Showing posts with label RECIPE. Show all posts
Showing posts with label RECIPE. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

Resepi Fillet Ikan Dory Goreng

Assalamualaikum,


Ni first time aku masak Ikan Dory so aku google banyak resepi Fish and Chips yg guna ikan dory. finally aku jumpa resepi paling senang dan aku modified sedikit. Ikan Dory Goreng ni boleh buat Fish and Chips, Burger Fillet o Fish macam mcDonalds, makan dgn nasi tau makan begitu saja. Aku buat bancuhan ni sekali je lepas tu lebihan simpan dalam peti. senang bila nak makan tinggal goreng je.

Fillet Ikan Dory Goreng

Bahan2:
1 paket Fillet Ikan Dory
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred A
2sudu kecil lada putih
sedikit garam
2 cawan Instant Oat
Minyak utk menggoreng ( aku guna minyak Sunflower, lebih sihat gtew)

Cara Membuat:
1. Bersihkan Ikan Dory dan lap dengan kitchen towel hingga kering.Lumurkan dgn garam dan lada putih, perap 30min didalam fridge.
2. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih
3. Pecahkan telur dan gaul rata
4. Campurkan adunan tepung dan telur, gaul rata.
5. Jika adunan telalu keras atau kental masukkan sedikit air. Masukkan fillet Ikan Dory ke dalam adunan tepung dan telur
6. Golekkan Ikan Dory di atas Oat.
7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing
8. Angkat dan toskan. letakkan di atas kitchen towel utk serap lebihan minyak.

Effect oat selepas di goreng sangat la awesome, sebijik macam ayam kfc spicy punya. nice nice!!
Boleh juga dihidangkan dengan Roti Wholemeal, salad bawang holland tomato sos cili dan sos tar tar jadi lah burger fillet o fish ala mcD tapi lagi sedap. 





Selamat Mencuba!!

Resepi Mix Fruit Cheesekut - Kek tanpa bakar

Assalamualaikum, 
Adakah anda penggemar dessert seperti aku? Mahu kah tahu cara memasak dessert yg paling mudah tapi sangat sedap? Nah harini nak share resepi yg super senang ni. Aku suka sangat resepi sebab tak perlu bakar dan penyediaannya sgt cepat. Kalau nak makan esok, malam tu boleh buat dan simpan je dalam fridge. esok dah ready nak makan.  Resepi kek fridge atau nama glamornya Mix Fruit Cheesekut ni kawan aku Nana belajar dgn kawan Filipina semasa dia bekerja di Riyadh. Jadi ilmu yg bermanfaat ni kena la share ye utk dpt multilevel pahala. hehe. so here it goes. the best cheesekut recipe ever!!


Bahan2,
1 paket biskut cream crackers
2 paket Cream Cheese
1 tin susu pekat
500ml susu HL
1/2 biji buah naga -didadu
3 biji buah kiwi - didadu
1 tin buah laici -dibuang air dan toskan
1 tin buah longan - dibuang air dan toskan ( carik carikkan buah laici dan longan)



1)Campurkan Cream Cheese dan Susu pekat. Pukul sehingga adunan sekata.
2) Rendamkan sekejap biskut krim kracker ke dalam susu HL 
3) susun biskut cream cracker yg dah direndam dlm susu tadi ke dalam acuan. paling sesuai guna acuan kaca atau plastik dalam dan transparent. Aku ada loyang biskut raya je kat rumah ni, so guna apa yg ada.
4) Sapukan campuran cream cheese di atas biskut dan selang seli cheese dgn biskut.
5)Layer terakhir sapukan cream cheese dan taburkan Buah buahan di atas sehingga rata.
Ada balace boleh masuk dalam bekas tupperware kecik camni utk makan sambil tgk Teman Lelaki Upahan. hihihii. Dah siap sejukkan didalam fridge bahagian bawah selama 1-3jam atau semalaman. 


Senang giler kan? Tak ada oven pun boleh buat ni. Mudah dan super sedap!

#tips bajet. Gantikan buah naga dan kiwi dgn buah buahan cocktail atau nata de coco. Lebih murah dan mudah.



Selamat Mencuba!!

Sunday, 29 June 2014

Recipe Cream Puff Best in the world!!

Assalamualaikum,

Maaf tajuk sgt over, just from my point of view coz im not a fan of Cream Puff before. I mean cream puff biasa yg inti kastad tu. Yang tu sedap tp yang ini 10x ganda lagi sedap. hoho.

Cerita Cream Puff best in the world ni bermula masa aku pergi melawat keluarga cousin suami aku di London bulan Mei lepas. Pening jugak aku memikirkan kenapa Cream Puff ni sedap sgt. Inti macam Ice cream tp bukan Ice cream. Sizenya MasyaAllah besar, gebu dan sihat walafiat. hehe. Patutnya memang puas makan tapi still tak puas makan satu. sedap sangat! Maaf lagi sekali coz resepi dalam bahasa Inggeris, copy paste je. tak pandai nak alih bahasa. ada ingredients yg aku tukar tu sebab aku tak jumpa kat kedai. kalau korang tau kat mana nak dpt ingredients tu tolong inform saya ok?

Muka heaven dapat makan Cream Puff sedap. tak tau la berapa bijik dah masuk mulut. hihi.
The Best Cream Puff Ever!!

Ingredients
  • 2 (3.5 ounce) packages instant vanilla pudding mix
     (aku guna Instant Pudding Mix Natural pastu letak 2 drops Esen Vanilla)
    2 cups double cream (aku guna Thicked Cream)
    1 cup milk (aku guna Marigold HL milk)
    1/2 cup butter (113g/4oz)
    1 cup water
    1/4 teaspoon salt
    1 cup plain flour
    4 eggs

    * Filling ni boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk.

    Directions
    1. Mix together vanilla instant pudding mix, cream and milk. Whisk a little until thick. Cover and refrigerate to set.
     2. Preheat oven to 425 degrees F (220 degrees C).
     3. In a large pot, bring water and butter to a rolling boil. Stir in flour and salt until the mixture forms a ball. Transfer the dough to a large mixing bowl. Using a wooden spoon or stand mixer, dump all the eggs in at once and quickly mix until the mixture comes together and become sticky. Drop by tablespoonfuls or pipe onto an ungreased baking sheet lined with parchment paper.
     4. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, until golden brown. Centers should be dry.
    (bakar sampai jadi coklat keemasan, Oven aku antik sket so kena bakar sampai 40min baru masak)
     5. When the shells are cool, either split and fill them with the pudding mixture, or use a pastry bag to pipe the pudding into the shells.

  • Tips from Kak Sue:


    1. Don't grease the baking sheet instead line it with parchment paper, to avoid burnt choux pastry bottoms.
    2. If you're piping the dough mixture, make sure you flatten the tips of the piped doughs (to make them all flat top) with a wet finger so the tips won't burn or brown too much in the oven.
    3. When choux pastries are out of the oven, immediately poke a tiny hole in each and every one of them with a toothpick to let the steam out. If you don't do this, you'll end up having flat pastries with no room for filling in the middle.
     4. I only fill them with cream just before serving, and dust them with icing sugar.

    Masak sampai jadi color macam ni, lepas keluarkan dari oven terus cucuk dgn lidi atau garpu bagi angin keluar. Biar sejuk dulu sebelum simpan dalam bekas atau Tupperware
Letak filling hanya sebelum menghidang. baru fresh, sejuk dan sedapnya!! Lepas tu Renjis Icing Sugar sikit dan siap dihidang.
* Calories per Cream Puff 190cal. Harap Maklong dan Selamat Mencuba!!



































Friday, 21 March 2014

Puding Roti Kukus

Bismillah,

Harini hari rajin memasak sedunia maka aku pun masak resepi desert paling mudah di dunia. iaitu Puding Roti!! mudah sgt tapi still tak hafal resepi. haha. Ini resepi peninggalan Arwah Mama, so jgn khuatir kesedapannya. InsyaAllah buat jadi sebab mama memang telus dalam menulis resepi. Tak da *missing ingredient* punya. So resepi Puding Roti adalah seperti berikut. 



PUDING ROTI                                                   Hidangan untuk 15-20  orang

Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich Gardenia
80 g marjerin

1 ½ cawan susu cair  Ideal      }
1 cawan air mendidih              }    disebatikan

4 biji telur gred A                             }
1 cawan gula pasir                         }    dipukul sebati
1 camcateh peres garam halus    }        
1 camcateh esen vanilla
1 camcateh esen ros


Peraturan membuat:

  1. Sapu marjerin pada roti biar rata.
  2. Susun dan potong roti kepada 4 bahagian, masukkan kedalam mangkuk adunan.  Tuangkan adunan susu kedalamnya sambil dikacau sehingga roti kelihatan kembang,campurkan adunan telur, esen ros dan esen vanilla. 
  3. Masukkan kedalam acuan 8”x8” yang sudah digris dengan sedikit majerin.
  4. Didihkan air didalam pengukus, kukus adunan selama 20 – 25 minit. 
  5. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
  # ni aku copypaste dari resepi asal mama. sebab ayat skema sket. ayat cikgu Kemahiran Hidup. hehe. bila masak ada yg aku edit sikit. cam roti gardenia aku tukar dgn roti masimmo half wholemeal, gula 3/4 cawan, esen rose tak letak coz tak suka dan last sekali aku bakar instead of kukus sebab rumah nggak pengukusnya ya dong. Sebenarnya resepi ni sgt flexible dan mudah, bleh ubah sedikit ikut cita rasa korang. susu cair tu nak tukar susu low fat pun boleh bg yg tengah nak lose weight. sebenarnya aku pun nak pakai susu lowfat pada mulanya, tp tengok2 susu dah habis sebab ada orang tu makan dgn coco crunch. *hurmmm* jadi terpaksa guna susu cair jugak. susu pekat rasanya tak sesuai dlm kes ini.  so jgn memandai ganti dgn susu pekat ye. 

Kalau perasan, tak ada resepi sos kastard kat sini. sebab Mama memang jarang makan puding roti dgn sos kastard sebab puding ni pun dah manis dah. kalau nak letak sos kastard boleh jugak, resepinya senang je.  GOOGLE saje. nak sedap dan mudah lagi letak je Aiskrim Vanilla atas puding tu. ala2 restorang mahal gitu. Perghh sedapnya Makan dgn aiskrim Vanilla, meleleh air liur jap. berdosa betul! orang putih kata Sinful Indulgence eyk? Ape2 la kan. Kalau yg dlm program turun berat tu jangan makan dgn Aiskrim pulak, karang tak turun berat, cik jah tak jamin!

Mulakan dgn tengok resepi. tak tgk tak sah, dasar amatur. haha
Bahan2 yg kita perlukan ye puan2.
cara2 membuat, sila rujuk resepi di atas.






Inilah Hasilnya!! so Yummehh!!  selamat mencuba!!

Monday, 26 August 2013

Resepi NASI LEMAK SIMPLE cepat mudah sedap



gambar hiasan
Hidangan utk 2-3 orang

Bahan-bahan nasi lemak :

¾ kotak santan segera (small)
2 cawan beras
1 camcateh garam
1 camcateh gula
2 daun pandan
1 bawang kecil – dihirs nipis-nipis
1 ½ cawan air masak ( cawan yang sama )

Kaedah :

  1. Basuh beras
  2. Campur bahan diatas sehingga sebati
  3. Masak dalam periuk Nasi

Bahan-bahan sambal :

10 biji cili kering                           }
5 ulas bawang kecil                  }
2 ulas bawang putih                 }         dikisar
1 camcateh garam                  }
2 camcateh gula                      }
1 camca sedang minyak

1 Cawan ikan bilis –dibersihkan

Kaedah :

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Basuh dan toskan ikan bilis dan masukkan dlm kuali.
  3. masukkan ¼ santan (baki santan ).
  4. Masukkan gula dan garam, gaul sebati.



Resepi oleh :

Allahyarhamah Nik Mariam Nik Salleh.
Al-Fatihah. semoga rohnya di cucuri rahmat.

Wednesday, 28 November 2012

RESEPI SHAKE LOSE WEIGHT PROGRAM


Bismillah.

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY???



Dah minum shake harini? tambah ape? macam mana rasa? 

ni adalah soklan yg aku selalu tanya kat customer yg baru mula program. sebab aku sgt mementingkan rasa Shake. Oleh kerana dah terbiasa makan benda2 sedap, tekak aku tak boleh terima kalau benda tu tak sedap.hihihii.. So aku sgt mementingkan KESEDAPAN rasa shake aku.  Macam2 aku campur nak bagi shake tu rasa sedap dan tak bosan nak minum hari2. kalau tgk sideline aku bancuh shake dgn air kosong je aku dah buat muka dah. eeee sedap ke? tak tawar ke? Sebab aku suka tambah macam2, aku ajar customer aku benda yg sama. huhuhu.

Serius leceh sebenarnya bila nak kena campur macam2 ni, cost lagi satu. nak kena beli soya la, yogurt drink la, susu lowfat la, macam2. bila stok perasa tambahan ni habis, aku tak minum shake. sebab takut x sedap.Serius dulu sgt bergantung pada perisa tambahan ni.  Tapi sekarang Alhamdulillah tambah air sejuk pun dah rasa sedap giler dah! Senang, cepat, jimat dan paling penting LESS CALORIE.

Panjang pulak mukaddimah, resepi tak bagi2 pun lagi. Okay sabar sabar. tak habis cerita lagi...excited mak jah! hikhikhik..Untuk org yg tak boleh terima rasa shake dgn air kosong je boleh la tambah dgn air soya, susu lowfat, yogurt LOW FAT, yogurt LOW FAT, asalkan sukatan tak melebihi 100ml. just nak bagi rasa manis sikit je, jgn jgn bantai 400ml semua susu. macam mana nak kurus! kalau dalam program gain weight. boleh di maafkan. LOSE WEIGHT program tak boleh ye. harap maklum. lagi satu nak pesan, kalau nk beli perasa tambahan tu, tengok dulu berapa kalori (kcal) utk 100ml. kalau kurang dari 50kcal tu okay la.

cara nak kira kalorie shake,

2 scoop bukit F1 coklat   = 89kcal
100ml lowfat milk            = 50 kcal
300ml air sejuk                = 0kcal
TOTAL                            = 139kcal

Bukit = Heaping



Sebelum nak masak kena ada bahan2 kan? sama jugak dgn nak buat shake ni. bahan utama WAJIB ADA adalah ,




F1 HERBALIFE 


Mesti kena ada F1, kalau tak ada kena beli takboleh ganti dgn Milo ok! kalau boleh semua 5 perisa kena ada. senang pelbagaikan resepi. Cappucino, coklat, vanilla, strawberry, tropical fruit

F1 kat Malaysia ada 5 perisa je kat dapur aku ade 7 perisa. termasuk Cookies & cream dari Macau dan Wildberry dr Indonesia. Setiap hari minum perisa berbeza. Best ooo!!!


Fakta yg anda perlu tahu tentang Formula 1 HERBALIFE




RESEPI SHAKE LOSE WEIGHT PROGRAm


Orange Vanilla Shake

Bahan2 :
2 scoops F1 Vanilla (bukit)
100ml Marigol Peel Fresh Orange
300ml Air sejuk

 Cara2 :
Blend atau shake. suka hati korang ;)



Strawberry Chocolate Shake



Bahan2 :
1 scoop F1 strawberry (bukit)
1 scoop F1 coklat (bukit)
100ml Marigold lowfat Milk
300ml Air sejuk

 Cara2 :
Blend atau shake. suka hati korang ;)


Tropical Nestum Shake


Bahan2 :
2 scoops F1 Tropical Fruit (bukit)
1 Scoop Nestum Original
400ml Air sejuk
 1/2 Scoop Nestum utk hiasan

 Cara2 :
Blend atau shake. suka hati korang ;)


 Chocolate Cappucino Shake


Bahan2 :
1 scoops F1 Chocolate (bukit)
1 Scoop F1 Cappucino (bukit)
400ml Air sejuk

 Cara2 :
Blend atau shake. suka hati korang ;)


Betik Pisang Shake

Bahan2 : 
 5 kiub betik
4 scoop F1 tropical fruit
800ml air sejuk

Cara2:
Blend sampai lumat ;p




Fakta yg anda perlu tahu tentang Formula 1 HERBALIFE


 so



Cuba jangan tak cuba!!!



KAT DAPUR BELUM ADA F1 LAGI?
CONTACT SAYA 017-9772700