Oleh itu aku MESTI update jugak blog aku yg low profile ni sebab harini adalah hari terakhir mama kat hospital lepas 49 hari bertapa kat sini. Nanti dah balik rumah jadi bibik sepenuh masa mesti tak da masa dah. (kononnya) .Dan selama 49 hari jugaklah aku bercuti tanpa gaji dari kedai perabut sweden tu. Tapi tak pe, duit boleh cari mak mana boleh tukar ganti kan? Kan? Lagipun aku yakin Gaji aku kerja siang malam kat hospital ni sebagai private nurse mama ni Allah akan bayar dgn lumayan sekali. Allah kan Maha Kaya ;) Sebab dah lama sangat kat hospital nak cerita dari A-Z memang tak daya la korang nak baca nanti.
So long story cut short, (still panjang lagi) mama masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 December 2011. Sehari selepas kitorang balik dari Bandung. Actually sebelum pergi lagi Bandung pun dia dah tak sihat dah. Makan sikit sangat! Dua tiga sudu je satu hari. Boleh tak?? Kitorang bawa juga mama pergi Bandung dengan harapan dia boleh makan banyak sikit kat sana. Tapi cubaan gagal. Sehari selepas balik dari Bandung mama pergi PPUM sebab ada appoinmnet dgn Dr. Pastu haritu jugak kena tahan wad sebab keadaan dia sangat lemah (dah makan sikit sgt), hemoglobin tak cukup, potasium tak cukup dan macam2 lagi la. Masa 1st day mama kat hospital, aku dengan confidentnya mengangkut beg sandang tu pegi hospital dgn anggapan mama akan duduk kejap je kat wad. I was wrong!!! 2minggu pertama kat hospital keadaan mama memang sangat tak memberangsangkan. Tak nak makan langsung, minum air je. Risau tu Allah saja yang tahu. Macam mana badan tak lemah kalau tak makan, setiap masa tidur je. Muka pucat lesi sampai kena masuk 2 beg darah. Air garam pun berbotol2 jugak masuk dalam badan mama. Bila masuk air garam tu, pedihnya Allah saja yang tahu. Tak sanggup aku tengok mama meraung sakit setiap kali kena masuk air garam. Kalau masa kat HUSM dulu aku boleh eksen sebab mama antara pesakit yg boleh dikira paling sihat dalam wad onkologi tu. Tapi keadaan kat PPUM ni berbeza, aku yg jeles tengok pesakit2 lain yg boleh bangun dan makan macam biasa sedangkan mak aku terbaring tak nak bercakap tak nak makan ;(
Tapi Alhamdulillah selepas 3 minggu kat hospital mama dah mula boleh makan, walaupun sikit itu dah kira ok sebab sebelum tu langsung tak nak makan. Kalau sebut nama makanan je pun dia dah marah. Huhu. Walaupun mama dah boleh makan tapi nutrien yg diperlukan oleh badan dia still tak cukup lagi so Doktor bagi makanan tambahan yg masuk terus ke dalam kapilari darah. Tak silap aku namanya The Parenthal Nutrition. Dekat 2 minggu lebih jugak la mama pakai TPN ni.
Sejak tinggal di hospital ni banyak benda yang aku belajar, banyak orang yg aku jumpa, dan salah seorang yg aku paling tak boleh lupa ialah Untie Zan. Untie Zan orangnya nampak lebih kurang sebaya dengan mama, tapi sebab dia selalu nampak ceria aku tak boleh agak siapa yg lebih tua. Sebelum untie zan pindah ke depan katil mama, aku dah lama tengok dia sebab katil dia betul2 sebelah pintu dan setiap kali aku nak pergi solat atau cari makanan aku mesti nampak muka ceria dia tu. Sampai Dalam hati aku cakap " makcik ni macam tak sakit pun, macam happy betol duduk hospital". Begitulah setiap hari sampai satu hari nurse tolak masuk katil untie zan ke depan katil mama. Memang betul Untie Zan seorang yang happy go lucky. Macam mana tak happy go lucky, laki dia jaga dia 24jam. Bertuah nya badan! Dr ke nurse ke fisio ke even bangla yg hantar makanan tu pun dia sapa dengan mesra. Tak pernah aku tengok pesakit macam ni. Semangat untie zan memang kuat, aku tengok gaya dia makan makanan hospital tu pun dah tau.. Aku ingat lagi, dia pernah cakap "Tuhan bagi kita penyakit ni kita terima je la" walaupun dia cakap dia terima, aku tau dia bukan pasrah tapi dia redha dengan ujian Allah dan dia tabah menghadapinya sebab setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Walaupun baru kenal seminggu keluarga aku dan keluarga untie zan agak rapat. Kami sering bertukar juadah dan kalau aku nak turun ke kedai bawah aku tanya untie zan jika dia nak pesan ape2. Begitula setiap hari sampai hari untie zan discaj dari hospital pada 21 dec 2011 (kalau tak silap aku).
Selepas Untie zan keluar hospital, kami lost contact sebab aku tunggu dia sms dan bertangguh-tangguh nak sms dia. Last2 pada 31 dec 2011 , aku dikejutkan dengan sms dari uncle anuar (husband untie zan) mengatakan untie zan telah kembali ke rahmatullah pada 28hb yg lepas. Susah nak percaya! Even Sampai harini aku sukar menerima kenyataan untie zan dah meninggal sebab aku masih ingat ketawa ceria orang sihat dia tu. Tapi aku masih ingat jugak semasa untie zan memanggil aku berborak di katilnya sewaktu uncle anuar sedang tidur, dia mengatakan penyakit kanser payudaranya dah sampai tahap 4 dan dah merebak ke otak dan tulang. Sambil mengusap tangan aku, dia mengatakan yg dia sayang sangat kat aku dan anggap aku macam anak sendiri (sedih jap). Pesanan Untie Zan yg tak kan aku lupa " buat baik lah kat semua orang". Itulah kenangan yg Arwah Untie Zan tinggalkan kat aku. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang yang beriman. Amin.
Panjang pulak cerita ni, tak cukup satu hari nak cerita semua. Ayah pun dah sampai, aku pun tak start kemas barang2 lagi. Nanti sambung lagi cerita Aku, Mama dan Hospital part 2 di lain masa. (doakan aku gigih menyambung cerita ni.hehee) Terima kasih kerana membaca ;)
orang sihat tido kalah orang sakit...zzZZzzz.. |