Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

20 Helpful Tips for Viper Challenge

1. Form a team of faboulous teammate n be prepare to have FUN

 2.  Ensure you do the 80% of Nutrition proper. Before/During/After Viper Challenge. Eat healthy n proper nutrition.. My experience ramai yg cramp masa Viper Challenge becoz not proper nutrition. luckily we have Herbalife yeay! Shake2 baby!!

DON'T FORGET TO EAT BREAKFAST!!!

3. Do strenght and cardio training proper & consistent if which is only 20% of the process. Highly recommend to do 5km  dan 12km atleast sekali seminggu. Viper is not a walk in a park. Really test your Endurance!!  more info boleh klik kat sini.---->  20% training very important!

4. Work out Upper body. Banyak obstacles yg melibatkan kekuatan tangan dan bahu. workout in the gym for upper body strenght.

5.  TEAMWORK is everything in viper challenge. Help each other in your team and even not your team. True story during last Viper Challenge, one of my team mate cramp di tengah hutan kelapa sawit, cannot walk. No first aid dalam hutan tu. One chinese guy stopped and offer his muscle spray. okay tak tau ape nama benda tu.hahaha. tapi bila spray rasa cramp tu hilang sikit and he can walk again. Alhamdulillah. This is what I love about Viper Challenge The Teamwork!

 6. Take Alot of photos whenever you can because this might be your one an only Viper CHallenge.

7. Have a good rest a night before and dont forget carbo loading a night before. Makann!!

8. Pakai kasut yg sesuai. JANGAN PAKAI KASUT BURUK sebab banyak obstacles melibatkan air, lumpur n tapak kasut mudah tertanggal kalo pakai kasut buruk. Aku Recommend kasut getah or kasut hiking yg grip. No need kasut mahal2 sebab sayang akan berlemuih dalam lumpur.

9. Pakai baju lengan panjang atau inner yg tak nipis sangat sebab ada obstackle yg kena merangkak atas tanah kalo x berbirat tangan kner batu.

10. pakai Glove sgt digalakkan kerana byk menghadapi cabaran permukaan kasar dan keras. Jika participant tamo spend hi cost for fancy branded glove (which is akhirnya akan berlemoih dgn lumpur),  beli je glove org kerja kontrak tu. Ambik guntin potong separuh bhgn jari jemari tu. Tadaaa.. U ll get a super cool rm3 glove! U ll make it to the finishin line anyway.. <--tips from my team mates.
Aku beli glove daiso je. Tak yah glove memahal Rm 50 bagai. Kalau tak da sgt Pakai je glove berkebun pon ok asalkan glove.
DON'T GIVE UP! 
YOU ARE STRONGER THAN YOU KNOW!!

11. Bawak protein bar / energy bar / pisang / makanan yg boleh hi protein n karbo sebab 5 jam yg penuh onak duri tu serius melaparkan dan boleh kena hypoglecemia.  pisang station disediakan but just bawak standby. Seriously we need lotsa energy to go to finish line.

12. Pakai seluar PANJANG dan yg Tebal dan kalau boleh pakai legging dalam seluar sebab banyak kes seluar koyak / berlubang. Especially kat bontot. Ouchh!!

13. Travel light tak payah bawak beg bagai macam nak pegi camping. Boleh bawak beg utk protein bar / phone saja. Air tak perlu bawak sebab water station banyak sepanjang jalan. 

14. Utk yg bawak phone make sure guna beg Kalis air tu. Kalau tak ada beg tu dinasihatkan x payah bawak fon. Bahaya too much water n risk. Anyway Best bawak phone boleh snap pic banyak2. selfiee!! Yeayy!! 

15. Leave nobody behind. Remember viper challenge is not competition. Tak ada pemenang hanya finisher. So jangan tinggalkan team mates anda sorang2. Walk with them together. U got nothing to rush.

16. Jangan minum air banyak sangat kalau tak selesa bertoilet di semak samun. Tapi aku minum banyak jugak air dan menahan diri sepanjang perjalanan. Gigih!!

17. First aid disediakan tapi kalau ada spray cramp muscle or handyplast boleh la bawak incase cedera dalam hutan.

18.  Help and motivate each other along the way. Honestly I dont think I can finish Viper Challenge without support from my team mates. Semua orang mainkan peranan. Thats why rule no1 find a fabulous team mates! Yeahhh!! 

19. 100% mindset to take all the challenges prepare to have loads of FUN.

20. Enjoy da moment  and happy...n commit for da best for every obstacles . .true satisfaction



#credit to my  Viper Challenge Team 24Fit  who share many tips for this entry. You guys are awesome!! Thank you!!

Go Viper Challenge!! 

Wednesday, 18 March 2015

Mat Periuk Cafe, Ipoh - #CikJahReview

Assalamualaikum,

Buat julung2 kalinya aku adakan entry khas Review by Cik Jah di blog ni. Sebelum ni Cik Jah Review hanya di Instagram dan FB saja. Sebab post kalini agak panjang, aku buat entry khas kat sini. keeelass kau Cik Jah! hahaa.

Nama Mat Periuk Cafe ni bukan asing lagi bagi aku sebab ada seorang kawan adalah regular customer di Mat Periuk. Banyak kali dia promote cafe ni kat kitorang tapi aku tak teringin nak pergi. Maybe sebab nama dia yang tak commercialise tu, Mat Periuk? so Village people. haha..Sampai la satu hari aku tertengok gambar di FB, ade member aku ni tgh Selfie di Mat Periuk Cafe dan background tu meja makan yg dibuat dari Wood Pallet!! Maka meroyan la aku nak pergi Mat Periuk nak tengok meja DIY Wood Pallet tu. Tanpa membuang masa aku pun ajak Suami aku yg juga 'gila' wood pallet furniture.  tujuan utama adalah nak tengok meja, makan no2. boleh gtu?haha .

Dengan bantuan Waze maka kami sampai di Mat Periuk Cafe tanpa sesat. Alhamdulillah. Anyway Mat Periuk ni ade 2, Mat Periuk dekat Tasek, satu lagi Mat Periuk Junior dekat Tambun. Kami pergi Mat Periuk yang asal aka Mat Periuk Signature.

pic from nurhanayahya.wordpress.com bcoz aku lupa ambil gambar facade.hehe.

Kami sampai Mat Periuk dalam pukul 9.30 malam, kedai ni penuh dari dalam sampai ke luar. Nasi baik ade meja satu kosong kat dalam. Yang pakai baju hitam tu pekerja Mat Periuk sedang sibuk melayan customer. Selah Cashier tu ada Live Band. Memang best la environment dia, makan sambil layan live band. lagu2 yang dorang nyanyi pun semua best. Aku tengok husband aku punya enjoy, tetiba rasa romantika de amour pulak. hahaha
Meja dari Wood Pallet, kerusi guna Tong drum. Kreatif cuma meja dengan kerusi tak propotion. Meja tu agak rendah untuk kerusi tong drum ni, sakit pinggang jugak la bila nak makan. Ergonomic Fail.
Walaupun ramai orang servis kat Mat Periuk ni boleh agak cepat. Kami tak tunggu lama untuk dapat makanan. Aku paling hilang mood kalau kena tunggu makanan berjam2, boleh jadi Singa Laparr! Tak sampai setengah jam makanan dah sampai. Cuma ada makanan yg aku order dah habis tp no problem I can always come again. hihi. Anyway Mat Periuk, well done for  Good Service!!

Ni Akam punya Air sebab aku order air suam je, Lemon ape ntah nama dia. Tapi sedap Air ni, tak manis sangat dan boleh rasa lemon punya buah tu. harga dalam Rm3++
Akam punya makanan, Grilled Lamb Chop. 
Ada Lamb, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.50
Aku punya makanan, Grilled Mix Platter. 
Ada Lamb, Fish, Chicken, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.90
Licin kau!! hahaha. dulu Arwah mak aku penah cakap nak tengok kedai tu sedap ke tak tengok pinggang yg orang dah makan. Kalau tak habis maka tak sedap, kalau habis licin macam ni maksudnya sedap la tu. Dan lagi satu lupa nak bagi tau, portion untuk 1 pinggan tu banyak. Kalau korang jenis tak makan banyak atau tengah on diet tu boleh la share 2 orang. Sharing is Caring katanya. Kami datang nak tengok wood pallet furniture tu je, dengan misi nak order makanan paling murah atau minum air je. Tapi Alhamdulillah dapat lebih dari tu. Mat Periuk ni sesuai untuk bawa family atau kawan2 lepak sekali sambil layan good music and good food. Harga pun tak mahal sgt, mampu milik.

Cik Jah Review #matperiuk




Makanan ***** (sedap, banyak variety, portion banyak)
Harga**** (based on portion banyak dan rasa yg sedap harga sangat berpatutan, Kami makan 2 orang less than Rm35) 
Suasana **** (extra mark kat live band, deco cantik, open air)
Servis **** (servis laju walaupun ramai orang)
Keselesaan *** ( potong markah kat kerusi dan meja yg tak ergonomic)
Overall Rating **** (highly Recommended)

#matperiuk
 Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, 
Kampung Tersusun Tasek, 
31400 Ipoh, Perak