Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

Resepi Fillet Ikan Dory Goreng

Assalamualaikum,


Ni first time aku masak Ikan Dory so aku google banyak resepi Fish and Chips yg guna ikan dory. finally aku jumpa resepi paling senang dan aku modified sedikit. Ikan Dory Goreng ni boleh buat Fish and Chips, Burger Fillet o Fish macam mcDonalds, makan dgn nasi tau makan begitu saja. Aku buat bancuhan ni sekali je lepas tu lebihan simpan dalam peti. senang bila nak makan tinggal goreng je.

Fillet Ikan Dory Goreng

Bahan2:
1 paket Fillet Ikan Dory
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred A
2sudu kecil lada putih
sedikit garam
2 cawan Instant Oat
Minyak utk menggoreng ( aku guna minyak Sunflower, lebih sihat gtew)

Cara Membuat:
1. Bersihkan Ikan Dory dan lap dengan kitchen towel hingga kering.Lumurkan dgn garam dan lada putih, perap 30min didalam fridge.
2. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih
3. Pecahkan telur dan gaul rata
4. Campurkan adunan tepung dan telur, gaul rata.
5. Jika adunan telalu keras atau kental masukkan sedikit air. Masukkan fillet Ikan Dory ke dalam adunan tepung dan telur
6. Golekkan Ikan Dory di atas Oat.
7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing
8. Angkat dan toskan. letakkan di atas kitchen towel utk serap lebihan minyak.

Effect oat selepas di goreng sangat la awesome, sebijik macam ayam kfc spicy punya. nice nice!!
Boleh juga dihidangkan dengan Roti Wholemeal, salad bawang holland tomato sos cili dan sos tar tar jadi lah burger fillet o fish ala mcD tapi lagi sedap. 





Selamat Mencuba!!

Resepi Mix Fruit Cheesekut - Kek tanpa bakar

Assalamualaikum, 
Adakah anda penggemar dessert seperti aku? Mahu kah tahu cara memasak dessert yg paling mudah tapi sangat sedap? Nah harini nak share resepi yg super senang ni. Aku suka sangat resepi sebab tak perlu bakar dan penyediaannya sgt cepat. Kalau nak makan esok, malam tu boleh buat dan simpan je dalam fridge. esok dah ready nak makan.  Resepi kek fridge atau nama glamornya Mix Fruit Cheesekut ni kawan aku Nana belajar dgn kawan Filipina semasa dia bekerja di Riyadh. Jadi ilmu yg bermanfaat ni kena la share ye utk dpt multilevel pahala. hehe. so here it goes. the best cheesekut recipe ever!!


Bahan2,
1 paket biskut cream crackers
2 paket Cream Cheese
1 tin susu pekat
500ml susu HL
1/2 biji buah naga -didadu
3 biji buah kiwi - didadu
1 tin buah laici -dibuang air dan toskan
1 tin buah longan - dibuang air dan toskan ( carik carikkan buah laici dan longan)



1)Campurkan Cream Cheese dan Susu pekat. Pukul sehingga adunan sekata.
2) Rendamkan sekejap biskut krim kracker ke dalam susu HL 
3) susun biskut cream cracker yg dah direndam dlm susu tadi ke dalam acuan. paling sesuai guna acuan kaca atau plastik dalam dan transparent. Aku ada loyang biskut raya je kat rumah ni, so guna apa yg ada.
4) Sapukan campuran cream cheese di atas biskut dan selang seli cheese dgn biskut.
5)Layer terakhir sapukan cream cheese dan taburkan Buah buahan di atas sehingga rata.
Ada balace boleh masuk dalam bekas tupperware kecik camni utk makan sambil tgk Teman Lelaki Upahan. hihihii. Dah siap sejukkan didalam fridge bahagian bawah selama 1-3jam atau semalaman. 


Senang giler kan? Tak ada oven pun boleh buat ni. Mudah dan super sedap!

#tips bajet. Gantikan buah naga dan kiwi dgn buah buahan cocktail atau nata de coco. Lebih murah dan mudah.



Selamat Mencuba!!

Wednesday, 18 March 2015

Mat Periuk Cafe, Ipoh - #CikJahReview

Assalamualaikum,

Buat julung2 kalinya aku adakan entry khas Review by Cik Jah di blog ni. Sebelum ni Cik Jah Review hanya di Instagram dan FB saja. Sebab post kalini agak panjang, aku buat entry khas kat sini. keeelass kau Cik Jah! hahaa.

Nama Mat Periuk Cafe ni bukan asing lagi bagi aku sebab ada seorang kawan adalah regular customer di Mat Periuk. Banyak kali dia promote cafe ni kat kitorang tapi aku tak teringin nak pergi. Maybe sebab nama dia yang tak commercialise tu, Mat Periuk? so Village people. haha..Sampai la satu hari aku tertengok gambar di FB, ade member aku ni tgh Selfie di Mat Periuk Cafe dan background tu meja makan yg dibuat dari Wood Pallet!! Maka meroyan la aku nak pergi Mat Periuk nak tengok meja DIY Wood Pallet tu. Tanpa membuang masa aku pun ajak Suami aku yg juga 'gila' wood pallet furniture.  tujuan utama adalah nak tengok meja, makan no2. boleh gtu?haha .

Dengan bantuan Waze maka kami sampai di Mat Periuk Cafe tanpa sesat. Alhamdulillah. Anyway Mat Periuk ni ade 2, Mat Periuk dekat Tasek, satu lagi Mat Periuk Junior dekat Tambun. Kami pergi Mat Periuk yang asal aka Mat Periuk Signature.

pic from nurhanayahya.wordpress.com bcoz aku lupa ambil gambar facade.hehe.

Kami sampai Mat Periuk dalam pukul 9.30 malam, kedai ni penuh dari dalam sampai ke luar. Nasi baik ade meja satu kosong kat dalam. Yang pakai baju hitam tu pekerja Mat Periuk sedang sibuk melayan customer. Selah Cashier tu ada Live Band. Memang best la environment dia, makan sambil layan live band. lagu2 yang dorang nyanyi pun semua best. Aku tengok husband aku punya enjoy, tetiba rasa romantika de amour pulak. hahaha
Meja dari Wood Pallet, kerusi guna Tong drum. Kreatif cuma meja dengan kerusi tak propotion. Meja tu agak rendah untuk kerusi tong drum ni, sakit pinggang jugak la bila nak makan. Ergonomic Fail.
Walaupun ramai orang servis kat Mat Periuk ni boleh agak cepat. Kami tak tunggu lama untuk dapat makanan. Aku paling hilang mood kalau kena tunggu makanan berjam2, boleh jadi Singa Laparr! Tak sampai setengah jam makanan dah sampai. Cuma ada makanan yg aku order dah habis tp no problem I can always come again. hihi. Anyway Mat Periuk, well done for  Good Service!!

Ni Akam punya Air sebab aku order air suam je, Lemon ape ntah nama dia. Tapi sedap Air ni, tak manis sangat dan boleh rasa lemon punya buah tu. harga dalam Rm3++
Akam punya makanan, Grilled Lamb Chop. 
Ada Lamb, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.50
Aku punya makanan, Grilled Mix Platter. 
Ada Lamb, Fish, Chicken, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.90
Licin kau!! hahaha. dulu Arwah mak aku penah cakap nak tengok kedai tu sedap ke tak tengok pinggang yg orang dah makan. Kalau tak habis maka tak sedap, kalau habis licin macam ni maksudnya sedap la tu. Dan lagi satu lupa nak bagi tau, portion untuk 1 pinggan tu banyak. Kalau korang jenis tak makan banyak atau tengah on diet tu boleh la share 2 orang. Sharing is Caring katanya. Kami datang nak tengok wood pallet furniture tu je, dengan misi nak order makanan paling murah atau minum air je. Tapi Alhamdulillah dapat lebih dari tu. Mat Periuk ni sesuai untuk bawa family atau kawan2 lepak sekali sambil layan good music and good food. Harga pun tak mahal sgt, mampu milik.

Cik Jah Review #matperiuk




Makanan ***** (sedap, banyak variety, portion banyak)
Harga**** (based on portion banyak dan rasa yg sedap harga sangat berpatutan, Kami makan 2 orang less than Rm35) 
Suasana **** (extra mark kat live band, deco cantik, open air)
Servis **** (servis laju walaupun ramai orang)
Keselesaan *** ( potong markah kat kerusi dan meja yg tak ergonomic)
Overall Rating **** (highly Recommended)

#matperiuk
 Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, 
Kampung Tersusun Tasek, 
31400 Ipoh, Perak









Sunday, 29 June 2014

Recipe Cream Puff Best in the world!!

Assalamualaikum,

Maaf tajuk sgt over, just from my point of view coz im not a fan of Cream Puff before. I mean cream puff biasa yg inti kastad tu. Yang tu sedap tp yang ini 10x ganda lagi sedap. hoho.

Cerita Cream Puff best in the world ni bermula masa aku pergi melawat keluarga cousin suami aku di London bulan Mei lepas. Pening jugak aku memikirkan kenapa Cream Puff ni sedap sgt. Inti macam Ice cream tp bukan Ice cream. Sizenya MasyaAllah besar, gebu dan sihat walafiat. hehe. Patutnya memang puas makan tapi still tak puas makan satu. sedap sangat! Maaf lagi sekali coz resepi dalam bahasa Inggeris, copy paste je. tak pandai nak alih bahasa. ada ingredients yg aku tukar tu sebab aku tak jumpa kat kedai. kalau korang tau kat mana nak dpt ingredients tu tolong inform saya ok?

Muka heaven dapat makan Cream Puff sedap. tak tau la berapa bijik dah masuk mulut. hihi.
The Best Cream Puff Ever!!

Ingredients
  • 2 (3.5 ounce) packages instant vanilla pudding mix
     (aku guna Instant Pudding Mix Natural pastu letak 2 drops Esen Vanilla)
    2 cups double cream (aku guna Thicked Cream)
    1 cup milk (aku guna Marigold HL milk)
    1/2 cup butter (113g/4oz)
    1 cup water
    1/4 teaspoon salt
    1 cup plain flour
    4 eggs

    * Filling ni boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk.

    Directions
    1. Mix together vanilla instant pudding mix, cream and milk. Whisk a little until thick. Cover and refrigerate to set.
     2. Preheat oven to 425 degrees F (220 degrees C).
     3. In a large pot, bring water and butter to a rolling boil. Stir in flour and salt until the mixture forms a ball. Transfer the dough to a large mixing bowl. Using a wooden spoon or stand mixer, dump all the eggs in at once and quickly mix until the mixture comes together and become sticky. Drop by tablespoonfuls or pipe onto an ungreased baking sheet lined with parchment paper.
     4. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, until golden brown. Centers should be dry.
    (bakar sampai jadi coklat keemasan, Oven aku antik sket so kena bakar sampai 40min baru masak)
     5. When the shells are cool, either split and fill them with the pudding mixture, or use a pastry bag to pipe the pudding into the shells.

  • Tips from Kak Sue:


    1. Don't grease the baking sheet instead line it with parchment paper, to avoid burnt choux pastry bottoms.
    2. If you're piping the dough mixture, make sure you flatten the tips of the piped doughs (to make them all flat top) with a wet finger so the tips won't burn or brown too much in the oven.
    3. When choux pastries are out of the oven, immediately poke a tiny hole in each and every one of them with a toothpick to let the steam out. If you don't do this, you'll end up having flat pastries with no room for filling in the middle.
     4. I only fill them with cream just before serving, and dust them with icing sugar.

    Masak sampai jadi color macam ni, lepas keluarkan dari oven terus cucuk dgn lidi atau garpu bagi angin keluar. Biar sejuk dulu sebelum simpan dalam bekas atau Tupperware
Letak filling hanya sebelum menghidang. baru fresh, sejuk dan sedapnya!! Lepas tu Renjis Icing Sugar sikit dan siap dihidang.
* Calories per Cream Puff 190cal. Harap Maklong dan Selamat Mencuba!!