Wednesday 20 March 2013

SPM OWHH SPM


Bismillah,

Harini hari mengambil result spm, hari paling cuak dlm hidup remaja yg berusia 17-18thn. Betul? Sampai sekarang aku masih ingat ke'cuak'an itu walaupun hampir 10thn berlalu. Woii tuanya!! Hahaha.

CERITA tahun 2004
Masuk je pagar sekolah, jalan kaki lutut ketar2 mcm parkinson.tapak tangan berpeluh peluh. takutnya ya Allah!! dah terbayang result yg tak berapa nak cantik. Nyesal aku malas belajar. Belajar ikut2 org. nasib baik kawan2 kelas aku rajin2 dan pandai2 belaka. oleh kerana tak nak malukan diri, aku pun buat rajin2 jugak. Nak buat pandai tak boleh so aku belajar dgn org pandai. Banyak la cikgu2 kecik aku dalam kelas tu. antaranya

Cikgu add math - suraya halisha
Cikgu english - akmal suliman

SUBJEK
Masa spm dlu aku amik 10 subjek: bio,fizik, kimia,add math,math mode, bm, bi, sejarah, agama, pend seni. Subjek Paling susah bagi adalah fizik. Serius tak reti bin tak suka si fizik ni. Tp bila masuk matrik dapat aliran sains hayat pegi tukar sains fizikal sebab kononnya nak amik kos interior design kena amik fizik bukan Bio. Sebenarnya tak ada kena mengena pun fizik dgn interior design. Naif betul masa tu. muahahaha. ada hikmah aku tukar aliran ni..jeng je jenggg.. Rupanya Allah nak jumpakan dgn suami aku skrg Syazwan Akmal. Dia pun dr sains hayat ke sains fizikal. Ini lah namanya ikan dilaut asam di darat, dlm kuali bertemua jua. Dari classmate dah upgrade jd housemate.hehe.

TUSYEN
Lari topik pulak. Berbalik pada SPM tadi, seperti semua student spm, aku pun nak result yg baik walapun aku malas belajar. Eh malas sgt negative, tak berapa rajin belajar sebenarnya. heehe. tp aku rajin pegi tusyen sebab tusyen best n masa tusyen tu la aku belajar. Kat rumah tgk pangaksayo. Muahahahaha. Lagi satu masa tusyen Dapat jumpa ramai kawan2, jumpa balik kawan2 masa sekolah rendah kt tusyen.. dlu aku amik 3 tusyen je addmath, english, kimia. Ada kawan aku almost semua subjek dia pegi tusyen. Gigih giler!! Aku 3tusyen pun dah sempuuutt.

SOLAT HAJAT
Seingat aku setiap kali aku exam UPSR, PMR, SPM arwah mama akan buat solat hajat masa aku tgh amik exam. balik rumah tgk sejadah masih terbentang lg, terharu sgt. Arwah Mama sgt mementingkan solat hajat. Setiap benda penting aku nak atau hajatkan mama mesti suruh aku buat solat hajat dulu. Setiap hari masa hari exam mesti solat hajat minta Allah mudahkan semuanya. Ni adalah senjata paling penting. selain dari masa exam arwah mama amalkan, setiap kali lepas melawat ahli keluarga atau sahabat yg sakit, dia akan buat solat hajat doakan kesembuhan mereka. Arwah mama sgt murah dgn solat hajatnya.

KEPUTUSAN
Dipendekkan cerita, hasil tunjuk ajar cikgu, kawan2, usaha aku sedikit, doa aku, dan doa mama aku mendapat result yg baik. Alhamdulillah. Bukan berniat utk menunjuk, hanya berkongsi. SPM ni tak de benda pun, bukan tiket utk kehidupan baik atau buruk. semua bergantung pada usaha kita. Slip spm aku pun dah basi dah, dah tak boleh guna utk minta biasiswa pegi oversea dah. Huhuhu. 3A1, 6A2, 1 3B bagi aku dah sgt baik sebab aku bukan study hard mana pun kalau nak dibandingkan dgn kawan2 yg lain. Kalau aku sorg2 mesti tak dapat result ni. Aku sgt bertrima kasih kat cikgu2 sekolah, cikgu2 tusyen dan kelasmate yg gigih mengajar aku. Betul la kata Prof Muhaya bila kita ajar org kita akan jadi lebih pandai. Hasilnya cikgu2 kecik aku dapat result yg gempak giler, contohnya cikgu addmath aku dapat 9A1!! Straight A1 tuuu!!!! Hebat gilerr!!

LEPAS SPM
Spm dah habis, so what now? Sebelum spm goal paling tinggi nak lulus cemerlang dan jadi best student. dah dapat tak rasa apa pun. Aku tersentap dgr talk Prof Muhaya, kita selalu nak berjaya dlm academic, dpt kerja yg hebat, tapi tak tau apa tujuan utk buat semua ni. Aku pun macam ni jgk. Tujuan duniawi semata-mata sebab tu bila dapat tak rasa apa pun. Tak ada pengisian. Memang cita2 aku dr kecik nak jadi interior designer, Alhamdulillah tercapai. Syukur sebab tak semua org dapat capai cita2 masa kecik kan. Cita2 nak jadi doktor tp jadi akauntan, cita2 nak jadi engineer tp jadi penyanyi. Macam2 la. Sepatutnya aku happy dpt kerjaya idaman. Sebaliknya bila dah jadi interior designer, baru aku sedar bukan ini yg aku cari. Bukan macam ini hidup yg aku nak, bukan ini kemahiran aku. So what now?

Soalan 'so what now' ni akan berulang2 datang dalam hidup kita kalau kita tak tahu apa tujuan hidup kita sebenarnya. Aku pun baru tau apa tujuan sebenar hidup aku lepas dgr talk prof Muhaya kat radio Ikim. Serius aku rasa semua org patut dengar. WAJIB DENGAR! It will makes you a better person. InsyaAllah. Sebenarnya tujuan hidup kita semua sama je:

GOAL!!
1- dapat khusnul khatimah- kematian yg baik
2-buku timbangan tangan kanan
3-lalu titian sirat sepantas kilat, masuk syurga tanpa hisab.

tak kira siapa kita, student lepasan spm, student uni, org berkerjaya, surirumah, herbalife distributor, menteri, atau driver lori tujuan hidup kita adalah sama seperti di atas. Tak kisah la berapa umur kita skrg, kita semua bakal jenazah. Termasuk la aku yg banyak giler dosa ni.

Pesanan buat Adik2 yg bakal mengambil result SPM harini, Apa pun keputusan nanti, capai target atau tidak jgn lupa bersyukur sebab semua yg Allah bagi adalah yg terbaik utk kita. dan SPM bukan segalanya, MOVE ON! syukur dah habis SPM. lega lepas satu bala. hehe. Dunia kolej dan universiti lebih mencabar, tak kira apa jurusan yg diambil. Uni dalam atau luar negara jadilah student yg paling bermanfaat bukan yg paling hebat.

Selamat mengambil RESULT SPM!!!

P/s dah dpt result yg bagus tu jgn lupa sujud syukur dan ckp terima kasih kat cikgu2 dan mak ayah. Tanpa mereka siapalah kita.