Tuesday, 3 March 2015

Resepi EAT CLEAN - Grilled Salmon with Mix Salad

Assalamualaikum semua,

Harini nak share resepi makanan sihat yang sangat mudah, simple tak guna banyak bahan, dan cepat disediakan.

Ramai yang tahu Salmon adalah antara ikan yg mahal tapi ramai tak tahu yang Salmon ni sangat tinggi kandungan protein dan lemak sihat Omega 3. sebab tu Salmon lagi mahal compare to ikan termenung. hehe. Salmon ni lagi sedap dan murah kalau di masak sendiri. kadang2 terbeli yang hanyir pulak, terus potong mood nak makan. Yang bestnya salmon ni sangat cepat masak. tapi satu je pesanan penaja :

JANGAN GORENG IKAN SALMON!!!

Kandungan Omega 3 Ikan salmon ni sensitif pada suhu tinggi. sebab tu cara memasak salmon adalah antara membakar atau mengasap (smoke) atau di makan mentah sahaja. Rugi je beli Salmon mahal2 pastu goreng dalam minyak panas. habis semua omega 3. 


Grilled Salmon with Mix Salad


Resepi Grilled Salmon
1 keping Salmon sebesar tapak tangan (range harga dlm Rm10 )
1/2 biji lemon -perah jusnya
1 sudu kecil Garlic Salt -kalo xda pakai je garam biasa pastu letak bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu kecil paprika
2 sudu besar minyak zaitun untuk membakar

Cara2
bersihkan salmon dengan asam jawa sampai hilang hanyir. ikan salmon tak hanyir sangat. 
perap salmon dengan bahan2 diatas selama 30 minit
bakar dalam periuk ajaib atau oven selama 5 minit. terbalikkan salmon semasa membakar. 
- aku tak ada periuk ajaib so pakai je ceper ( sos pan). jangan lupa letak minyak zaitun kalau tak nanti melekat. 
-kalau tak nak salmon melekat guna Diamond Charcoal Pan yg jual kat GoShop. promote pulak. hahaha.

Resepi Mix Salad
1 biji kentang ( boleh pakai apa2 jenis kentang, aku guna cap doreoc warna purple beli kat Aeon. best for steam potatoes katanya)
- rebus atau steam kentang ni berasingan
1/2 biji carrot - potong jejari
1/2 peket kacang peas
1/2 cawan brocoli

rebus atau steam sayuran ni. rebus carrot dlu sebab dia lambat masak, pastu masuk kacang peas dah agak2 nak tutup api baru masuk brocoli. brocoli tak boleh masak lama sangat. 
toskan sayuran ni atas penapis, campurkan dgn kentang tadi, taburkan 2 sudu kecil garlic salt dan gaul sebati. nak letak dried herbs cam basil parsley ke pon boleh. lagi sedap. 

Resepi Dressing
2 sudu besar mayonies Kewpie perisa Blackpepper
2 sudu perahan jus lemon

resepi boleh di ubah suai ikut citarasa sendiri.
preparation time 15-30minutes
estimate kalori 350cal


Sekian, Selamat Mencuba!!!

1 comment: