Wednesday 29 August 2012

Catatan Aidilfitri dari bumi Mekah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Ini adalah hasil nukilan aku yg catatkan semasa berada di Masjidil Haram, Mekah. Tidak banyak hanya ini dapat aku kongsikan bersama kalian. Semoga bermanfaat.


Ketika mata pen aku mencoret catatan ini, Kaabah betul2 berada di hadapan mata aku. ya seperti yg kalian lihat. Allahuakbar!  Sudah lama aku impikan berada di kedudukan ini. Melihat Kaabah tanpa halangan dinding2 manusia dan tiang2 masjid. Melihat Kaabah tak ubah seperti melihat wajah kekasih hati, tak pernah puas, tak pernah jemu, tak hilang rasa kagum walau melihatnya berkali-kali. Syukur Alhamdulillah harini ini Hari Raya Aidilfitri, suasana di Masjidil Haram tidak lagi sepadat semasa akhir Ramadhan kemarin.Hal ini kerana ramai jemaah yg sudah pulang ke kampung halaman masing2 selepas solat Hari Raya pagi tadi.

Setelah 6 hari berada di tanah suci Mekah, hari ini adalah hari paling bertuah bagi kerana aku dapat duduk di tempat solat dan melihat Kaabah sepuasnya. Rasa seperti tidak mahu berganjak dari tempat ini. Dimana-mana pun tempat di Masjidil Haram ini, kedudukan yg menghadap Kaabah adalah 'Hot Seat' kerana ramai yang berebut berada di kedudukan itu sampai ada jemaah yg marah bila ada jemaah lain duduk di depannya menghalang view yg mahal itu.

antara Hottest seat yg aku pernah dapat. satu level dgn Kaabah, masa ni jam 12 malam, jemaah tak ramai sebab dah 2 hari lepas raya. MasyaAllah view sgt cantik, sangat dekat dengan Kaabah boleh tawaf bila2 masa. Beralaskan karpet tebal, Udara pun sgt selesa, Maka nikmat Allah yg mana yg engkau dustakan.

Ketika aku menulis catatan ini, aku dikelilingi oleh puluhan jemaah muslimat yang kebanyakannya sedang kusyuk mengaji, ada yg hanya berbaring mungkin melepaskan lelah tawaf dan saie, ada yang rancak berbual dlm bahasa ibunda masing2, ada yang solat sunat dan ada juga yang hanya duduk memandang Kaabah. (pandang kiri kanan)Sepertinya hanya aku seorang sahaja yg sedang menulis di sini. Mungkin Makcik2 arab di sekelilingku mengganggap aku sedang membuat assigment. hehe. Sedang aku leka melarikan pen di atas kertas, seorang jemaah setengah baya dari Turki di sebelahku mengerling buku catatan ku. Lama dia memandang catatanku, seolah cuba mengerti tulisan aku. Macam la paham kan. dalam hati aku berkata Maaf makcik, kena belajar bahasa melayu dulu baru boleh baca ya. Aku memandang wanita Turki itu sambil tersenyum lalu aku terus menulis lagi sebelum kekeringan idea. Aku peruntukan masa 30minit utk siapkan tulisan ini sambil menunggu masuk waktu Asar. Waktu di Mekah sekarang pukul 1.50pm. Kami baru selesai solat fardhu Zohor berjemaah. Azan Zohor berkumandang pada jam 12.24pm, tetapi solat berjemaah di adakan pada jam 12.40pm. Jarak masa itu cukup utk jemaah masuk  ke dalam masjid solat tahhiyatul masjid dan solat sunat Qabla Zohor. Hari ini azan Asar akan berkumandang tepat jam 3.47pm, jadi aku masih punya masa kurang lebih 2 jam sebelum solat Asar.

Hari ini lain dari hari2 yg sebelumnya kerana harini adalah pertama kalinya aku masih berada di Masjid di antara 2 waktu solat. Kebiasaannya aku akan berada di Safwah Mall, mall paling dekat dgn Masjidil Haram. Di sanalah tempat aku mencuci mata di toko2 Jubah Abaya. Salah satu sebab aku wajib ke mall ini adalah utk ke toilet dan mengambil wuduk kerana aku tidak tahu di mana letaknya tandas Masjidil Haram. Tidak tahu kenapa aku tak pernah terpikir utk bertanyakan hal ini kepada jemaah lain. mungkin kerana aku selesa ke tandas di Safwah Mall kerana selepas itu ada sesi window shopping. hehehe. Hanya selepas 5 hari di Mekah baru aku tahu di mana letaknya tandas Masjidil Haram, itupun kerana aku ternampak signboard tandas ketika pulang dari pasar raya Bin Dawood. Salah satu Pasar Raya yg sgt popular di Mekah, Madinah dan Jeddah. Ternyata tandas Masjidil Haram bukan terletak di dalam Masjid atau berdekatan dgn Masjid seperti sangkaan aku. tandasnya berada agak jauh,tidak mustahil kerana tandasnya mempunyai keluasan yg luar biasa besar, ada 2 tingkat siap dengan escalator. tempat wuduk dan jamban jugak sgt banyak. tidak perlu beratur panjang walaupun jemaah ramai. Kapasitinya cukup utk menampung ratusan jemaah Masjidil Haram.


Tandas berada di Luar pintu masuk utama masjid, terdapat satu lg berhampiran tempat Saie.

Kembali kepada cerita Hari Raya, Mekah menyambut Aidilfitri sama seperti Malaysia iaitu pada hari Ahad 19 Ogos 2012. Cuma waktu di Mekah lambat 5 jam dari Malaysia, jadi penduduk Islam Malaysia lebih dahulu solat Hari Raya berbanding kami di Mekah.

Seawal jam 3 pagi kami bergegas ke Masjid. Jarak antara hotel kami di Al-Haram Tower ke Masjidil Haram kurang lebih 500meter, memakan masa 10minit berjalan kaki. Keluar sahaja dari pintu hotel, aku melihat berduyun-duyun manusia sedang  menghala ke masjid. Kaki lima Safwah Mall sudah penuh dgn jemaah yg siap sedia utk solat, masing2 sudah beralaskan sejadah. Perkarangan masjid  sudah di banjiri puluhan ribu manusia. Aku dan kakak hanya mampu solat di luar Bilal Gate iaitu di perkarangan masjid kerana di dalam masjid sudah terlalu padat utk dimasuki.

jalan raya di penuhi jemaah yg berjalan kaki utk solat fardhu Subuh di masjid. 

Perkarangan masjid sudah di penuhi jemaah.




Tepat jam 3.40am azan Subuh berkumandang dan kami solat sunat 2 rakaat seterusnya solat fardhu Subuh berjemaah bersama-sama. Seperti biasa setiap kali selesai solat fardhu, solat jenazah berjemaah diadakan. Semasa di Mekah inilah aku pertama kali solat jenazah. Pernah belajar masa sekolah dulu tapi tak pernah dipraktikkan dan tak tahu betapa besarnya akan fadilat solat jenazah.

Daripada Thauban maula Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda

“Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud”

Selang 10 minit selepas solat jenazah selesai, takbir raya berkumandang. Takbir raya di Masjidil Haram tidak la sesayu takbir raya yg selalu kita tgk di dalam TV di Malaysia, intonasinya sama sahaja seperti Takbir2 solat fardhu lain. Takbir raya berkumandang beberapa kali. Aku memandang sekelilingku, penuh, padat, crowded, riuh dengan org2 arab yg menyelit mencari tempat utk solat. Dihadapanku dinding masjid beralas marmar bercorak kelabu yg indah. Seperti tidak percaya aku sekarang berada di perkarangan Masjidil Haram. Masjid yg paling utama di dalam Islam, masjid yang di dalamnya terletak Baitullah kiblat umat Islam seluruh dunia.

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda  

"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Besarnya fadilat solat di Masjidil Haram menyebabkan setiap hari ia sentiasa dibanjiri jutaan umat Islam dari seluruh dunia yg datang utk beribadat. Aku hanya seorang dari jutaan umat Nabi Muhammad SAW yg berada di Masjidil Haram ketika ini. Walaupun kiri kanan, depan dan belakangku penuh dengan manusia tapi jiwa terasa kosong sekosongnya. Seperti ada yang tertinggal, ada yang belum cukup, ada yang yg telah hilang. Benarlah seluruh dunia dan keindahannya tidak dapat menggantikan seorang ibu yg telah pergi.  Aku terkenang arwah mama, aku rindu menatap senyuman mama, aku rindu memeluk dan mencium pipi mama, aku rindu masakan mama, aku rindu mendengar riuh suara mama mengarah aku melakukan itu dan ini seolah aku punya 10 tangan.  Itulah mama yg sgt ku sayangi, itulah mama buah hati pengarang jantungku, itulah mama kawan terbaikku, itulah mama surga dunia akhiratku dan itulah mama yg telah pergi mengadap Ilahi 3 bulan yg lalu. Aku panjatkan doa buat arwah mama, semoga mama tenang di alam sana. Doa utk mama tidak pernah putus semenjak aku mengenal solat dan berdoa. Malah beberapa hari selepas mama meninggal aku masih berdoa semoga Allah menyembuhkan penyakit mama. Aku terlupa yg mama sudah tiada lagi, kerana doa itu sudah sebati dgn diriku. Doa itu adalah skrip tetap wajib kubaca selepas setiap solatku. Dan kini setelah mama tiada lagi bersama kami, aku masih berdoa untuk mama. Kerana hanya doa sahaja yg bisa aku berikan buat insan yg melahirkan aku ke dunia ini setelah dia pergi menghadap ilahi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 

Dan inilah doaku buat mama setiap kali selesai solat, sebelum tidur, sebelum memandu, inilah juga doaku di hadapan Multazam, doaku di Raudhah:

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa Ibuku, tempatkanlah Ibuku di kalangan orang beriman, di kalangan ahli surgaMu Ya Allah, di kalangan orang yg mendapat syafaat Rasulullah SAW. Jauhkan lah Ibu ku dari fitnah kubur,  Luaskan lah kubur Ibuku, Terangkan lah kubur Ibuku, Indahkan lah kubur ibu seperti taman surgaMu Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani, maka Kasihanilah Ibuku seperti mana dia mengasihani aku semasa aku kecil. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Penjaga, maka Jaga lah Ibuku rahmatilah Ibuku Ya Allah. Terima lah semua amal jariah yg ku hadiahkan buat Ibuku, Ya Allah Hanya pada Mu aku memohon dan hanya pada Mu aku kembali. Al-Fatihah.


Dan insyaAllah selagi jantung belum berhenti berdenyut aku akan panjat doa ini buat Mama yg tercinta, surgaku dunia dan akhirat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mama, Maaf Zahir & Batin. 

dari anakmu yg sangat merinduimu.

Nor Hayati Nadzli.

Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah.
19 Ogos 2012.

3 comments:

  1. Salam Yatie...ketenangan yg kita perolehi dgn hanya memerhatikan kaabah tidak dapat digambarkan dgn kata2. Tersangat syahdu dan kagum...sebak dan sayu dgn kebesaranNya. Semoga suatu hari nanti kita dpt kembali ke sana lagi....amin.

    ReplyDelete
  2. salam takziah atas kehilangan yati..moga Allah menambah pahala yati,menghilangkan duka & memberi keampunan kepada ibu yati..Amin..-syaida,syamimi & family-Umrah Aidilfitri 2012

    ReplyDelete
  3. tq kenari, tq syaida. sorry baru dapat reply komen korang. tq for reading ;)

    ReplyDelete