gambar hiasan |
Mesti korang terliur tgk gambar tu kan? menjejeh dah air liur tu. lap sket! aku tau ramai yg suka makan nasi kerabu kat sini. aku pun suka, lagi2 nasi kerabu yg arwah mama buat. sedap sehingga menjilat jari!!
Tapi nasi kerabu kat shah alam n area klang valley ni tak la sesedap nasi kerabu kat kelantan. ayah aku pernah TERbeli nasi kerabu kat pasar tani seksyen 13, ada sambal nasi lemak dalam nasi kerabu tu.
CULTURE SHOCK!!!!!
aku tak tau la makcik tu tertukar ngan sambal nasi lemak ke dia mmg tak reti buat sambal nasi kerabu. bagi aku Nasi Kerabu yg sedap kat shah alam ni kat gerai sebelah shell seksyen 9. laki bini jual, kalau nak kena awal sebab ramai org. lambat lauk habis. dulu aku rajin la pegi beli. sekarang dah maless! minum shakes je, lg cepat.
AL-Kisahnya Nasi kerabu ni makanan ruji org kelantan. makan masa breakfast, lunch, dinner, supper. haa kalau tak caya pegi kat Restorang Ayam Percik Yati kat Kota bharu, sampai tengah malam ada lagi org makan nasi kerabu kat sana.
cakap2 takda pun resipinya kan. saboooo! ni resepi turun temurun arwah mama. resipi ni arwah mama yg tulis sendiri, aku tukang taip je. so kalau korang tak paham jgn tanya aku k, buat2 paham je. hehee. ok gurau je, kalau tak paham tanya la, incase aku boleh jawab. oh ya lupa gtau, nasi kerabu ni bukan yg kaler biru tu, yg tu kena cari daun ape-nama-ntah, mama tak suka pakai pewarna so dia guna kunyit je sebab daun tu susah dapat. warna tak penting, janji sedap okay.
RESEPINYA ADALAH...
NASI KERABU Hidangan
untuk 10 – 14 orang
1 kg. beras siam- dibersihkan dan ditoskan
2 camcateh serbuk kunyit
3 camcateh garam halus
2 batang serai – dibelah 2 jangan putus
3 helai daun limau purut
3 helai daun pandan
Air secukupnya untuk memasak nasi
- Masak beras bersama air, serbuk kunyit, garam dan serai hingga kering.
- Masukkan daun pandan dan daun limau purut. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Tumis:
½ kg santan )
¼ cawan air ) disebatikan
1 keping asam keping
2 batang serai- dibelah 2 jangan putus
20 tangkai cili
kering ) di kisar bersama sedikit air
15 ulas bawang merah )
ditumbuk kasar
8 ulas bawang putih )
¼ keping manisan
3 camcateh garam halus
1.
Masak santan bersama asam keping hingga terbit minyak muda.
(gunakan api perlahan, jangan dikacau)
2. Masukkan cili kisar, bawang tumbuk, serai,
manisan dan garam, masak lagi selama
10 – 15 minit.
Sambal:
½ biji kelapa parut putih – disangai hingga
garing menggunakan api perlahan.
4 ekor ikan kembung bakar – diambil isi
3 batang serai ) dimayang halus
1 inci halia
merah )
10 ulas bawang merah
2 camcasedang serbuk lada hitam
¼ keping manisan
2 camcateh gula
3 camcateh garam halus
- Tumbuk serai dan halia hingga hancur, masukkan bawang merah, garam dan manisan,tumbuk lagi hingga manisan hancur, masukkan gula dan serbuk lada hitam.
- Gaulkan bahan tumbuk bersama kelapa dan ikan bakar hingga sebati, masukkan
kedalam pengisar
dan kisar selama 3 saat.
Ulam:
1 ikat daun serai kayu/daun salam
4 kelopak kobis
2 ikat daun kesom- di bersihkan, direndam
air garam selama 2 minit, dipetik ambil daunnya sahaja, digulung kedalam
kelopak kobis bersama daun serai kayu dan dihiris nipis
4 biji timun batang- di potong memanjang
2 mangkuk taugeh segar – dibuang ekor
20 batang kacang panjang – dipotong nipis
Budu:
½ mangkuk kecil budu )
15 biji cili
padi- dipotong nipis )
disebatikan
1 biji limau nipis –diperah ambil airnya )
Solok
lada:
15 biji cili merah atau hijau- dibelah 2
jangan putus, keluarkan bijinya
½ biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembong-diambil isinya,
dicincang halus
6 ulas bawang merah
1 hiris nipis halia
1 camcateh serbuk lada hitam
¼ camcateh serbuk lada sulah
2 camcasedang gula
2 camcateh garam halus
1 biji telur
1 biji limau nipis – diperah airnya keatas
isi ikan
1 cawan santan cair
- Tumbuk halia, garam dan bawang merah hingga hancur, masukkan gula, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kelapa. Gaul sebatikan bersama isi ikan dan telur
- Isikan adunan kedalam cili sambil ditekan hingga padat. Susunkan kedalam periuk, masukkan santan cair, rebus selama 10 minit.
Ayam
goreng berempah:
1 ekor ayam-di potong 14, bersih dan toskan,
gaulkan dengan 2 camcasedang garam
2 batang serai- dihiris nipis )
2 inci halia – dihiris nipis )
dikisar
1 inci kunyit hidup )
3 ulas bawang putih )
2 camcasedang rempah kari ayam
3 camcasedang tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
- Gaul sebatikan bahan-bahan kisar dengan serbuk kari, lumurkan pada ayam hingga rata. Perap selama 2 jam.
- Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan tepung jagung hingga sebati
Goreng ayam
hingga kekuningan. Toskan.
CARA MENGHIDANG
okay sila jangan terkejut. ini adalah cara mama menghidang nasi kerabu dia. kalau ada tetamu memang mama akan hidang macam ni. buffet style. Bagi seorang guru ERT, Food Presentation sgt penting. orang yg first time dtg makan kat rumah aku mmg akan terkejut beruk tengok cara hidangan ala hotel ni. aku pun tak pandai buat mcam ni sebab aku tukang angkat lauk je, susun2 semua mama yg buat sebab dia sgt teliti. susunan pinggan mangkuk, lauk, desert, air semua tu kena amik kira.(aku selalu pening kepala).
korang yg ada mak mertua tu, boleh la buat cam gini sekali sekala. bagi impress mak mertua.amacam ada beran??
Selamat Mencuba!!!!
Rindu nak mkn nasi kabu weh..yati..sini xdok nyo parut..xleh buat
ReplyDeletenak yati yang buatkan...boleh!!
ReplyDelete