Thursday 17 July 2014

MH17 Terhempas di Ukraine

Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Terkejutnya bila Pak cik aku kat Finland hantar mesej kat Whatsapp group family bagitau ade flight MAS terhempas di Ukraine. Dia suruh check kesahihan berita tu, dan kami pun google facebook semua berita pasal MH17. Flight MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. macam mana boleh tersilap tembak Commercial flight? aku bukan orang yg pakar nak bahaskan. sebelum ni memang aku pernah tengok kes macam ni dalam Air Crash Investigation kat Discovery Channel. tapi kes macam ni sangat rare. Tidak sangka harini terjadi pada pesawat Malaysia.

Aku harap sgt berita ni tak benar, salah kapal terbang ni. Tak sampai beberapa minit dah kecoh berita ni kat Facebook dan  news all over the globe. Kawan aku kat Filipina dan Indonesia pun share berita yg sama jadi betul la berita ni. Allahuakbar!!

Flight MH17 berlepas dari Schipol Amsterdam pada pukul 12.30am waktu tempatan membawa 295 penumpang dan anak kapal itu dijangka tiba di Lapangan Terbang KLIA pada jam 6.30am. Allahuakbar!

 Masa aku taip entri ni, berita Awani melaporkan banyak penerbangan Flight MAS dari KLIA yg dibatalkan penerbangan akibat insiden ini. Subhanallah!

The odds are 11 million to 1 that you'll die in a plane crash
Flying is still safer than ever-THE WEEK

Walaupun kebarangkalian kita akan mati dalam Nahas Kapal Terbang adalah 1 dalam 11juta orang, MH17 could be our flight. I cant imagine. baru 2 bulan lepas naik MAS dalam jarak jauh. 12jam dalam kapal terbang bukan suatu yg mudah. lagi2 lepas kes MH370 hilang. Pesawat goyang sedikit je aku dah pucat lesi. tipu kalau tak fikir kapal terbang tu akan terhempas atau akan hilang macam MH370. Hanya pada Allah minta perlindungan.

# pictures taken in MAS flight from KL-London.01May2014
Cabin Crew MAS memang friendly dan efesien dalam servis mereka. Mereka juga punya keluarga yg menunggu kepulangan mereka. Ya ALLAH!
beberapa jam flight di udara kami di hidangkan makanan. macam mana la kalau pesawat MH17 tu terhempas semasa penumpang sedang menikmati makanan mereka. I dont wanna imagine T_T.

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu dari Allah jua. Pasti ada hikmah ini berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu ahli keluarga mangsa yg menerima cubaan ini. Besarnya pahala jika mereka sabar dgn ujian Allah ini.

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)


Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)


Innalillahiwainnailahirojiun.
 #PrayForMH17