Alhamdulillah pejam celik pejam celik harini dah masuk seminggu kami balik dari Herbalife University Macau. Rasa macam semalam baru turun kapal terbang. hehe. Okay kali ni aku nak share sedikit pengalaman sepanjang di Macau. Sebenarnya kami ke Hong Kong dulu baru naik ferri ke Macau. Oleh sebab orang2 Herbalife ni suka sgt pegi Holiday, maka setiap kali training luar negara mesti diselitkan aktiviti melancong. yg bestnya melancong dulu baru training. haa best tak best!
kalau nak cerita pasal Hong Kong memang tak habis, kena buat entry khas utk Hong Kong trip je. so aku simpulkan kat sekeping gambar ni :
aku &ayah di Hong Kong. dlm Herbalife kita boleh bawa org tersayang kemana saja. best kan? |
Okay balik ke topik asal, Herbalife University ataupun HU tahun ni dibuat di The Venetian seperti 2 tahun yg lepas. tahun lepas HU di Korea, aku tak kenal Herbalife lg masa tu. so HU Macau ni adalah HU pertama aku. Alhamduillah! memang nak sangat2 pegi HU sebab aku tengok ramai leaders yg grow very fast after balik dr HU, so if it can happen to them it can happen to me too!
QUALIFICATION
Aku mmg sgt tekad nak pegi Macau, balik je dari Extravaganza Singapore aku terus pegi mengadap sponsor aku tanya macam mana cara nk qualify Herbalife University. Seperti biasa, cara yg pertama adalah dgn menjadi SUPERVISOR dulu! (masa ni aku baru QP 42%). aku yg naif lagi bersemangat nak pegi HU masa tu lupa yg diri belum SV lagi. sebab semua promotion yg Herbalife offer adalah utk Supervisor sahaja. Kalau bukan Supervisor, hanya mampu pandang je la orang lain qualify semua promotion tu. Memang bikin panass bebb!!!
Long story cut short, aku pon qualify la jadi Supervisor pada bulan yg sama iaitu Mei 2012. Jun, July Ogos aku kerja gila2 dan berjaya la melayakkan diri ke Herbalife University Macau. Dan the best thing is I'm The Only Supervisor that qualified the training, others are WORLD TEAM! ohhhhhh myyy!!! semua muda2 dari aku dan mereka semua WORLD TEAM & KE ATAS!. maksudnya WORLD TEAM, ACTIVE WORLD TEAM, GET TEAM, MILLIONAIRE TEAM. fewwwhhhh! tp pape pun aku sgt bersyukur sebab akhirnya sampai ke HU Macau dan aku berada di dalam training hall! Alhamdulillah! Terima Kasih Allah mudahkan jalan saya!
MERCHANDISE
Seperti biasa bila ada event2 Herbalife, benda yg paling di tunggu adalah MERCHANDISE HERBALIFE! merchandise ni hanya ada masa Big event je, and selalunya akan SOLD OUT! sebab Distributor Herbalife pantang tgk apa2 barang yg ada logo Herbalife, mesti mereka akan beli. konpem laku! sebab tu la bila ada event je ramai la distributor buat keja sampingan jual merchandise buatan sendiri, ada button, gelang, loket, rantai, keychain, brooch, poskad, t shirt, beg, macam2 lagi la. dan semuanya mendapat sambutan yg sgt sgt hebat! mana tak hebatnya, kami sanggup beratur berjam2 utk beli Merchandise. tak caya tengok ni!
yg panjang2 ni semua beratur nak beli merchandise. sambil beratur kami berkenalan dgn dist negara lain. cool!!! |
sekali beli terus borong sampai RM 1000 lebih! balas dendam berdiri lama. hee |
F1 COOKIES & CREAM
dah lenguh beratur 2 jam, pekena shake cookies & cream pulak. mmg terbaikkkk! |
Oleh sebab F1 ni tak ada kat Malaysia, aku dah stand by bawak banyak2 F1 Cappucino dr Malaysia utk tukar dgn F1 Cookies & Cream. antara negara yg aku tau ada cookies & cream adalah Taiwan, Macau & Korea. Dan yg bestnya mereka memang suka sgt F1 Cappucino sebab negara dorang tak ada cappucino. so berlakulah sistem barter ;)
Cappucino-Cookies & Cream : Malaysia -Macau |
Cappucino-Cookies & Cream : Malaysia -Taiwan |
Seingat aku, aku berjaya tukar lebih 10 F1 Cookies & Cream dlm 1 hari. semuanya sebelum training start. memang senang sgt nak dpt Cookies & Cream kat sini. merata2 orang jaja. aku rasa kalau aku bawa 500vp F1 Cappucino pun mesti berjaya tukar semua dgn Cookies & cream. Memang sgt best lah! sebab kat singapore haritu banyak perisa Mango dr Cookies & Cream. aku tak dpt tukar 1 pun. frust ;(
INTERNATIONAL DISTRIBUTORS
Herbalife ada di lebih 84 negara seluruh dunia. yg join Herbalife Univesity Macau ni hanya 14 negara Asia Pacific je. dan semua berkumpul di satu tempat! memang majmuk habis! aku pun mengambil kesempatan bergambar dgn seramai distributor luar negara yg boleh. bila lagi kan nk jumpa dorang ni.
distributor Korea, happy go lucky habis! |
distributor dr Taiwan, dorang kagum tgk kami muda2 lg dh join Herbalife & of coz semua ni World team kecuali aku. sob.sob..sob.. |
distributor dari kampung halaman aku sendiri, Jepun!! Aishiteruuu!! |
tukar t-shirt dgn distributor dr Thailand. tshirt lama tukar t-shirt baru! haha. |
yg ni paling jauh sekali, distributor dr Indonesia!!! unik cara dia pakai tudung! | . |
baru sampai ke topik paling mustahak sekali iaitu training! Training dlm Herbalife bukan macam training kat kolej or university, Boring, mengantuk, salin nota, copy slide je sampai habis kelas. Training Herbalife sgt fun dan inspiring! sebab tu orang berlumba2 nak pegi training. dan belajar dlm Herbalife takkan pernah habis sampai bila2. Training Herbalife University memang luar biasa dan tak sama dgn training Extravaganza sebab semua speaker adalah President Team ke atas! President team, Chairman's Club & Founder Circle. Dan paling gegak gempita sekali bila Founder Circle dari Korea menari Oppa Gangnam style atas pentas! masing2 dah umur 55 & 56 tahun tp energy kalah umur 20thun! dan hampir satu expo tu ikut menari dgn dorang! aku konpem tak menari la, aku jadi pom pom girl je. hehe. seriously this is the most happening training ever!!
Oppa Gangnam Founder Circle style. nk tgk video klik sini |
bagi yg tak paham ape benda President team, Chairmans club, Founder circle ni semua tak apa, nanti kat STS hari Ahad ni boleh belajar. senang cerita mereka ni semua yg berpendapatan sgt lumayan! average income dalam RM 200k-1juta sebulan! RM ye bukan Rupiah! Mereka ni semua bukan jutawan segera Herbalife, malah ada yg dah berada dlm company dan makan product lebih 20tahun! dan paling aku suka, mereka sgt humble dan sgt inspiring! MasyaAllah! kalau satu hari nanti aku di takdirkan jadi kaya seperti mereka, aku pun nak punya attitude merendah diri seperti mereka jugak. Serius aku rela hidup serba sederhana dari jadi kaya raya, tapi sombong dan bongkak. Nauzubillah!
"YOU CAN MAKE MONEY OR EXCUSES, YOU CAN'T DO BOTH."
- Bea Bos, Chairman's Club Member (Netherlands)
" FIND PARTNER, COACH & TEAM UP, 90 % PEOPLE FAIL BECAUSE OF PROCRASTINATION. SUCCESSFUL PEOPLE DO IT CONSISTENTLY. "
- Faisal Solichin, 30K Senior Executive President Team (Indonesia)
" CUBA MENJADI MANUSIA YG HEBAT,
MENJADI ORANG YG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN."
"PRAY!! PRAY!! WORK! WORK!! FOCUS!! FOCUS!! GO PRESIDENT TEAM!! "
-Marina 30K Senior Executive President Team (Indonesia)
" YOU WILL GET THE RESULT IF YOU HAVE ACCURATE PLAN "
- Ryu Hok Su, President Team 1 diamond (Korea)
"WHEN YOU HELP PEOPLE AROUND YOU SUCCED
YOU WILL FIND YOURSELF GROWING TOGETHER WITH THEM"
"YOUR INCOME DEPENDS ON HOW MANY PEOPLE YOU SERVED AND HOW SATISFIED THEY ARE WITH YOUR SERVICE."
- Tae Ho Kim & Hyun Mo Koo, Founder Circle (Korea)
sebenarnya banyak lagi aku nak share tapi cukup sampai sini dulu. panjang2 nanti korang semua tidur pulak kan. nak feel lagi real kena pegi sendiri Herbalife University, next year di JAKARTA!! yeaa aku kalau tak setahun 2x ke Indonesia tak sah la kan. macam balik kampung dh. hehee. so tahun depan kita serbu Jakarta Ramai2! tapi sebelum tu kena jadi ACTIVE WORLD TEAM MEMBER dulu sebab thn depan HU hanya dibuka kepada AWT sahaja! sebab dah terlampau ramai World team tak muat dewan. kena pakai stadium lepas ni. Herbalife tengah meletup2 sekarang, macam popcorn!! yammmehhhh!! tetiba popcorn kan. hehee.
konklusinya, Herbalife University Macau ni memang banyak merubah hidup aku. dan orang yg ikut aku ke sana, iaitu ayah. lepas balik dari Macau ayah dah pandai cakap HAve you had your shake today. pagi2 lg dah bunyi reminder dia. hahhaa. ayah jugak dah pandai rekemen Herbalife kat kawan2 dia yg terlebih berat badan. sedikit sebanyak ayah dah paham kenapa aku buat kerja ni dan dia pun sama2 cuba menyebarkan misi Nutrisi Herbalife ni. Alhamdulillah.
semoga ilmu2 yg aku kutip di Herbalife University dapat memberi manfaat kepada aku, bakal organisasi aku, sideline2 aku dan semua distributor Herbalife Malaysia. perjalanan kita masih jauh lagi, tp niat kita murni iaitu Changing People's Life, InsyaAllah Allah mudahkan jalan kita.
bak kata Bea Bos :
Last but Not least, Jom layan Video ni
LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, GET HEALTHY, EARN EXTRA INCOME
ASK ME HOW!