Thursday, 6 June 2013

EXTRAVAGANZA PERTAMA

Bismillah,

Tak sampai seminggu lagi kami akan berangkat ke Extravaganza Asia Pacific di Bangkok Thailand. Sungguh la excited dik oi!!! ni Extravaganza kedua aku, Extravaganza pertama kat Singapore tahun lepas.

Tahun lepas masa orang dok sibuk kempen Extravaganza, aku pun naik excited sekali. Tapi tak rasa aku boleh pegi sebab masa tu keadaan mama sgt tak sihat. Mustahil aku nak tinggalkan mama utk pegi singapore. Owh alasan. what ever, but When it comes to my mum, no compromise! Mama was my first priority in life. dulu aku ada fikiran macam ni, " you can take everything from me and left me only mama, and I still will be the happiest person in the world." senang cerita, kalau aku sanggup hilang segala-galanya yg aku ada, dan yg tinggal hanya mama seorang saje, aku still bahagia. sebab mama is MY EVERYTHING!


Tapi kita hanya boleh merancang, Allah yg menentukan dan perancangan Allah itu Maha Hebat. Perkara sebaliknya yg berlaku. Allah bagi aku segala-galanya, dan Allah ambil mama. Ya Allah!! Aku rasa dunia dah kiamat bila mama pergi. Aku rasa nak mati sekali dgn mama. Tapi Allah campakkan kekuatan yg hebat kat aku utk menghadapi pemergian mama. Aku pun tak pernah menjadi sebegitu kuat seumur hidup aku. Tanpa kekuatan dari Allah itu tak  mungkin aku boleh senyum lagi. Mama meninggal dunia 2 minggu sebelum Extravaganza. bila mama pergi, aku bukan saja kehilangan mama tp aku juga kehilangan kerja. sebab sebelum ni kerja aku adalah mama, tumpuan aku adalah mama. 5 bulan sgt sibuk jaga mama tiba2 mama tak ada, aku pun tak tahu nak buat apa. Rasa nak pergi jauh nak buang rasa sedih, tapi tak tahu nak pergi mana. Nak pergi Finland tak ada duit.huhu. Tiba2 teringat Extravaganza. ( Tq to my sponsor yg selalu updates pasal extravaganza). nasib baik ada tiket lagi, aku terus buat keputusan on the spot utk pegi Extravaganza Singapore.

dan akhirnya aku sampai di Extravaganza yg aku rasa aku xdapat pergi pada mulanya.



Pengalaman Extravaganza -Hari Pertama

nak Register je makan satu hari. 28 000 manusia
panjang2 ni bukan beratur pegi Toilet tapi beratur nak masuk hall utk register
Bila pintu di buka, Hall penuh sekelip mata. Register ikut negara masing2. 13 buah negara Asia Pasifik


Kawan2 Herbalife dari Singapore, Taiwan, Australia beratur sama2. masa ni semua mengelupur nak jadi VIP next year sebab kaki nak tercabut beratur 3 jam. tapi mereka sgt positif n friendly. untie org putih tu World team okay! ntah2 dah millionaire team skrg.
 3 jam beratur nak beli Merchandise, akhirnya!!!

distributor dari India  sgt ramai n sgt semangat. tahun ni India ada Extravaganza sendiri kat Bangalore.luarr biasa!!


Pengalaman Extravaganza -Hari Kedua



Lupa nak bgtau tahun lepas pegi Extravaganza sebagai Qualified Producer je, so tak boleh masuk World team training. Supervisor training pun tak boleh masuk. huhu. so kami dengar World team training dari luar je, stress betul jap dengar suara speaker jap dgr lagu cina. hahaha. Alhamdulillah 5 bulan balik dari Extravaganza aku qualified sbg world team member so tahun ni boleh masuk World team training. yippeee yeayyy!!

Comel giler anak jepun 2 orang ni. distracted aku dr dgr world team training. hahaa
Paling aku suka pasal big Event, SHAKE BAR!! Sedap giler shake Corporate buat hokayy!!

 Minum Shake dgn Lionell MEssi, tahun ni minum dgn Cristiano RonaldO pulak.
Sempat lagi amik gambar dgn Distributor Jepun. Practicing my Japanese. ;p

Pengalaman Extravaganza -Hari Ketiga & Keempat

Training start kol 10 tapi Seawal jam 7 pagi orang beratur nak masuk training. Ramai gilerrr!! aku lak dah beratur dekat sejam baru tahu rupanya salah tempat beratur. sabo je lah! hahaha. Nasib baik Tahun ni dapat priority Access. dapat Masuk dulu. yeayyy!!
OKU pun pegi Extravaganza. Tiada Alasan utk Berjaya!
yeayy dah masuk hall, kami VIP! VIP Breakout room.hehee.
Guest Speaker yg super best! No 1 distributor in the world, Suri Rumah dari Mexico Raquel Cortes
VIP Breakout room ni saje ada lebih 5000 orang. Main Training Hall 28,000. wooaaa!!!
taking good notes. lots of good notes sampai x muat buku. 
so pengajaran jgn bawa note book kecik macam ni. lesson learned!




Training dari Dr Herbalife, Dr Luigi Gratton. First time jumpa Doktor Hensem and cool giler camni!
Tukar F1 Cappucino dgn NRG tablet n shampoo dgn Distributor dari Macau. sorang Millionaire Team sorg VIP qualifiers. Lawa giler dorang ni!
Distributor dari Padang Indonesia. ermm teringat nasi padang jap.hehe

Bergambar dgn Ayah ibu kami dlm Herbalife, Uncle Allen & Untie Asriah. Masa ni dorang baru je qualified as President team. Tahun ni dah 15k Executive President Team.
Mentor merangkap inspirasi nak tulis Blog best2, Amalina Peter. Masa ni Amalina Millionaire team, Tahun ni pegi Extravaganza sebagai Executive President team member. Sgt Luar biasa!!
  
Dah sekian saja kisah Extravaganza Pertama aku. Best ke best? Mesti la best kalau buat ape 30,000 orang dr seluruh Asia Pasifik ni datang Extravaganza Singpore, katUSS tu pon xda 30,000 orang dlm 1 hari. tapi kalau tengok gambar je tak cukup, dengar cerita orang je tak puas, kena la datang n rasa sendiri pengalaman yg luar biasa ni. Bak kata Liyana Saiful,


" Your life does not depend on my review, you have to come and
 see by yourself."

 

 Anyway kalau korang beruntung sgt sebab minggu depan ada Extravaganza di Bangkok. Kalau baca entri ni lepas 14June 2013 memang xdapat nak nolong.
so tunggu ape lagi, Sempat lagi nak beli Tiket ni !!!
  
















WHEN WILL BE YOUR FIRST EXTRAVAGANZA??



Friday, 17 May 2013

HERBALIFE BRIDE 2012 & 2013

Bismillah.

Entry ni dah tertunda sangat lama sampai pengantin Herbalife semakin bertambah. Ada yg dah nak jadi Mak orang pun. hehhee

Tak lama lagi nak cuti sekolah. so bila tiba cuti sekolah ni ramai lah yg nak kawen. Macam2 persiapan dilakukan utk hari bahagia ni. Antara persiapan yg tak boleh di pandang enteng adalah persiapan pengantin untuk mendapat berat badan yg ideal semasa majlis perkahwinan. kalau ada yg merancang utk turunkan berat badan sebelum berkahwin itu, tolong terima nasihat aku ni.


JANGAN BUAT LAST MINIT!!!!! 

kalau agak2 nak turun lebih 20kg tu, tak kan 2 bulan sebelum kenduri baru nak start lose weight program. pengalaman aku sendiri, walaupun nak turun 5-7 kg je. tapi aku dah start sebelum majlis pertunangan lagi. masa bertunang tu baru turun 2kg tp muka dah reshape dan tak bulat macam pinggan lagi. beberapa bulan sebelum kawen berjaya turun 7kg. setel semua tinggal nak MAINTAIN saja.

Dinasihatkan utk dapat berat n bentuk badan ideal tu awal 1-2 bulan sebelum majlis perkahwinan. So kita ada masa yg cukup utk cari baju pengantin yg sesuai dgn size terbaru kita. cewahh size terbaru kan! dulu XL sekarang M. haaa tiada yg mustahil!!  Bila dah kurus Pilihan baju pun banyak. boleh sewa atau beli yg dah siap tak perlu jahit sebab tak ada size. Masa aku kawen dulu, aku hanya spend duit beli baju sanding je, baju akad nikah n bertandang pinjam dari kenalan yg murah hati. JIMAT RM 600!!! 

Baju kawen pinjam tu kalau aku still gemuk lagi, konpem tak muat. huhuhuu.  Sebab tu la kena turun berat badan secepat mungkin jgn tunggu sebulan nak kenduri baru nak start turun berat 20kg. aduhhh.!

Masa yg ditunggu-tunggu, testimoni2 Herbalife bride & bridegroom!! Pengantin2 ni semua Fresh from oven. Wedding year 2012 & 2013. ada yg still dalam honeymoon mood lagi. eh orang Herbalife Honeymoon EVERYDAY tauu. next month kami Honeymoon kat Bangkok pulak. Luar biasa!!!



HERE COMES HERBALIFE BRIDE 2012 & 2013

 YATIE NADZLI
(-7KG)
                                           # Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu
  
HAQEEM & ASH
(-21KG & - 9KG)


# Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

ECAH
 (- 20KG)

                                           # Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

FATIN NAJWA
(-11KG)
  
# Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu
 MYM & ELMI
(-17KG & 27KG)
# Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu


Mym & Elmi ni baru je kawen, bulan april lepas. memang total transformation dorg ni. dua2 memang suka makan dan turun berat badan sebab nak kawen so mereka masuk Pertadingan Turun Berat badan.  Mym turun 7kg, Elmi turun 12kg . # Disclaimer : Hasil adalah tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu. Mereka menang hadiah menarik!! WOWWW bestnya!!! so siapa yg nak kawen dalam masa terdekat, tak banyak masa nak turun berat, sgt digalakkan masuk PERTANDINGAN TURUN BERAT BADAN. boleh cepatkan masa penurunan dan berpeluang menang hadiah best! silap haribulan dapat free honeymoon. woooh syoknya!!

jadi tunggu apa lagi? kawen sekali seumur hidup je beb. 

                    

JOM TURUN BERAT BADAN
 SEBELUM HARI PERKAHWINAN!!

ask me yatie nadzli how!


SMS/CALL/ WHATSAPP
 017-9772700


Sunday, 21 April 2013

BEST QUOTES FROM SPECTACULAR 2013

Bismillah..
Saya dapat kata2 hikmah ini di Spectacular bulan January lepas. Kata2 ini bukan datang dari calang2 orang. Kata2 ini datang dari orang yg telah lama berjuang dalam Herbalife. Mereka juga telah mengubah hidup ramai orang. 
 semoga bermanfaat ;)



" If you can give just 2-3 years of your life to be financially freedom, it is worth it."
-Clint Grimberg
President Team Member




 "Herbalife bukan menjual, tapi menjual itu sebahagian dari Herbalife."
- Haji Allen Peter 
Executive President Team Member
 




"we cannot change our dream overnight, but we can change our direction OVERNIGHT"
-Marina Arfah
30K Senior Executive President Team 
"Money is not important, what you do with the money is IMPORTANT"
-Marvin Wattimena
30K Senior Executive President Team Member
 


"What you can conceive and believe, you can Achieve!!"
-John Tartol
Chairman's Club Member




"Kita yakin kita magnet. Ambil tanggungjawab 100%"
-Rahimah Sulaiman
                                               20K Senior Executive President Team





Nak lagi?? Nak tengok sendiri, dengar sendiri alami sendiri?? Lets go to Extravaganza.

Anda sangat beruntung sebab...

jeng je jeng!!






 




AHhhhhhhMAZING SPEAKERSSS!!!



Michael O. Johnson
Chairman & Chief Executive Officer


 Dr David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N. 
Chairman, Herbalife Nutrition Institute and Nutrition Advisory Board



Dan Waldron
Chairman's Club Member



Tiket tak banyak dah, Jadi tunggu apalagi.
 Beli tiket Extravaganza Bangkok Anda Sekarang!!


JUMPA DI EXTRAVAGANZA BANGKOK!!!

Wednesday, 20 March 2013

SPM OWHH SPM


Bismillah,

Harini hari mengambil result spm, hari paling cuak dlm hidup remaja yg berusia 17-18thn. Betul? Sampai sekarang aku masih ingat ke'cuak'an itu walaupun hampir 10thn berlalu. Woii tuanya!! Hahaha.

CERITA tahun 2004
Masuk je pagar sekolah, jalan kaki lutut ketar2 mcm parkinson.tapak tangan berpeluh peluh. takutnya ya Allah!! dah terbayang result yg tak berapa nak cantik. Nyesal aku malas belajar. Belajar ikut2 org. nasib baik kawan2 kelas aku rajin2 dan pandai2 belaka. oleh kerana tak nak malukan diri, aku pun buat rajin2 jugak. Nak buat pandai tak boleh so aku belajar dgn org pandai. Banyak la cikgu2 kecik aku dalam kelas tu. antaranya

Cikgu add math - suraya halisha
Cikgu english - akmal suliman

SUBJEK
Masa spm dlu aku amik 10 subjek: bio,fizik, kimia,add math,math mode, bm, bi, sejarah, agama, pend seni. Subjek Paling susah bagi adalah fizik. Serius tak reti bin tak suka si fizik ni. Tp bila masuk matrik dapat aliran sains hayat pegi tukar sains fizikal sebab kononnya nak amik kos interior design kena amik fizik bukan Bio. Sebenarnya tak ada kena mengena pun fizik dgn interior design. Naif betul masa tu. muahahaha. ada hikmah aku tukar aliran ni..jeng je jenggg.. Rupanya Allah nak jumpakan dgn suami aku skrg Syazwan Akmal. Dia pun dr sains hayat ke sains fizikal. Ini lah namanya ikan dilaut asam di darat, dlm kuali bertemua jua. Dari classmate dah upgrade jd housemate.hehe.

TUSYEN
Lari topik pulak. Berbalik pada SPM tadi, seperti semua student spm, aku pun nak result yg baik walapun aku malas belajar. Eh malas sgt negative, tak berapa rajin belajar sebenarnya. heehe. tp aku rajin pegi tusyen sebab tusyen best n masa tusyen tu la aku belajar. Kat rumah tgk pangaksayo. Muahahahaha. Lagi satu masa tusyen Dapat jumpa ramai kawan2, jumpa balik kawan2 masa sekolah rendah kt tusyen.. dlu aku amik 3 tusyen je addmath, english, kimia. Ada kawan aku almost semua subjek dia pegi tusyen. Gigih giler!! Aku 3tusyen pun dah sempuuutt.

SOLAT HAJAT
Seingat aku setiap kali aku exam UPSR, PMR, SPM arwah mama akan buat solat hajat masa aku tgh amik exam. balik rumah tgk sejadah masih terbentang lg, terharu sgt. Arwah Mama sgt mementingkan solat hajat. Setiap benda penting aku nak atau hajatkan mama mesti suruh aku buat solat hajat dulu. Setiap hari masa hari exam mesti solat hajat minta Allah mudahkan semuanya. Ni adalah senjata paling penting. selain dari masa exam arwah mama amalkan, setiap kali lepas melawat ahli keluarga atau sahabat yg sakit, dia akan buat solat hajat doakan kesembuhan mereka. Arwah mama sgt murah dgn solat hajatnya.

KEPUTUSAN
Dipendekkan cerita, hasil tunjuk ajar cikgu, kawan2, usaha aku sedikit, doa aku, dan doa mama aku mendapat result yg baik. Alhamdulillah. Bukan berniat utk menunjuk, hanya berkongsi. SPM ni tak de benda pun, bukan tiket utk kehidupan baik atau buruk. semua bergantung pada usaha kita. Slip spm aku pun dah basi dah, dah tak boleh guna utk minta biasiswa pegi oversea dah. Huhuhu. 3A1, 6A2, 1 3B bagi aku dah sgt baik sebab aku bukan study hard mana pun kalau nak dibandingkan dgn kawan2 yg lain. Kalau aku sorg2 mesti tak dapat result ni. Aku sgt bertrima kasih kat cikgu2 sekolah, cikgu2 tusyen dan kelasmate yg gigih mengajar aku. Betul la kata Prof Muhaya bila kita ajar org kita akan jadi lebih pandai. Hasilnya cikgu2 kecik aku dapat result yg gempak giler, contohnya cikgu addmath aku dapat 9A1!! Straight A1 tuuu!!!! Hebat gilerr!!

LEPAS SPM
Spm dah habis, so what now? Sebelum spm goal paling tinggi nak lulus cemerlang dan jadi best student. dah dapat tak rasa apa pun. Aku tersentap dgr talk Prof Muhaya, kita selalu nak berjaya dlm academic, dpt kerja yg hebat, tapi tak tau apa tujuan utk buat semua ni. Aku pun macam ni jgk. Tujuan duniawi semata-mata sebab tu bila dapat tak rasa apa pun. Tak ada pengisian. Memang cita2 aku dr kecik nak jadi interior designer, Alhamdulillah tercapai. Syukur sebab tak semua org dapat capai cita2 masa kecik kan. Cita2 nak jadi doktor tp jadi akauntan, cita2 nak jadi engineer tp jadi penyanyi. Macam2 la. Sepatutnya aku happy dpt kerjaya idaman. Sebaliknya bila dah jadi interior designer, baru aku sedar bukan ini yg aku cari. Bukan macam ini hidup yg aku nak, bukan ini kemahiran aku. So what now?

Soalan 'so what now' ni akan berulang2 datang dalam hidup kita kalau kita tak tahu apa tujuan hidup kita sebenarnya. Aku pun baru tau apa tujuan sebenar hidup aku lepas dgr talk prof Muhaya kat radio Ikim. Serius aku rasa semua org patut dengar. WAJIB DENGAR! It will makes you a better person. InsyaAllah. Sebenarnya tujuan hidup kita semua sama je:

GOAL!!
1- dapat khusnul khatimah- kematian yg baik
2-buku timbangan tangan kanan
3-lalu titian sirat sepantas kilat, masuk syurga tanpa hisab.

tak kira siapa kita, student lepasan spm, student uni, org berkerjaya, surirumah, herbalife distributor, menteri, atau driver lori tujuan hidup kita adalah sama seperti di atas. Tak kisah la berapa umur kita skrg, kita semua bakal jenazah. Termasuk la aku yg banyak giler dosa ni.

Pesanan buat Adik2 yg bakal mengambil result SPM harini, Apa pun keputusan nanti, capai target atau tidak jgn lupa bersyukur sebab semua yg Allah bagi adalah yg terbaik utk kita. dan SPM bukan segalanya, MOVE ON! syukur dah habis SPM. lega lepas satu bala. hehe. Dunia kolej dan universiti lebih mencabar, tak kira apa jurusan yg diambil. Uni dalam atau luar negara jadilah student yg paling bermanfaat bukan yg paling hebat.

Selamat mengambil RESULT SPM!!!

P/s dah dpt result yg bagus tu jgn lupa sujud syukur dan ckp terima kasih kat cikgu2 dan mak ayah. Tanpa mereka siapalah kita.

Wednesday, 6 February 2013

Kisah Gas Hose yg Mahal Amat


Bismillah.


Alkisahnya pada awal bulan januari lepas ketika sibuk bergotong royong di rumah sewa kami kat seksyen 8, kami di datangi oleh seorang penjual gas hose. ala paip yg sambung tong gas ke dapur masak tu. kalau yg pakai dapur gas kat rumah mesti biasa tgk. aku rasa mungkin brader ni tengah buat lawatan dari rumah ke rumah sebab aku x nampak kereta or van parking kat depan. aku ingat dia nak servis gas so aku bagi dia masuk kebetulan sebelum dia datang tu gas hose kat dapur baru tercabut. besi penyambung hose tu dah longgar. *risau* walaupun dapur kat rumah seksyen 8 tu jarang2 berasap, tp tak boleh di pandang enteng sebab MALANG TAK BERBAU. sekarang banyak kes gas meletup. hoihhhh!! risauuu cik jahhh!!

8 Ogos 2012 ARAU- Gempar bunyi letupan kuat mengakibatkan sebuah rumah di Pauh musnah akibat kebocoran gas memasak. Balai Bomba Dan Penyelamat Arau menerima panggilan jam 1720 petang bersama 3 jentera dengan kekuatan anggota seramai 7 orang bergegas ketempat kejadian. Ketika pihak Bomba tiba didapati sebuah rumah hampir musnah akibat kebocoran gas memasak.

Turut mengalami kesan letupan rumah jiran mangsa juga mengalami kerosakan akibat letupan yang kuat. Menurut suami mangsa hanya isteri beliau yang mengalami kecederaan dan di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk menerima rawatan.  Punca sebenar dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Info dari  Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis

sumber mforum4.cari.com.my 
gambar hiasan. Nauzubillah minta kita dijauhkan dari bencana ini.

Setelah di periksa memang penyambung gas hose tu ke dapur masak longgar. longgar sebab hose tu plastik, so bila masak banyak kali hose plastik tu makin lama makin mengembang. dan kalau berlaku kebocoran, gas akan keluar direct dan ini sgt BERBAHAYA!!! lagi berbahaya jika tong gas itu berada dalam cabinet dapur. macam kat rumah aku tinggal skrang. tong gas betul2 bawah dapur masak. so kalau bocor, susah nak detect sebab tertutup dgn pintu cabinet.


 gas hose n kepala gas hose yg biasa kita tengok dan yg ada kat rumah aku


Penyelesaiannya kepada masalah hose gas longgar td adalah dgn menukar kepada hose gas yg lebih selamat seperti disarankan oleh brader tersebut.


UGS SAFETY GAS HOSE

-build in safety valve

-high temperature resistance

-automatic cut off when leakage

-synthetic on nitrile rubber mixed fire retarden

RM 79 (west Malaysia)

1 Year warranty & service for life time


RM 79 utk hose gas!!!! boleh tahan jugak! aku bukan la orang kaya tapi bagi aku bila sesuatu itu melibatkan nyawa kita, nyawa org tersayang tiada kompromi! nasib baik RM 79, bukan RM 790. kalau tak kopak jugak!

tu baru cerita rumah seksyen 8. rumah aku tinggal sekarang ni pun dlm zon berbahaya jugak sebab dapur aku mmg selalu berasap. nak kata masak setiap hari tu tidak, tapi almost setiap hari jugak aku masak. Nik Mariam Junior la katakan. heheheh. Jadi kalau something wrong dgn gas atau hose dlm cabinet tu, aku lah yg jd mangsanya!



......Better Paranoid than Death
Dipendekkan cerita aku pun tukar gas hose dgn kepala hse tu sekali. and it cost me about RM280!!!!
phewwwhhh!! berpeluh jugak nak keluar banyak tu utk si gas hose & kepalanya saja. but again, when it comes to your safety and your life NO COMPROMY! 

aku bukan nak promote barang gas kat sini, tp hanya nak berkongsi. sebab kalau kita boleh mengubah sesuatu yg buruk dari terjadi mengapa tak nak ubah? mengapa perlu berkira dgn nyawa sendiri? kita penat2 cari duit siang malam utk siapa? untuk diri kita dan keluarga jugak kan? kalau ada sesuatu yg boleh membawa kebaikan kepada mereka, kenapa mesti berkira?


Aku boleh relate kisah ni dgn kerja aku sekarang. sebab aku jumpa ramaaiiiii sgt org yg berkira dengan kesihatan mereka. ramai yg dah tahu kebaikan Herbalife tapi apa yg menyekat mereka? alasan paling popular adalah..

HERBALIFE MAHAL


Herbalife memang mahal, saya tak kata murah.. walaupun hakikatnya adalah..


Good things are not cheap, Cheap things are not good.

betul la Herbalife mahal, tidak di nafikan. sebab aku dulu berkira2 nak beli Herbalife. tapi yg ramai org tak tak tahu Herbalife ada diskaun! 


25%

35%

42%

50%

Kalau nak makan murah, ada sampai 50% diskaun! so tak da la mahal pun Herbalife. Kalau sakit masuk Hospital agak2 boleh ke dapat diskaun macam ni? Operation jantung lagi mahal. Ada kawan aku pegi hospital buang ketumbuhan kecik kat belakang leher kena caj sampai RM 10,000! Kalau rasa nak sihat tu mahal, cuba sakit. Konpem lagi mahal! Kalau rasa jimat tak makan Herbalife skrg, adakah kemungkinan boleh jadi lagi kurus di masa depan? macam aku dlu..seorang yg suka makan. makan sesuka hati. if i can afford it, i can eat it. -.-



then aku decide utk kawen. dan aku tak mahu jadi pengantin gemuk!! no wayyy!!! 

takut cameraman tertukar,
 mana satu pengantin  mana satu mak pengantin..
decision made, action has to be taken! Last choice is to take the Expensive Herbalife Product to lose weight. 

and i never regret the decision i made 2years ago. Herbalife Changed my life!!

# Disclaimer: Result are not typical, individual result may varies.
not only it changed my life, but many people around me too. ramai kawan2 dan ahlli keluarga yg dah trun berat dgn Herbalife. ada yg dh turun dekat 20kg. yg dari kecik tak pernah kecik, lepas makan Herbalife baru kecik. hehe..Alhamdulillah we found Herbalife. these people are not rich, most of them are average income people who earn between RM 1000-2000 a month. but they concern about their health. for them Health is the real Wealth.


Take care of your body, 
 it is the only place you can live in.



Get your Healthy Breakfast Now, Ask me how!!
017-9772700