kasut hockey ice idaman kalbu @,@ |
Ni yang semangat buat entry ni sebab baru habis tengok cerita Pride. hehehhee. Sebagai kipas-susah-mati Takuya Kimura yang berdedikasi, aku telah men'download hampir kesemua cerita2 yang dilakonkan oleh beliau. Yokatta!!! panjang berjela list kalau nak bagitau satu persatu. Cerita ni aku dah tengok masa sekolah menengah dulu, dekat 10 tahun yang lampau. jalan cerita pun dah lupa macam mana. sekarang bila tengok balik cerita pasal kehidupan pemain hockey ice jepun ni rasa bersemangat pulak nak belajar ice skating. inspired by Takuya Kimura maybe??
Takuya Kimura as Satunaka Halu.. |
Setakat ni kebolehan ber-ice skating hanya cukup2 makan je. brek pon guna dinding lagi, tak pun sambar je orang2 yg berdekatan. Kalau masa main ski dulu boleh la brek dengan menjatuhkan diri sebab jatuh atas snow tebal x sakit, just susah nak bangun je. Tapi ice skating terbalik pulak, jatuh senang nak bangun tapi sakit bon*** and lutut tu Tuhan saja yang tahu.. itae!!
Bila dah pandai (sikit) main ice skating ni rasa seronok betul. poket koyak, kaki rabak, tulang pelvis retak pun dah tak peduli dah. janji dapat meluncur laju atas ais tu (ala2 dewi ais).
Ice Skating makcik yatie style. |
Tak pandai brek? jangan risau, capai saja sesiapa yg ada berdekatan dengan anda ( jaga2 boyfriend orang) ataupun guna saja dinding. bak kata zizan, KITA BOLOS SAJA DINDING ITU!!!!
perancangan masa depan nak join ice-skating academy ni. belajar cara2 skate yg betul, cara2 nak brek tanpa tergolek dan langgar orang, cara2 nak reverse skate, dan macam2 lagi la.. memang mahal sikit tapi berbaloi2! mari! mari! mari!
nampak ke halus mitai tulisan ni? kalau x nampak GOOGLE it ok! |
rate untuk ice skating kat sunway pyramid ice: p/s jangan lupa bawa glove n stokin sendiri sebab kat sana mahal!!!! |
Current promotion, valid for registration on9 only. |
Japanese Vocabulary utk hari ini:
Yokatta - It was good/ best nya!!!
Itae - Ouch/ Adoi sakit!!
ni first time aku jumpe minat same aku . takuya kimura berlakon mmg TERBAIKKK !!!
ReplyDelete