RESEPI MAMA


                     NASI DAGANG KELANTAN                  

Hidangan untuk 10 – 15 orang







Bahan-bahan:
1 kg. beras nasi dagang/beras lembut- dicuci bersih dan direndam sekurang-kurangnya 6 jam
RM1.00 santan pekat                                  )
10 ulas bawang merah –dimayang nipis        )
2” halia – dipotong seperti batang mancis     )  disebatikan
2 camcasedang gula                                    )
2 camcasedang garam halus                        )
1 camcasedang halba                                  )
3 helai daun pandan – disimpul
1 ½ cawan air suam

Cara membuat:
  1. Panaskan air didalam pengukus.
  2. Kukus beras selama 25 – 30 minit atau sehingga keluar wap.
  3. Gaulkan beras dengan air suam hingga sebati.
  4. Kukus lagi selama 20 minit atau hingga beras menjadi lembut.
  5. Gaulkan beras dengan adunan santan hingga sebati. Kukus semula bersama daun pandan selama 10-15 minit.
  6. Alaskan mangkuk/bekas menghidang dengan daun pisang, masukkan nasi dagang kedalamnya sambil ditekan dengan senduk kayu, tutupkan atasnya dengan sehelai lagi daun pisang.    






  7.  GULAI IKAN TONGKOL BERSAMA UDANG




    Bahan A
    1 ekor (1kg.) ikan tongkol – dipotong 8,bersih dan toskan
    8 camcateh garam halus
    5 keping asam keping
    ¼ cawan air
    ( Masukkan air kedalam periuk, lumur ikan dengan garam, susunkan
    kedalam periuk bersama asam keping.  Tutup periuk, rebus ikan dengan api perlahan selama 30 minit. Panaskan semula selama 10 minit selepas setiap 5 jam)
    Proses merebus ikan ini elok dilakukan 2 hari sebelum ia digunakan supaya rasa
    masin dan masam boleh menyerap kedalam ikan.                                             

    Bahan B
    ¾ kg. udang hidup sederhana besar- digunting separuh daripada ekor dan  kepala, bersih dan toskan
    ¾ kg. santan pekat     )
    ¼ cawan air               ) disebatikan

    20 tangkai cili kering                )
    10 ulas bawang merah             )
    5 ulas bawang putih                 )  dikisar bersama hingga hancur
    2 “ lengkuas- dihiris nipis         )
    2 “ kunyit hidup-dihiris nipis  . )
    ¼ keping manisan
    2 camcasedang rempah kari ikan
    5 tangkai cili hijau
    ½ mangkuk kecil cili padi

    Peraturan membuatnya:
    1.     Masak santan  didalam periuk dengan api perlahan selama 10 minit
    Masukkan bahan kisar dan rempah, masak lagi selama 5 minit,
    masukkan ikan dan manisan sambil dikacau sebati, masak lagi selama 7 minit baru dimasukkan udang, cili padi dan cili hijau.  Biarkan selama 5 minit baru diangkat.




    CARA MAMA MENGHIDANG NASI DAGANG, ADDITIONAL LAUK KERUTUK AYAM N TELUR REBUS.

    P/S 
    resepi ni original dari arwah mama. Nasi dagang ni signature dish beliau, selalu jamu family n kawan2. memang menjilat jari. silakan share dgn kawan2, ilmu yg bermanfaat jd pencen kubur mama saya Allahyarham Nik Mariam Nik Salleh. semoga ada yg masak Nasi Dagang ni jamu kat anak yatim, Allahuakbar byk pencen kubur mama. 



    SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment