Wednesday 18 March 2015

Mat Periuk Cafe, Ipoh - #CikJahReview

Assalamualaikum,

Buat julung2 kalinya aku adakan entry khas Review by Cik Jah di blog ni. Sebelum ni Cik Jah Review hanya di Instagram dan FB saja. Sebab post kalini agak panjang, aku buat entry khas kat sini. keeelass kau Cik Jah! hahaa.

Nama Mat Periuk Cafe ni bukan asing lagi bagi aku sebab ada seorang kawan adalah regular customer di Mat Periuk. Banyak kali dia promote cafe ni kat kitorang tapi aku tak teringin nak pergi. Maybe sebab nama dia yang tak commercialise tu, Mat Periuk? so Village people. haha..Sampai la satu hari aku tertengok gambar di FB, ade member aku ni tgh Selfie di Mat Periuk Cafe dan background tu meja makan yg dibuat dari Wood Pallet!! Maka meroyan la aku nak pergi Mat Periuk nak tengok meja DIY Wood Pallet tu. Tanpa membuang masa aku pun ajak Suami aku yg juga 'gila' wood pallet furniture.  tujuan utama adalah nak tengok meja, makan no2. boleh gtu?haha .

Dengan bantuan Waze maka kami sampai di Mat Periuk Cafe tanpa sesat. Alhamdulillah. Anyway Mat Periuk ni ade 2, Mat Periuk dekat Tasek, satu lagi Mat Periuk Junior dekat Tambun. Kami pergi Mat Periuk yang asal aka Mat Periuk Signature.

pic from nurhanayahya.wordpress.com bcoz aku lupa ambil gambar facade.hehe.

Kami sampai Mat Periuk dalam pukul 9.30 malam, kedai ni penuh dari dalam sampai ke luar. Nasi baik ade meja satu kosong kat dalam. Yang pakai baju hitam tu pekerja Mat Periuk sedang sibuk melayan customer. Selah Cashier tu ada Live Band. Memang best la environment dia, makan sambil layan live band. lagu2 yang dorang nyanyi pun semua best. Aku tengok husband aku punya enjoy, tetiba rasa romantika de amour pulak. hahaha
Meja dari Wood Pallet, kerusi guna Tong drum. Kreatif cuma meja dengan kerusi tak propotion. Meja tu agak rendah untuk kerusi tong drum ni, sakit pinggang jugak la bila nak makan. Ergonomic Fail.
Walaupun ramai orang servis kat Mat Periuk ni boleh agak cepat. Kami tak tunggu lama untuk dapat makanan. Aku paling hilang mood kalau kena tunggu makanan berjam2, boleh jadi Singa Laparr! Tak sampai setengah jam makanan dah sampai. Cuma ada makanan yg aku order dah habis tp no problem I can always come again. hihi. Anyway Mat Periuk, well done for  Good Service!!

Ni Akam punya Air sebab aku order air suam je, Lemon ape ntah nama dia. Tapi sedap Air ni, tak manis sangat dan boleh rasa lemon punya buah tu. harga dalam Rm3++
Akam punya makanan, Grilled Lamb Chop. 
Ada Lamb, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.50
Aku punya makanan, Grilled Mix Platter. 
Ada Lamb, Fish, Chicken, Mashed Potato Salad n Mushroom Sos.
price Rm 16.90
Licin kau!! hahaha. dulu Arwah mak aku penah cakap nak tengok kedai tu sedap ke tak tengok pinggang yg orang dah makan. Kalau tak habis maka tak sedap, kalau habis licin macam ni maksudnya sedap la tu. Dan lagi satu lupa nak bagi tau, portion untuk 1 pinggan tu banyak. Kalau korang jenis tak makan banyak atau tengah on diet tu boleh la share 2 orang. Sharing is Caring katanya. Kami datang nak tengok wood pallet furniture tu je, dengan misi nak order makanan paling murah atau minum air je. Tapi Alhamdulillah dapat lebih dari tu. Mat Periuk ni sesuai untuk bawa family atau kawan2 lepak sekali sambil layan good music and good food. Harga pun tak mahal sgt, mampu milik.

Cik Jah Review #matperiuk




Makanan ***** (sedap, banyak variety, portion banyak)
Harga**** (based on portion banyak dan rasa yg sedap harga sangat berpatutan, Kami makan 2 orang less than Rm35) 
Suasana **** (extra mark kat live band, deco cantik, open air)
Servis **** (servis laju walaupun ramai orang)
Keselesaan *** ( potong markah kat kerusi dan meja yg tak ergonomic)
Overall Rating **** (highly Recommended)

#matperiuk
 Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, 
Kampung Tersusun Tasek, 
31400 Ipoh, Perak









Sunday 15 March 2015

Zue's Weight Lost Journey.

Assalamualaikum Dunia,

Aku pasti kat luar sana ramai orang yang menyimpan niat untuk turun berat badan atau nak kurus cuma yang membezakan orang yang berjaya kurus dengan orang BELUM berjaya kurus adalah ACTION. Mungkin ada yang cakap, belum dapat hidayah lagi untuk kurus, dah cuba macam2 cara tapi tak menjadi the GIVE UP, husband suka I gemuk macam ni sedap peluk, family semua besar2 pelik pulak kalau aku je yang kurus nanti dan macam2 lagi alasan yang menjauhkan mereka dari IMPIAN KURUS itu.



Sebab tu aku suka interview orang yang baru nak mula program dan yang dah berjaya turun berat badan atau, apa yang menyebabkan awak nak kurus ni? Because they can choose not to lose weight, eat what ever they want, eat Fast Food weekly because they are too busy to eat real food, just watch TV at home instead of Jog in the park. They can choose to be in the Comfort Zone forever but Why they choose to change their lifestyle 360 degree to Lose Weight?

Everybody has their stories, and this is Zue' Weight Lost Story.


Zue ni adalah salah seorang ahli kelab aku di NutriStation Eighteen. Setakat entry ini di tulis Zue dah turun 12kg. wow!! target Zue 20kg untuk dapatkan Ideal weight yg sesuai dengan ketinggian dia. (Hasil adalah tidak typical, hasil individu mungkin berbeza).

Semuanya bermula disini....

First time aku jumpa Zue masa kami buat roadshow cowboy kat depan Maybank Station 18 Ipoh. Aku dah aim nak pitch dia, tapi muka dia seriusnya macam nak telah orang. Seolah bagi signal
" Dont Disturb me! I dont want to buy anything from you".  macam tu la muka dia boleh berbicara. Tapi salah sorang dari kawan aku, Syida memberanikan utk tegur Zue. "Dik ada tak kawan2 nak turunkan berat badan?" ni namanya ayat jaga hati. hahaha. "tak payah kawan la kak, saya ni nak turun berat badan" jawab Zue. Ting! Ting!!  dipendekkan cerita seminggu lepas tu Zue datang ke Kelab aku (sebab Kelab Syida jauh dari rumah dia) dan start program Healthy Breakfast di Kelab. Muka nampak garang tapi sebenarnya baik je orangnya. Rupanya masa tu dia tengah nak keluarkan duit nak pegi makan KFC dgn kawan, muka lapar. Sebab tu scary!!! haha.

Minum Shake kat kelab nutrisi sedap wooo. tapi ni gambar masa dah kurus,
Bila dah kurus asyik berselfie je budak ni. Ikut sapa tak tau la. haha
Alhamdulillah Allah temukan Zue dgn orang yang membuka hatinya untuk menyertai program di Nutrition Club dan berubah untuk menjadi lebih sihat.

Sebelum ni Zue tak rasa pun kena kurus. Dia rasa okay je dengan badan yang agak comel tu. Dalam rasa okay dan bahagia membesar tu ada kawan sekerja menggelar dia 'Tong Drum". Aduh! Sakitnya tu disini! Kadang2 kita perlukan orang yang mulutnya Laser macam ni untuk buat kita bangun dari mimpi indah kita. Orang macam ni seolah Tukul yang Mengetuk kepala, Pang!! dah Kena baru sedar. Jadi Terima Kasih la kepada orang2 yg macam ni.

Because of what you have said to me, I decided to change. 
Now I'm living a healthier life. Thank You!

 Oleh itu kita Flashback Zue punya Lifestyle before dia start program di Nutrition Club ni.
  • Suka makan malam, Dinner Nasi Lemak 2 bungkus Sosej 2 on the side lagi.
  • Penggemar kulit ayam dan Ayam Goreng. Dekat rumah Zue ada satu gerai jual Ayam Goreng yang famous. Almost hari2 makan Ayam goreng tu. Favourite part adalah Thigh sebab situ ade kulit yang crunchy lagi yummy.
  • Menu Breakfast adalah Nasi Goreng + Ayam Goreng dan air Milo ais.
  • Menu Lunch of course la Fast food, dalam sebulan minima 3x KFC / McD.
  • Sangat suka minuman bersusu, milo ais, teh ais.
  • Sangat jarang minum air masak.
  • Sangat jarang bersenam. 3 tahun di Politeknik tak boleh ingat berapa kali je pegi bersenam. maybe ade 1-2 kali je.
Ideal lunch di waktu itu, sedap cepat dah mudah. jemput makan.
Hasil dari pemakanan yg tak sihat dan gaya hidup tak berapa aktif ni Zue dah terlebih 20kg berat badan pada umur baru 21tahun. Bayangkan kalau 10 tahun lagi berapa KG sudah terlebih?
Zue yg berbaju Purple. comel tak?

How Nutrition Club has changed her lifestyle?

Nutrition Club atau NC ni bukan macam cafe atau restaurant. Bukan juga kedai menjual ubat kurus. Kalau setakat nak turun berat saja, tu terlalu mudah bro. Jangan makan nasi seminggu, makan julap pun boleh turun berat, tapi dapat kurus je but it doesnt change anything in your life. It Doesnt change your eating habit, your lifestyle, your way seeing things. no Value. Paling best lepas gemuk balik sebab tabiat makan tak ubah pun.


Nutrition Club adalah tempat orang positif berkumpul dan menikmati hidangan Nutrisi yg sihat.
Program di Nutrition Club ni bukan saja dapat Shake yg super sedap tapi paling penting setiap hari akan dapat Info kesihatan yang tidak di ajar kat sekolah atau universiti. Ramai yg ambil mudah benda ni sedangkan ini adalah kunci untuk mengubah tabiat pemakanan dan bakal merubah hidup mereka.


Nutrition Club ni full of love, from stranger can easily become friends and best friends. Kami bukan saja berkongsi cerita, testimony malah segala suka duka pun di share bersama. Bonding di Nutrition Club ni lain ye. We are one Big Family, lain mak bapak hehe.

Selain support kawan2 dan Coach di Nutrition Club, Ibu Bapa adalah orang yg paling kuat menyokong Zue masa dia dalam proses turun berat badan ni. Mereka nampak perubahan ketara pada Zue dan mahu Zue teruskan mengambil Nutrisi ni. Kalau ada family member yang beli burger atau makanan x tak sihat, ayah Zue dulu yg melarang dia dari makan. Ada satu masa Zue nak berehat dari program di Kelab sebab masalah kewangan tapi ayahnya dgn rela hati bagi sumbangan sebab tak nak Zue terputus program dan lost track pulak. Ibu Bapa mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak2 mereka kan? 

Masa kecik bagi makan Nasi, 
dah besar bagi makan Nutrisi


Ada apa dengan Weight Loss Challenge? 

Kebetulan masa Zue start program tu kami tengah adakah Weight Loss Challenge di Nutrition Club. Jadi lagi bersemangat la dia ni nak lose weight. Bila masuk pertandingan ni sebenarnya kita bukan sahaja bertanding dengan peserta yang lain tapi sebenarnya kita sedang bertanding dengan hawa nafsu sendiri.

Daripada seorang yang sangat tak suka bersenam, Zue dah start join aerobic, pergi gym, main badminton, hiking dan jogging dengan kami. Walaupun masa tu berat baru turun sikit dan badan still berat lagi. Luar biasa kan? sebelum ni setahun sekali pun susah. Bila dah jumpa geng tu setiap minggu pon bersenam. Syok ok!


masa ni orang lari 5km dia lari 500m. Okay la tu dari tidur je kat rumah.

Sebelum ni tak kisah tentang pemakanan, Fast Food menjadi pilihan hati tapi kini lebih berdisiplin dan bijak memilih makanan.  Sepanjang tempoh pertandingan Zue memasak sendiri menu tengah hari dia. Gigih tak bangun awal masak dan bawak bekal untuk lunch? Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.


Menu semua bakar dan rebus sahaja. Lebih jimat dan Sihat bila masak sendiri.
Hasil dedikasi dan komitment yang tak berbelah bagi itu, amboi ayat.. hahaa. Akhirnya Zue berjaya menurukan 3kg lemak dan mendapat tempat ke 3 dalam Weight Loss Challenge tu. Tak berhenti kat situ je dia decide untuk masuk lagi next round. Weight Loss Challenge yg kedua Zue dapat tempat ke 2..yeayyy!!
(Hasil tidak typical, hasil individu mungkin berbeza)
Selepas tamat di program di Kelab Nutrisi Zue still meneruskan sarapan pagi yg sihat di rumah. Sebab Shake tu sangat mudah dan cepat di sediakan, sarapan dalam kereta otw pergi kerja pun boleh.

Paling Best dan Misi dah berjaya apa bila Lifestyle Zue dah berubah selepas tamat Program tu.
  • Makan Healthy Breakfast Herbal Aloe, Teamix, dan Shake Herbalife dengan Kurma dan Oats.
  • Kalau kehabisan Shake Zue tak makan Nasi Lemak atau Kueh tapi buat Roti Sandwich Telur for Breakfast 
  • Dulu suka makan Ayam part Thigh sekarang part Dada yang banyak isi tu jadi pilihan. No more Kulit ayam.
  • Dah tak minum air manis lagi. kalau makan tengah pun, order air suam ni. sangat jimat! 
  • Minum air masak 3-4liter sehari.
  • Dulu makan tengah malam selamba sekarang makan sebelum pukul 7 malam.
  • Dulu 3tahun bersenam 2 kali sekarang, Seminggu bersenam 1-2 kali. Ahmazzinggg!!
Bila dah ringan tu lagi mudah dah seronok nak bersenam.
Healthy Lifestyle is addictive!


Tahniah Zue kerana Usaha keras untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup anda akhirnya berbaloi!
 Teruskan menginspirasikan lagi ramai orang. 
You Go Girl!!

akhir kata dari saya
Lose weight is HARD
Being Overweight is HARD
Choose your HARD


For Nutrition Club Programme & Personal Coaching 
017-9772700
yatie.nadzli@gmail.com

Tuesday 3 March 2015

Resepi EAT CLEAN - Grilled Salmon with Mix Salad

Assalamualaikum semua,

Harini nak share resepi makanan sihat yang sangat mudah, simple tak guna banyak bahan, dan cepat disediakan.

Ramai yang tahu Salmon adalah antara ikan yg mahal tapi ramai tak tahu yang Salmon ni sangat tinggi kandungan protein dan lemak sihat Omega 3. sebab tu Salmon lagi mahal compare to ikan termenung. hehe. Salmon ni lagi sedap dan murah kalau di masak sendiri. kadang2 terbeli yang hanyir pulak, terus potong mood nak makan. Yang bestnya salmon ni sangat cepat masak. tapi satu je pesanan penaja :

JANGAN GORENG IKAN SALMON!!!

Kandungan Omega 3 Ikan salmon ni sensitif pada suhu tinggi. sebab tu cara memasak salmon adalah antara membakar atau mengasap (smoke) atau di makan mentah sahaja. Rugi je beli Salmon mahal2 pastu goreng dalam minyak panas. habis semua omega 3. 


Grilled Salmon with Mix Salad


Resepi Grilled Salmon
1 keping Salmon sebesar tapak tangan (range harga dlm Rm10 )
1/2 biji lemon -perah jusnya
1 sudu kecil Garlic Salt -kalo xda pakai je garam biasa pastu letak bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu kecil paprika
2 sudu besar minyak zaitun untuk membakar

Cara2
bersihkan salmon dengan asam jawa sampai hilang hanyir. ikan salmon tak hanyir sangat. 
perap salmon dengan bahan2 diatas selama 30 minit
bakar dalam periuk ajaib atau oven selama 5 minit. terbalikkan salmon semasa membakar. 
- aku tak ada periuk ajaib so pakai je ceper ( sos pan). jangan lupa letak minyak zaitun kalau tak nanti melekat. 
-kalau tak nak salmon melekat guna Diamond Charcoal Pan yg jual kat GoShop. promote pulak. hahaha.

Resepi Mix Salad
1 biji kentang ( boleh pakai apa2 jenis kentang, aku guna cap doreoc warna purple beli kat Aeon. best for steam potatoes katanya)
- rebus atau steam kentang ni berasingan
1/2 biji carrot - potong jejari
1/2 peket kacang peas
1/2 cawan brocoli

rebus atau steam sayuran ni. rebus carrot dlu sebab dia lambat masak, pastu masuk kacang peas dah agak2 nak tutup api baru masuk brocoli. brocoli tak boleh masak lama sangat. 
toskan sayuran ni atas penapis, campurkan dgn kentang tadi, taburkan 2 sudu kecil garlic salt dan gaul sebati. nak letak dried herbs cam basil parsley ke pon boleh. lagi sedap. 

Resepi Dressing
2 sudu besar mayonies Kewpie perisa Blackpepper
2 sudu perahan jus lemon

resepi boleh di ubah suai ikut citarasa sendiri.
preparation time 15-30minutes
estimate kalori 350cal


Sekian, Selamat Mencuba!!!