Saturday 25 April 2015

7 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU BERSENAM


 Assalamualaikum, 

Tajuk harini agak familiar di kalangan kita. Especially yang tengah bersemangat nak kurus tu. Bila baca je tajuk ni mesti korang akan jawap sebab nak turun lemak, nak naik otot, reshape, tambah stamina dan bla bla bla. Well semua sebab tu betul tapi itu bukan SEBAB UTAMA. Buku THINK THIN BE THIN, 101 Psycological Ways to Lose Weight menyenaraikan 7 sebab utama kenapa kita perlu bersenam almost setiap hari. Kalau tak dapat bersenam everyday, just remember this.

Don't go 3 days without exercise. 

Memulakan program senaman adalah satu langkah tapi nak terus kekal bersenam bukan sesuatu yg mudah. Kajian menunjukkan ramai orang yg mula bersenam akan berhenti bersenam selepas 6 bulan. Untuk kekalkan otot kita bergerak kita perlu betulkan Mind Set dulu.Orang yang terus mengekalkan rutin senaman adalah orang yang tahu dan sentiasa ingat akan kebaikan senaman.

6 bulan pertama mula bersenam secara konsisten dan mesti ingat 7 perkara ni.
 Sebab ini adalah 7 perkara ni yang kita akan dapat jika konsisten
bersenam 30-60minit sehari 5-6 kali seminggu.

7 Reasons Why You Sweat it.


1) AWET MUDA
Aktiviti fizikal melambatkan proses penuaan. Jadi kita akan  kekal sihat dan aktif pada jangka masa lebih lama.  Sebab tu kalau kita tgk orang yg rajin bersenam, nampak lebih muda dari usia dan tenaga mereka luar biasa kadang2 mengalahkan orang yg lebih muda dari mereka. Jika kita bersenam dgn kerap contohnya 30min sehari 6 hari seminggu, kita dapat memanjangkan umur. Melambatkan proses penuaan. Kekal muda lebih lama.

Mother Arlene salah seorang Herbalife Member di Filipina,
beliau bersenam setiap pagi dan usianya sudah 56 tahun.
Does she looks like 56? Not at all!


2) JANTUNG YANG LEBIH SIHAT
 Senaman akan meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan level cholestrol darah, dan mengelakkan berlakunya saluran darah tersumbat.  Jika tekanan darah tidak tinggi, senaman akan membantu mengawalknya. 
Jika tekanan darah anda semakin tinggi,
senaman berkala akan membantu menurunkannya ke paras yg sihat.


3) MENGURANGKAN RISIKO KANSER
Berdasarkan kajian, moderate exercise seperti berjalan selama 30minit setiap hari berupaya mengurangkan risiko penyakit kanser payudara. Salah satu cara untuk para wanita perlu lakukan bagi mengelakkan penyakit berbahaya ini. Individu yang aktif mempunyai kadar yang rendah terkena penyakit kanser usus dan kanser perut. Ini berkemungkinan kerana  senaman meningkat pergerakan sisa perkumuhan dalam sistem penghadaman kita. 

patut la ada kadang2 rasa nak terberak masa tengah2 jogging. lulz. 

4) TULANG YANG LEBIH KUAT

Senaman terutamanya yang melibatkan beban seperti Strengh Training jika dilakukan 2 ke 3 seminggu akan meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan kecederaan dan kelemahan tulang.

5) TIDUR LENA

Aktiviti fizikal akan mengurangkan level stress dan tension jadi anda akan lebih mudah tidur, tidur lena dan bangun dengan rasa yang lebih segar.

6) GOOD MOOD
Senaman sudah terbukti adalah satu cara yang efektif untuk merawat moderate depression,
meningkatkan tenaga, mengurangkan keresahan dan boost positive feelings.

7) GREATER STAMINA
Bila otot menjadi lebih kuat, ia akan lebih mudah untuk berfungsi dan mampu bertahan
pada jangka masa yg lebih lama. 


Bonus ; Bila kita kerap bersenam,
 kita berjaya mengawal satu aspek utama hidup
 kita yang akan meningkatkan keyakinan diri 
dalam semua perkara termasuk
 untuk TURUN BERAT BADAN.

Amacam rasa semangat tak nak bersenam lepas ni? bersenam bukan semata utk turun berat badan saja ye. Jadi tiada alasan orang kurus tak perlu bersenam. Bersenam best! lebih2 lagi kalau ada kawan2 yang turut serta.

Anda tiada geng nak bersenam?

 Komuniti Senaman kami ada di seluruh Malaysia!
NO EXCUSE, IT'S FREE!! 


 call, sms, whatsapp me anytime untuk join
Coach Yatie Nadzli 
017-9772700