Saturday, 18 November 2017

7 Sebab Kenapa Diet Tapi Berat Tak Turun.




7 SEBAB KENAPA BERAT ANDA TAK TURUN. No 7 tu paling ramai orang buat silap. 


.
Dah bertahun-tahun nak kurus, dah bertahun-tahun diet tapi berat tak turun. makin nak kurus, makin naik pulak berat. arghhh stressss!!..
.
nah saya share 7 sebab kenapa berat anda susah sgt nak turun. jgn cakap coach tak payung.
.
1. Sarapan anda tidak sihat
- biskut dan milo bukan contoh sarapan sihat. Biskut mengandungi lemak dan gula yg tinggi 
.
.
2. Tidak minum banyak air 
- anda kurang makan dan juga kurang minum air masak. 
.
.
3. Minum Diet Soda, Limau Suam 
- ternyata minuman ini masih mengandungi Gula.
.
.
4. Bersenam dengan perut kosong 
- badan perlukan nutrisi dari makanan utk membakar kalori. 
.
.
5. Makan makanan tinggi kalori selepas bersenam
- anda merasa terlalu lapar selepas bersenam dan menggunakan alasan sudah bersenam utk makan apa saja. Sedangkan senaman hanya bakar 350kalori. Anda makan 700kalori.
.
.
6. Stress!!!!! 
- bila stress badan kita tidak akan bakar lemak..dan kita lebih cenderung utk makan lebih banyak. 
.
.
7. Tidak makan nasi 

- anda menggantikan nasi dgn kuew tiaw, mee, maggi, roti, kerepek, biskut yg jauh lebih tinggi kandungan kalori dan lemak.
.
.
Berhenti langgar dinding yg sama, dapatkan bantuan! Dengan ilmu kurus tu sangat mudah dan enjoyable. Saya akan share Formula konfem turun berat. ini lagi best dari ikat perut tak makan nasi berbulan-bulan tapi berat tak turun. 
.
.
Nak lagi tips kurus best2? Like  Facebook Page Coach Yatie
.

nak saya bantu anda kurus sebelum 2018? klik link dibawah.
.
http://cabaran30hari.wasap.my
http://cabaran30hari.wasap.my
http://cabaran30hari.wasap.my



.

Monday, 19 June 2017

Korang Tak Rindu Ke??


Assalamualaikum,

MasyaAllah dah dekat setahun tak update blog ni. ada tak yg rindu? ke tak rindu sgt sebab hari2 pon dok update FB bajet retis semua benda buat kau nak bagitau satu dunia.. ahhaha. Honestly rindu blogging. rindu membebel ntah pape walaupun x de orang baca.

Selepas blogger famous Shea Rasol meninggal dunia akibat kanser baru2 ni, aku macam tergerak utk tulis blog semula. Blog tak sama dengan Social Media Fb ataupun Instagram. Paling terharu bila ada Client yg bagitau, saya terbaca cerita kat blog Coach. I was like.. Blog?? wahh tak sangka ada org baca lagi.. eh eh semangat nak menulis semula pulak. semangatnya 5minit je. lepas tu lupa dan tak tulis2. ahaha.

memang blog tak sama dgn social media. social media instantly boleh buat posting.

blog ni kena tunggu ada mood, kena tunggu ilmu, tunggu semangat angin laut segala bagai.. baru keluar 1 post. tu yg jadinya last post bulan july 2016. lulzz..


Dah setahun berlalu banyak cerita sebenarnya, tapi tunggu ya mood rajin datang baru kite citerr. kalau rajin sekodeng je IG or Fb kita. mmg aktif siang malam kat situ. FB tu hanya utk Friends n family je. aku tak approve orang tak kenal. sorry ya. sebab fobia keluar benda bukan2 kat timeline. Boleh follow IG, coz kat IG aku approve semua orang. dengan harapan dapat naikkan followers ke 500k tahun ni. hahah


Kalau nak join progam turun berat boleh la LIKE page Coach Yatie Nadzli. borang kat dlm blog ni dah tak valid sebenarnya. adeii kesian siapa yg dok isi lagi. nak delete dah lupa command tekan kat celah mana.

nah kita bagi link FB page Coach Yatie  https://www.facebook.com/coachyatienadzli/



Okay itu saja bebelan kali ni. doakan ada lagi posting sebelum tahun 2018. ahaha.

thank you for reading, lebiu olsss!




Wednesday, 20 July 2016

Tips Penting Jika Passport Hilang Sewaktu Travel Di Luar Negara.

Assalamualaikum,

Harini saya nak share perkara yg saya rasa sangat penting. Ianya satu pengajaran yg sangat berguna buat saya setelah bertahun-tahun ke luar negara. Apa nak buat kalau pasport hilang? Benda ni terjadi kat saya sendiri pada bulan Mei lepas masa mengikuti event Herbalife di Singapore.

Macam mana nak balik Malaysia kalau pasport hilang? memang tak boleh balik lagi la jawapnya. Kebetulan ada saudara yg tinggal di Singapore so tumpang rumah mereka utk 1 malam sementara setelkan hal pasport ni. Utk sewa hotel bajet di Singapore bukan murah. lagi2 bila hari dah nak balik duit pun tak berapa nak ada dah. cukup2 utk makan haritu tu. Nasib baik ada kawan pinjam kan duit utk standby. Allah dah janji, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Alhamdulillah. 

APA NAK BUAT BILA PASPORT HILANG DI LUAR NEGARA?




1. Buat report polis di balai polis terdekat secepat mungkin. 

Bila sedar je pasport hilang dan puas cari tak jumpa terus buat report polis. Ini paling penting sebab nak buat pasport sementara perlukan report polis. Kalau nak claim insurans perjalanan pun perlukan report polis. Saya sedar pasport hilang pagi masa nak kemas beg utk check out. Haritu last training dan training tu sampai petang. So pukul 10 pagi tu curi2 keluar sekejap utk pegi balai polis kat Bedok untuk buat report. Thank you abg Awi bro Uber yang tolong bawak saya pegi balai polis masa ni.

2. Pegi ke Kedutaan Malaysia dan buat Pasport sementara.

Lepas dah dapat report polis tu boleh terus pegi Kedutaan Malaysia utk buat Pasport sementara. Untuk buat pasport sementara ni gambar pasport diperlukan, Lebih selamat kalau standby gambar pasport dalam purse 2-3keping. Cam saya haritu terpaksa ambil gambar pasport baru. Terbang lagi duit. Pasport sementara atau Sijil Perakuan Cemas untuk Singapore adalah SD 18, kira2 dalam RM 50. Pasport sementara ni sehala je boleh guna. Just utk bolehkan kita lepas sempadan dan imigresen.

Kalau nak pegi Kedutaan ni kena awal pagi sebab ramai orang dan prosedurnya agak lama. ktorang pegi pukul 9, pukul 1 baru setel. Tapi Alhamdulillah sempat balik Malaysia on the same day.

Masa otw balik Malaysia, saya kena tahan kat imigresen singapore sebab no pasport tak sama dan kertas putih tu tak ada. baru tahu penting jugak sekeping kertas yg kita isi masa nak masuk sempadan tu.. Tapi tak ada masalah pun dorang just tanya and gtau pasport hilang. Setel.

Selfie lepas dapat Pasport Sementara.
Thank You Che Nah & Ayah Wan teman buat pasport.  

3. Buat report polis di Malaysia

Kat Malaysia kena pergi buat report polis kat balai polis yang berdekatan, sebaiknya balai polis yg besar bukan cawangan. saya pegi ke IPK Shah Alam Seksyen 9 dan buat report kat situ. Sebelum buat report tu ada sesi siasatan dengan pegawai dia. Lepas dapat sekeping kertas dari pegawai penyiasat tu baru boleh buat report. Macam2 prosedur, sabar je lah.

Ini pesanan pegawai Imigresen utk report polis, sebab kalau report tu tak lengkap Imigresen tak akan terima dan maybe kena buat lagi.

Dalam report tu kena bagitau perkara2 ni:

- Masa Kehilangan pasport,
- Alamat /Tempat Kehilangan pasport, 
- Tempat simpan pasport (dalam beg / poket)


Report polis yang di buat di Malaysia.

4. Buat Pasport Baru


Lepas dah dapat report polis malaysia boleh buat pasport baru. Better buat siap2 walaupun tak ada plan nak kemana2 lagi dalam masa terdekat sebab prosedur nak buat pasport ni lama bukan sehari macam kita renew pasport. Ada banyak borang kena isi dan bila dah submit borang kena tunggu 5hari utk Imigresen approvekan permohonan nak buat pasport.

Utk kes Pasport hilang better refer kat Imigresen Shah Alam kat PKNS, tempat lain saya tak pasti boleh buat ke tidak sebab mostly mereka akan refer kat sini jugak. Kat imigresen dorang akan bagi borang utk kita isi.

Step Untuk Buat Pasport Baru 

1. Ambil borang kat Imigresen, masa ni bawak sekali pasport sementara dan report polis. Untuk pertanyaan berkaitan kehilangan pasport tak perlu beratur boleh terus ke kaunter 3

2. Isi borang yang Imigresen bagi dan termasuk sekali borang utk buat pasport ( sekali lagi gambar pasport diperlukan)


3. Isi Surat akuan bersumpah dan cop pesuruh jaya sumpah.

Pegi PKNS senang sebab semua ada kat sini

4. Fotostat Report Polis Luar negara dan Malaysia, IC, Pasport sementara


5. Hantar semua borang dan salinan Fotostat ni di kaunter 3.


6. Lepas dah hantar semua borang, hubungi Imigresen dalam tempoh 5 hari. kalau dah diluluskan then boleh datang utk buat pasport baru. Yang ni kena ambil nombor.


p/s: Sekarang sistem imigresen selalu down so baik datang selepas subuh ke Imigresen. Haritu saya sampai Imigresen PKNS pukul 7.30 pagi waktu ofis buka, orang dah beratur panjang


** Pengalaman hilang pasport ni memang mengajarkan betul supaya jaga pasport elok2. Nak buat pasport bukannya murah RM 300. Pasport yang hilang baru je buat tahun lepas dan baru guna 2 kali. Tapi benda dah nak jadi, apa boleh buat. bersyukur lah hilang pasport je pun, bukan hilang orang tersayang ( ayat pujuk hati ). Pegawai Kedutaan Malaysia kat Singapore siap pesan, lepas ni jangan hilang lagi kalau tak prosedur


Tips Mengelakkan Kehilangan Pasport Semasa Melancong

1. Fotostat Pasport beberapa salinan, seperti IC pasport pun kena ada salinan jugak. Bawa salinan pasport semasa melancong

2. Simpan pasport di tempat yang selamat seperti dalam beg galas. Lepas sudah melepasi Imigresen terus simpan pasport dan elakkan dari memegang pasport di tangan utk mengelakkan tercicir


3. Selepas sampai ke destinasi, simpan pasport di dalam bagasi di hotel dan hanya bawa salinan fotostat.


4. Elakkan meletakkan pasport dalam purse atau pouch beg ketika berada di luar kerana risiko utk hilang / di curi agak tinggi.



Semoga entry ini bermanfaat utk ramai orang. Memang serik bila hilang pasport ni sebab banyak prosedur kena lalui.  Tapi pengajaran yg sangat berguna utk sentiasa berjaga dan lebih berhati-hati. Sebelum ni ambil sambil lewa saja pasport, campak sana-sini bila nak guna kelam kabut cari. Dah hilang macam ni baru tahu betapa susahnya nak buat pasport baru.

Okay lepas ni jaga pasport elok2 di mana juga kita berada.hiihi


Yang phobia pasport hilang,

-Coach Yatie Nadzli-

Wednesday, 4 November 2015

Antara Aku, Gloria dan Disneyland


Dulu saya tak rasa kita perlu turunkan berat badan. Saya rasa okay je badan ni. Walaupun seluar banyak tak muat. Baju pun dah ketat. Tapi saya rasa okay sebab ramai orang yg lagi gemuk dari saya.
Dan bila saya suarakan niat nak kurus kat kawan2, respon mereka adalah.

" nak kurus kat mana lagi? Okay la macam ni. Tak cantik cengkung sangat ".

Saya pun rasa lagi bahagia. Rasa tak bersalah walaupun hampir2 setiap minggu menjengah ke restoran makanan segera. Maklum la. Aku bukan gemuk sgt. Makan je la. Nanti esok2 senaman bakar balik. Walaupun hakikatnya saya hanya jogging di atas katil, berenang di depan tv.

Hari berganti hari. Saya di kurniakan peluang ke luar negara. Melihat bumi Tuhan katanya. Dengan rasa teruja saya mengambil lebih 2000 keping gambar.

Sama kan?
Bila pulang ke malaysia saya sedar yg dalam 2000 keping gambar tu hanya 20keping saja yg saya senang melihatnya. Dan 1 gambar ini merubah hidup saya.

Maybe Allah dah hantar petunjuknya. Kalau saya belum sedar lagi mungkin si Gloria the Hippo tu akan menjadi lagi kurus dari saya.

Bukan tidak pernah cuba utk kurus tapi tidak pernah berjaya. Tidak jumpa cara yg betul. Tiada bimbingan dan hanya semangat yg sementara. Jadi Kurus pun sementara.

Anda boleh buat keputusan utk selesa sekarang dan seksa kemudian atau rasa kurang selesa sekarang dan menikmati hari tua dgn tenaga luar biasa.

Paris 2011
Paris 2014

Keputusan di tangan anda. 

Saya telah buat keputusan 4 tahun lepas dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. 


Jika anda perlukan bantuan dan nasihat dari saya, 
-Coach Yatie Nadzli-
017-9772700

Tuesday, 18 August 2015

Coach Yatie Nadzli Online Group Coaching

Assalamualaikum,


It has been 3 month since my last blog post in May. SubhanAllah been very busy with work, training and travelling. Banyak benda baru berlaku dalam 3 bulan ni, antaranya saya dah ada Facebook page Coach Yatie Nadzli disana ada banyak info dan tips kurus, dan sayabaru released 2 Ebook Resepi Sihat iaitu 7 Resepi Sihat Sedap dan Mudah oleh Coach Yatie Nadzli (free), 21 Ebook Resepi Sihat Sedap dan Mudah oleh Coach Yatie Nadzli (berbayar). Alhamdulillah respon Ebook ni sangat memberangkan. Nampak ramai orang Malaysia yg concern pada makanan sihat. Promosi Ebook ini akan tamat pada hari Khamis ini sebab mahu lebih fokus pada Online Group Coaching saya. Tapi jangan bermuram durja banyak resepi sihat saya akan share dgn ahli Online Group Coaching. So no worries okay guys? Nak always keep updated dapatkan info dan tips kurus best kena LIKE Page Coach Yatie Nadzli klik sini thank you! Okay sambung cerita:

Hey, Are you aware of this??


Masalah utama sekarang adalah Malaysia adalah Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara. Are you aware? Are we Proud? Malaysia Boleh! Mungkin anda kurus tapi keluarga anda? suami? kawan baik? jiran? ibu bapa? Apa yg anda buat untuk bantu mereka?

Sebagai Coach Pengurusan Berat Badan perkara ini adalah seperti penampar ke pipi kami. what are we doing all these time? Ramai orang perlu bantuan, ramai orang struggling with their health, ramai orang muda2 dah ada darah tinggi dan kencing manis, tetapi ramai juga yg masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Mereka tidak tahu? atau buat2 tak tahu? Sekarang dah banyak Iklan tentang gaya hidup sihat keluar kat TV, Jom Kurus, FIT Malaysia, dan pelbagai acara larian. Hari sabtu pun di isytiharkan sebagai hari tanpa kereta di Kuala Lumpur utk menggalakkan orang keluar berbasikal atau berjalan kaki pada hari minggu. Pelbagai usaha sedang di lakukan untuk menurunkan Malaysia takhta Negara tergemuk di Asia Tenggara.

Susahnya nak kurus!! Saya give up!

Kajian menunjukkan antara sebab utama proses turun berat badan gagal adalah Mudah Berputus Asa sebab tiada sokongan dan dorongan dari orang sekeliling. Anda serius untuk turun berat badan tapi orang sekeliling semua jenis suka ajak makan, kaki fastfood, tidak bersenam, dan geng air manis. Bukan mudah untuk melalui situasi macam ni seorang diri. Mungkin 3hari pertama anda kuat, hari ke empat dah mula rasa stress dan bila kawan ajak makan KFC anda laju setuju. Pernah berlaku?

Kenapa Online Group Coaching?

Zaman mengejar masa ni semua orang sangat sibuk, sampai makan tengahari pun jamak dgn makan malam. Nak bersenam jauh sekali. Tapi sibuk2 pun semua orang masih ada masa utk tengok telefon betul atau betul? Tujuan utama saya mengadakan Online Group Coaching ini supaya saya dapat menyelit dalam kehidupan seharian anda yg super sibuk itu seperti malaikat di bahu kiri dan kanan. cuma saya tiada di bahu tapi di Telefon. yaa Online Group Coaching saya lakukan melalui aplikasi Whatsapp Group. ini mungkin whatsapp group anda yg ke sejuta, tapi saya yakin ini adalah satu-satunya Whatsapp Group yg bakal mengubah hidup anda. (disclaimer;  jika anda commit pada program ini)

Tujuan Online Group Coaching 

  • Mengumpulkan orang yg serius untuk menurunkan badan mempunyai Visi dan misi yang sama iaitu mahu kurus dan sihat.
  • Membantu ahli mengenal pasti punca mengapa susah mahu kurus.
  • memberi solution pada masalah mereka dan juga tips dari ahli senior yg sudah berjaya menurunkan berat badan.
  • Group support and motivation dari ahli2 lain yg sama tujuan iaitu Nak Kurus Nak Sihat!
  • Daily Info tentang Pemakanan sihat dan cadangan menu sihat.
  • Everyday Question and answers berkenaan gaya hidup sihat.. ni boleh makan? lepas senaman makan apa? fast food boleh makan? kalau tak sempat bersenam nak buat macam mana?
  • Workout tips yang sesuai dgn semua lapisan umur dan kerjaya. 
  • Memastikan ahli online Coaching Group mendapat Nutrisi yg seimbang setiap hari.
  • Ahli berpeluang utk menyertai Online Weight Loss Challenge yg kami anjurkan. 

Kelayakan untuk Menyertai Coach Yatie Nadzli Online Group Coaching

Tempat untuk Online Coaching ini sangat terhad. Hanya 20orang sahaja pada setiap sesi. Tujuannya utk membolehkan saya mengenal pasti masalah sorang2 lebih detail dan mengelakkan silent reader dan orang yang tidak serius yang hanya nak tengok2 dulu. 

  1. Serius dan Nekad untuk turun berat badan tidak kisah 5kg atau 50kg.
  2. Mempunyai aplikasi Whatsaap di telefon.
  3. Mahu di bantu dan mendengar cakap Coach.
  4. Teachable dan boleh ditegur. 
  5. Perempuan - tidak mengandung atau menyusukan anak. 
  6. Lelaki - tidak gatal, jika sudah berkahwin sila minta izin isteri.
  7. Tidak mengambil apa2 ubat kurus atau suppliment kesihatan utk turun berat badan.
  8. Bukan Herbalife Member dan tidak terikat dengan mana2 Herbalife Coach. *Kecuali Team Coach Yatie Nadzli*

Bagaimana untuk menyertai Online Group Coaching ?

Isi borang di blog ini dan notify saya melalui 
whatsapp Coach Yatie Nadzli 017-9772700



Tuesday, 19 May 2015

20 Helpful Tips for Viper Challenge

1. Form a team of faboulous teammate n be prepare to have FUN

 2.  Ensure you do the 80% of Nutrition proper. Before/During/After Viper Challenge. Eat healthy n proper nutrition.. My experience ramai yg cramp masa Viper Challenge becoz not proper nutrition. luckily we have Herbalife yeay! Shake2 baby!!

DON'T FORGET TO EAT BREAKFAST!!!

3. Do strenght and cardio training proper & consistent if which is only 20% of the process. Highly recommend to do 5km  dan 12km atleast sekali seminggu. Viper is not a walk in a park. Really test your Endurance!!  more info boleh klik kat sini.---->  20% training very important!

4. Work out Upper body. Banyak obstacles yg melibatkan kekuatan tangan dan bahu. workout in the gym for upper body strenght.

5.  TEAMWORK is everything in viper challenge. Help each other in your team and even not your team. True story during last Viper Challenge, one of my team mate cramp di tengah hutan kelapa sawit, cannot walk. No first aid dalam hutan tu. One chinese guy stopped and offer his muscle spray. okay tak tau ape nama benda tu.hahaha. tapi bila spray rasa cramp tu hilang sikit and he can walk again. Alhamdulillah. This is what I love about Viper Challenge The Teamwork!

 6. Take Alot of photos whenever you can because this might be your one an only Viper CHallenge.

7. Have a good rest a night before and dont forget carbo loading a night before. Makann!!

8. Pakai kasut yg sesuai. JANGAN PAKAI KASUT BURUK sebab banyak obstacles melibatkan air, lumpur n tapak kasut mudah tertanggal kalo pakai kasut buruk. Aku Recommend kasut getah or kasut hiking yg grip. No need kasut mahal2 sebab sayang akan berlemuih dalam lumpur.

9. Pakai baju lengan panjang atau inner yg tak nipis sangat sebab ada obstackle yg kena merangkak atas tanah kalo x berbirat tangan kner batu.

10. pakai Glove sgt digalakkan kerana byk menghadapi cabaran permukaan kasar dan keras. Jika participant tamo spend hi cost for fancy branded glove (which is akhirnya akan berlemoih dgn lumpur),  beli je glove org kerja kontrak tu. Ambik guntin potong separuh bhgn jari jemari tu. Tadaaa.. U ll get a super cool rm3 glove! U ll make it to the finishin line anyway.. <--tips from my team mates.
Aku beli glove daiso je. Tak yah glove memahal Rm 50 bagai. Kalau tak da sgt Pakai je glove berkebun pon ok asalkan glove.
DON'T GIVE UP! 
YOU ARE STRONGER THAN YOU KNOW!!

11. Bawak protein bar / energy bar / pisang / makanan yg boleh hi protein n karbo sebab 5 jam yg penuh onak duri tu serius melaparkan dan boleh kena hypoglecemia.  pisang station disediakan but just bawak standby. Seriously we need lotsa energy to go to finish line.

12. Pakai seluar PANJANG dan yg Tebal dan kalau boleh pakai legging dalam seluar sebab banyak kes seluar koyak / berlubang. Especially kat bontot. Ouchh!!

13. Travel light tak payah bawak beg bagai macam nak pegi camping. Boleh bawak beg utk protein bar / phone saja. Air tak perlu bawak sebab water station banyak sepanjang jalan. 

14. Utk yg bawak phone make sure guna beg Kalis air tu. Kalau tak ada beg tu dinasihatkan x payah bawak fon. Bahaya too much water n risk. Anyway Best bawak phone boleh snap pic banyak2. selfiee!! Yeayy!! 

15. Leave nobody behind. Remember viper challenge is not competition. Tak ada pemenang hanya finisher. So jangan tinggalkan team mates anda sorang2. Walk with them together. U got nothing to rush.

16. Jangan minum air banyak sangat kalau tak selesa bertoilet di semak samun. Tapi aku minum banyak jugak air dan menahan diri sepanjang perjalanan. Gigih!!

17. First aid disediakan tapi kalau ada spray cramp muscle or handyplast boleh la bawak incase cedera dalam hutan.

18.  Help and motivate each other along the way. Honestly I dont think I can finish Viper Challenge without support from my team mates. Semua orang mainkan peranan. Thats why rule no1 find a fabulous team mates! Yeahhh!! 

19. 100% mindset to take all the challenges prepare to have loads of FUN.

20. Enjoy da moment  and happy...n commit for da best for every obstacles . .true satisfaction



#credit to my  Viper Challenge Team 24Fit  who share many tips for this entry. You guys are awesome!! Thank you!!

Go Viper Challenge!! 

Sunday, 10 May 2015

Resepi Fillet Ikan Dory Goreng

Assalamualaikum,


Ni first time aku masak Ikan Dory so aku google banyak resepi Fish and Chips yg guna ikan dory. finally aku jumpa resepi paling senang dan aku modified sedikit. Ikan Dory Goreng ni boleh buat Fish and Chips, Burger Fillet o Fish macam mcDonalds, makan dgn nasi tau makan begitu saja. Aku buat bancuhan ni sekali je lepas tu lebihan simpan dalam peti. senang bila nak makan tinggal goreng je.

Fillet Ikan Dory Goreng

Bahan2:
1 paket Fillet Ikan Dory
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred A
2sudu kecil lada putih
sedikit garam
2 cawan Instant Oat
Minyak utk menggoreng ( aku guna minyak Sunflower, lebih sihat gtew)

Cara Membuat:
1. Bersihkan Ikan Dory dan lap dengan kitchen towel hingga kering.Lumurkan dgn garam dan lada putih, perap 30min didalam fridge.
2. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih
3. Pecahkan telur dan gaul rata
4. Campurkan adunan tepung dan telur, gaul rata.
5. Jika adunan telalu keras atau kental masukkan sedikit air. Masukkan fillet Ikan Dory ke dalam adunan tepung dan telur
6. Golekkan Ikan Dory di atas Oat.
7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing
8. Angkat dan toskan. letakkan di atas kitchen towel utk serap lebihan minyak.

Effect oat selepas di goreng sangat la awesome, sebijik macam ayam kfc spicy punya. nice nice!!
Boleh juga dihidangkan dengan Roti Wholemeal, salad bawang holland tomato sos cili dan sos tar tar jadi lah burger fillet o fish ala mcD tapi lagi sedap. 





Selamat Mencuba!!