terbabas2 jugak diet dia (sebab tu turun lambat) tp dia ni rajin ikut aku pegi event. walaupun tak semua event dia pegi sebab dia sibuk dgn kerja dia tapi sebagai permulaan tu bagus la sebab nak grow dalam herbalife ni satu je, kena rajin pegi event.Yang bestnya anim ajak kawan2 dia pegi event sekali, sporting habis kan member!


Event ni bukan utk orang nk buat bisnes je, tapi utk semua orang! yang nak tau pasal produk herbalife, Nak inspire kuruskan badan lagi la wajib pegi event.sebab kat event boleh jumpa RAMAI orang yg dah berjaya loss weight berkilo2 dgn herbalife. kalau korang makan herbalife berbulan2 tapi tak turun 100gram pun, korang wajib pegi event!!

Amazing thing about Herbalife is Sharing. bila dah dapat result share je dgn org terdekat. Anim share misi nutrisi ni dengan kawan baik dan boyfriend dia. sekarang dua2 tengah loss weight dgn Herbalife. AAAAAHMAZINGGGGG RESULT TOO!!!!!

Ain ongoing WLC,  sekarang dah muat baju size M!!
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu



Shawal turun 7.5kg  Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu dan bertukar menjadi safee sali! woww!!hehe. sebenarnya aku takda gambar terbaru shawal so aku imagine ala2 safee sali ni. ada iras2 jugak kan? rugi sgt shawal tak masuk WLC,kalo tak mesti dah menang result dia sgt OSEM!! takpe next round kita paksa dia masuk!



Lose Weight Now 
Ask Me How!!

017-9772700



RESIPI NASI KERABU ALA CHEF YAM

Bismillah,

gambar hiasan


Mesti korang terliur tgk gambar tu kan? menjejeh dah air liur tu. lap sket! aku tau ramai yg suka makan nasi kerabu kat sini. aku pun suka, lagi2 nasi kerabu yg arwah mama buat. sedap sehingga menjilat jari!!

Tapi nasi kerabu kat shah alam n area klang valley ni tak la sesedap nasi kerabu kat kelantan. ayah aku pernah TERbeli nasi kerabu kat pasar tani seksyen 13, ada sambal nasi lemak dalam nasi kerabu tu.


 CULTURE SHOCK!!!!!


aku tak tau la makcik tu tertukar ngan sambal nasi lemak ke dia mmg tak reti buat sambal nasi kerabu. bagi aku Nasi Kerabu yg sedap kat shah alam ni kat gerai sebelah shell seksyen 9. laki bini jual, kalau nak kena awal sebab ramai org. lambat lauk habis. dulu aku rajin la pegi beli. sekarang dah maless! minum shakes je, lg cepat.

AL-Kisahnya Nasi kerabu ni makanan ruji org kelantan. makan masa breakfast, lunch, dinner, supper. haa kalau tak caya pegi kat Restorang Ayam Percik Yati kat Kota bharu, sampai tengah malam ada lagi org makan nasi kerabu kat sana.

cakap2 takda pun resipinya kan. saboooo! ni resepi turun temurun arwah mama. resipi ni arwah mama yg tulis sendiri, aku tukang taip je. so kalau korang tak paham jgn tanya aku k, buat2 paham je. hehee. ok gurau je, kalau tak paham tanya la, incase aku boleh jawab. oh ya lupa gtau, nasi kerabu ni bukan yg kaler biru tu, yg tu kena cari daun ape-nama-ntah, mama tak suka pakai pewarna so dia guna kunyit je sebab daun tu susah dapat. warna tak penting, janji sedap okay.


RESEPINYA ADALAH...




              NASI KERABU                                                 Hidangan untuk 10 – 14 orang

1 kg. beras siam- dibersihkan dan ditoskan
2 camcateh serbuk kunyit
3 camcateh garam halus
2 batang serai – dibelah 2 jangan putus
3 helai daun limau purut
3 helai daun pandan
Air secukupnya untuk memasak nasi

  1. Masak beras bersama air, serbuk kunyit, garam dan serai hingga kering.
  2. Masukkan  daun pandan dan daun limau purut.  Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.

Tumis:
½ kg santan    )
¼ cawan air    ) disebatikan
1 keping asam keping
2 batang serai- dibelah 2 jangan putus

20 tangkai cili kering )  di kisar bersama sedikit air

15 ulas bawang merah  )  ditumbuk kasar
8 ulas bawang putih      )
¼ keping manisan
3 camcateh garam halus

1.  Masak santan bersama asam keping hingga terbit minyak muda.
    (gunakan api perlahan, jangan dikacau)
2.  Masukkan cili kisar, bawang tumbuk, serai, manisan dan garam, masak lagi selama
    10 – 15 minit.

Sambal:
 ½ biji kelapa parut putih – disangai hingga garing menggunakan api perlahan.
4 ekor ikan kembung bakar – diambil isi
3 batang serai       ) dimayang halus
1 inci halia merah )
10 ulas bawang merah
2 camcasedang serbuk lada hitam
¼ keping manisan
2 camcateh gula
3 camcateh garam halus

  1. Tumbuk serai dan halia hingga hancur, masukkan bawang merah, garam dan                 manisan,tumbuk lagi hingga manisan hancur, masukkan gula dan serbuk lada hitam.
  2. Gaulkan bahan tumbuk bersama kelapa dan ikan bakar hingga sebati, masukkan
kedalam pengisar dan kisar selama 3 saat.


Ulam:
1 ikat daun serai kayu/daun salam
4 kelopak kobis
2 ikat daun kesom- di bersihkan, direndam air garam selama 2 minit, dipetik ambil daunnya sahaja, digulung kedalam kelopak kobis bersama daun serai kayu dan dihiris nipis
4 biji timun batang- di potong memanjang
2 mangkuk taugeh segar – dibuang ekor
20 batang kacang panjang – dipotong nipis

Budu:
½ mangkuk kecil budu                             )
15 biji cili padi- dipotong nipis                ) disebatikan
1 biji limau nipis –diperah ambil airnya  )

Solok lada:
15 biji cili merah atau hijau- dibelah 2 jangan putus, keluarkan bijinya
½ biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembong-diambil isinya, dicincang halus
6 ulas bawang merah
1 hiris nipis halia
1 camcateh serbuk lada hitam
¼ camcateh serbuk lada sulah
2 camcasedang gula
2 camcateh garam halus
1 biji telur                      
1 biji limau nipis – diperah airnya keatas isi ikan
1 cawan santan cair
  1. Tumbuk halia, garam dan bawang merah hingga hancur, masukkan gula, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kelapa.  Gaul sebatikan  bersama  isi ikan dan telur
  2. Isikan adunan kedalam cili sambil ditekan hingga padat.  Susunkan kedalam periuk, masukkan santan cair, rebus selama 10 minit.

Ayam goreng berempah:
1 ekor ayam-di potong 14, bersih dan toskan, gaulkan dengan 2 camcasedang garam
2 batang serai- dihiris nipis   )
2 inci halia – dihiris nipis      )  dikisar
1 inci kunyit hidup                )
3 ulas bawang putih              )
2 camcasedang rempah kari ayam
3 camcasedang tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
  1. Gaul sebatikan bahan-bahan kisar dengan serbuk kari, lumurkan pada ayam hingga rata.  Perap selama 2 jam.
  2. Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan  tepung jagung hingga sebati
Goreng ayam hingga kekuningan.  Toskan.



CARA MENGHIDANG




okay sila jangan terkejut. ini adalah cara mama menghidang nasi kerabu dia. kalau ada tetamu memang mama akan hidang macam ni. buffet style. Bagi seorang guru ERT, Food Presentation sgt penting. orang yg first time dtg makan kat rumah aku mmg akan terkejut beruk tengok cara hidangan ala hotel ni.  aku pun tak pandai buat mcam ni sebab aku tukang angkat lauk je, susun2 semua  mama yg buat sebab dia sgt teliti. susunan pinggan mangkuk, lauk, desert, air semua tu kena amik kira.(aku selalu pening kepala).

 korang yg ada mak mertua tu, boleh la buat cam gini sekali sekala. bagi impress mak mertua.amacam ada beran??


 Selamat Mencuba!!!!

Thursday 12 July 2012

The Power of Dreams

Bismillah..

*entry ini bukan utk menujuk-nunjuk tapi adalah sharing semata-mata. semoga bermanfaat. InsyaAllah.*


Semua orang ada dream masing2 kan? nak kereta besar, nak rumah besar, nak bini besar.. opsss! tak da masalah bini besar, boleh bg dia makan herbalife..hehe.

so ni timeline dream aku.



21 AUGUST 2009.
                                                     
*Self Development book*






 Aku beli buku ni kat MPH selepas direkemen oleh kwn yg dah baca buku ni*tq kak epi*. Ni buku self development pertama aku. selalunya aku beli majalah design je, suka tgk gambar. tak layan perkataan2 ni,zzZZ mengantuk! Tapi Buku ni sgt bagus, sgt inspiring dan serius tak boring! penulis dia salah sorg editor buku Chicken Soup for the soul. so sape yg ada impian, tak kisah la korang keja apa sekali pun, kalau korang nk realisasikan impian korang, WAJIB BACA BUKU NI!



SEPTEMBER 2009.

*Important goals*




tengah2 baca buku ni dia suruh buat list pulak. haa.. list down WHAT IS YOUR MOST IMPORTANT GOALS. pastu simpan dalam wallet. masa ni kelam kabut la aku capai pen dan kertas. so sape tak paham tulisan Dr Yatie, ni alih bahasanya:

CARRY MOST IMPORTANT GOAL IN YOUR WALLET

1. Im weight 55kg on my 25th birthday, Feb 2011.
2. I went to Finland Spring 2011
3. I get married to Akam on our 6th anniversary, April 2012 (7th anniversary sbenarnya, salah kira)
4. I bought my dream car, Swift.


ha ni je la impian yg aku terpikir masa tu. nak kurus nak kawen.tak da keja lain kan? hahaha. part pegi finland tu mmg impian dr aku umur 11 tahun lagi, tp impian terpendam sebab rasa cam mampu.cam tak logik nak pegi hujung dunia sana. mahal gilerr!! so aku mampu tgk je peta finland sambil berangan. sobs..sobs..sobs..



FEBUARI 2011.

*Goal 1.  I weight 55kg on my 25th birthday, Feb 2011.*



berat aku 63kg. pegi gym turun 2kg tapi macam biasa naik balik 2kg lepas McD after McD, Dominos after Dominos, Tart Nenas after tart nenas, Kfc after Kfc.



MARCH 2011.
 
 *Goal 2. I went to Finland Spring 2011*



yeay yg ni best ni. DREAM COMES TRUE, ON TIME LAGI! cam tak caya je aku masa jejak kaki bumi finland yg super sejuk penuh salji tu. Impian terpendam 14tahun dah tercapai. Alhamdulillah! Allah Maha Besar!.harap maklum finland trip ni tak ditaja PAMA ye, ni 95% hasil titik peluh sendiri. mmg sgt berbaloi ikat perut, ikat nafsu, buat 2-3 kerja dlm satu masa utk menabung utk trip ni.  Impian aku nk pegi Finland je tapi Allah Maha Pemurah, aku dpt pegi 3 negara masa ni. UK, Finland & Perancis. Tak masuk dlm dream pun 2 negara ni tp Allah nak bagi, aku reda je. hehee. kami pegi backpackers je 2 orang dgn travel buddy aku merangkap tourist guide dan pengurus perjalanan sebab dia penah pegi UK & Perancis*tq kak atie*. cerita perjalanan kami bermusafir ke bumi finland boleh baca kat sini.


Balik dari Finland berat naik 2kg T_T. ni gambar last day kat london, b4 balik malaysia.lepas shopping keychain Marc Jacob *keychain je yg mampu*. mmg baju 3 lapis, tapi kepala 1 lapis je. muka dah macam snow man. berat dari 63 naik 65 kg in less than 2 weeks. walaweiii!




30 OCTOBER 2011.

 * Goal 3. I get married to Akam on our 7th anniversary, April 2012*





Selepas 6tahun mengenali hati budi (chewah) finally aku BERTUNANG jugak.. orang lain dh beranak pinak aku baru bertunang.  ada jodoh tak kemana kan..kalau sape yg rapat dgn aku, dorg tau aku mmg tak nak tunang2 ni. terus kawen je senang, save kos.  tp kita hanya mampu merancang, last2 aku tunang jugak. majlis kecik2 je *savekos*. masa ni planning wedding end of 2012. so impian nak kawen April 2012 tak tercapai, tapi xpe Allah merancang yg terbaik utk aku.again kita hanya mampu merancang dan berangan. Allah yg menentukan plan yg terbaik.


*masa nk bertunang ni la kelam kabut cari Herbalife, nasib baik sempat kurus. fewwwwhhh!*



1 JULY 2012.

  rewind goal  *Goal 1.  I weight 55kg on my 25th birthday, Feb 2011.*




walaupun aku terlambat setahun setengah utk impian ni tp aku berjaya jugak merealisasikannya. rupanya berat Ideal aku 58kg je. kalau 55kg dah jadi tiang lampu kot. huhuhhu.yg penting maintain je 58 ni sampai bila2, itu lg mustahak! ramai yg turun 10kg tp naik balik 20kg lepas tu. haaa jgn jadi camni ye! rugi je penat lelah nk kurus tu.



IT DOESN'T MATTER HOW FAST YOU GO, IT's ALL ABOUT HOW FAR YOU GO


cepat atau lambat itu bukan halnya, yg penting kita sampai ke destinasi. in Herbalife we decide our own speed, nak grow cepat ke lambat terpulang pada usaha masing2.yg penting Bila kita ada impian, kita akan berusaha keras nak capai impian tu. Lagi banyak impian kita lagi gigih kita berusaha. jangan jadi Mat jenin yg ada banyak impian tapi malas kerja, berangan je lebih. Ramai org yg ada byk impian tapi tak pernah tulis, simpan dalam kepala je. pastu lama2 lupa. Jangan malas nak tulis impian kita, org yg berjaya adalah org yg punya byk impian. kalau boleh tulis tampal kat dinding impian tu tengok setiap hari. lagi kerap kita mengadap impian kita lagi cepat kita dapat capai.



SENARAIKAN 100 IMPIAN ANDA SEKARANG!!  

THE MORE DREAMS YOU HAVE THE HARDER YOU WORK!!



impian no.4 aku nak beli kereta swift tak jadi kenyataan sebab aku dah tukar dgn kereta lain. belum dapat lagi tp insyaAllah 1-2 tahun lg. tiada yg mustahilkan. Allah kan Maha Besar, so impian kita kena la Besar jugak..nak tau ape keta idaman aku ?

.....



.....




.....




jeng je jeng!!




AUDI A1 SPORTBACK..tak mahal sgt paling murah alam £13,980 jerrrr..tak caya tengok ni.



ok sampai sini je sesi membebel harini, semoga entry ni bermanfaat.lepas ni jgn lupa beli buku merah tu, aku promote ni xdapat royalti pun tapi kalau kawan aku tak rekemen buku tu kat aku dlu maybe lambat lg baru aku capai impian aku. 




SO PLEASE PLEASE DO NOT UNDERESTIMATE THE POWER OF YOUR DREAMS!!


Monday 9 July 2012

Meatball IKEA vs Shake HERBALIFE

Bismillah..

okay ni entry lama giler dok dalam draft tak post2. agak2 aku start tulis ni masa kebosanan kat hospital bulan 3 lepas. skrg dh bulan 7. hayooo dah 4 bulan!! berkarat dah entry ni. tp aku nak post jugak, tak elok membazir.ok sila baca dgn mood flash back..hihihiiii


Selepas berhari2 membaca blog Amalina Peter yg sangat2 Inspiring, finally I found the courage to update my blog yang sangat2 Boring ni. boring la kalau dah update pon setahun sekali kan.dush!!

Sejak Desember 2011, lepas mama masuk hospital sebab kanser ususnya menyerang kembali selepas  4 tahun. kupikirkan mama dah survived dari penyakit berbahaya tu.rupanya TIDAK!   2 bulan aku cuti jaga mama kat hospital. mulanya ingat nak berhenti tapi sayang sebab suka sangat keja kat IKEA. (imagine gembira pergi kerja even pada hari isnin). tapi bila masuk bulan ke3 aku ponteng kerja, (dah macam orang cuti bersalin) aku buat keputusan paling menyayat hati, iaitu QUIT MY JOB! MY FAVOURITE JOB.. HUwaaaaa!!! berdrama airmata la aku kat dalam ikea tu. dgn customer ramai sebab masa tu weekend..drama queen sgt kan!





Dapat batch ni masa Induction.jakun okay!! hahahaha


ni gambar ktorg masa hari raya puasa tahun lepas.keja masa raya, yeay! 



Okay serius sedih berhenti keja, bukan sebab gaji lumayan (nama pon hourly rated) tapi sebab keja tu best, serius aku suka sangat keja ni sampai aku tak kisah gaji yg tak setaraf dengan qualification Degree in ID bla bla aku tu.. aku suka buat kitchen planning (serius senang giler!) aku suka layan customer, jumpa macam2 jenis orang and paling best i learn how to be a good customer sebab kat luar Ikea aku pon customer.. lagi2 la aku ni suka shopping.. hehe.  suasana best (Ikea beb!), kawan2 best, makanan best, tak heran la meatball tu dah bosan dah makan.. murah la katakan.hihiii..

menu faveret aku masa kat ikea dulu:

 1. HOT DOG- cepat, selalu makan kalau tak masa nak makan. boleh makan dalam kereta, kadang2 tak sampai kereta dah habis. tak senonoh kan makan sambil berjalan. haiyooo cannot resist!


sila abaikan harga hotdog dlm Euro tu. ni je gambar yg aku jumpa.



 2. MEAT BALL - kalau haritu lauk tak best mmg ni je pilihan aku, tapi 5ketul je dah ckup kenyang dah.penah makan set 10 ketul sekali je seumur hidup, masa mula2 makan meat ball.jenuh nye nak habiskan.




3. DAIM CAKE - ni memang sgt irrestable!! tapi aku jarang makan sebab aku kena cari geng nak makan, x larat makan sorang sebab Manis!!! tapi kalau haritu hari malang aku, kalau ada masalah ngan customer servis memang aku boleh makan daim cake sorang2 tanpa rasa bersalah. aigoooo!!




so inilah hasilnya selepas setiap hari makan menu2 yg lazat itu...jeng je jeng!!


1


....................



2


....................




3



..................




TARAA!!!!!



haa comelkan? muka pun bulat macam meatball T_T

keja best, semua best, badan je tak best. walaupun xda org komen kegemukan aku, (korg mmg pandai jaga hati ) tapi aku sedar aku perlu lakukan sesuatu sebab masa tu tak lama lagi aku nk bertunang.alamak!!!. takkan nak tunjuk muka meatball ni kat bakal mak mertua, oh tidakkkkk!. masa ni baru la kelam kabut la aku cari ain nak beli Herbalife. mahal tapi tak ada pilihan dah, aku dah cuba banyak produk kurus yg murah satu pon tak jalan. so why i not try herbalife. So aku pun mula lah menukar sarapan pagi dan makan malam dgn nutrisi Herbalife. 


                                    


so selepas 3 minggu aku bejaya turun 2 kg, b4 hari pertunangan.. yeayyy!!




baru turun 2kg je masa ni tapi dah nampak beza kan?


testimoni aku, sekali lagi buat yg tak tahu,  aku turun 4kg dalam 2 bulan, total lose 6kg. dari 64kg ke 58 kg. Alhamdulillah dah dapat berat ideal. Bila dah kurus ni aku pun share dgn kawan2, dan tolong mereka kurus jugak. ada ramai customer aku yg ambil Herbalife sebab nak kawen. setakat ni aku dah melahirkan 2 orang Herbalife Bride. serius mereka sgt cantik dan berseri2. panjang umur, rajin tangan aku share kisah Herbalife bride pulak.  

kalau korang ada masalah lebih kurang sama cam kami, nak kurus before tunang, nak kurus b4 kawen, boleh la cuba nutrisi Herbalife. ramai yg dah berjaya, ramai yg dah kurus, kalau mereka boleh buat kenapa  kita tak boleh.kita pun boleh buat jugak! ni je yg aku pegang dari dulu sampai sekarang. kalau aku tak decide utk makan herbalife dulu, mesti aku masih bulat macam meatball sampai skarang. so DECIDE NOW! how do you want to look, how do you want to feel. what size do you want to wear. 

DECIDE NOW! ITS YOUR BODY, TAKE CONTROL OF IT!



alkisahnya walopon aku pernah sedih, frust menonggeng tertongeng masa meninggalkan  IKEA dulu, tapi aku bersyukur bila Allah jumpakan aku dgn HERBALIFE. serius aku tak pernah terfikir akan buat kerja ni. kerjaya idaman aku adalah kerja yg aku suka buat, aku pandai buat, dan dapat gaji yg lumayan. bila dapat kerja di Ikea aku rasa aku dah jumpa kerjaya idaman aku. cuma part gaji lumayan tu je yg tak lepas, sobs..sobs..sobs... tak sangka aku jumpa kerjaya idaman aku dalam Herbalife. dan betullah setiap seSUATU itu pasti ada hikmahnya ;)




bye bye Meatball

                                               


 

LOSE WEIGHT NOW ASK ME HOW

CONTACT YATIE  017-9772700
I entertain serious customer only. 
Number display for business purposes only. ;)