Tak terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kpd pembaca blog yatienadzli yg sgt aku hormati. chewahh, ayat cam nak bagi speech kt perhimpunan sekolah pulak. hehe. Kalau ada salah dan silap, terasa hati ke, termakan hati ke aku minta Maaf Zahir dan Batin 0-0 okay!! *salam2*. Sebenarnya entri kalini tak de kena mengena pun dengan Hari Raya tapi mungkin berguna utk org yg balik beraya. utk yg tak balik raya tahun ni, raya di perantauan pun berguna jugak. senang cerita berguna utk semua orang.InsyaAllah. tapi sebelum tu seperti biasa kena la dengar aku membebel dulu.hihihi..
Korang yg naik kereta mesti selalu dengar radio kan? selagi tak rosak radio tu konpem ON je memanjang. macam pelik kalau masuk kereta senyap sunyi. apedehal dengar bunyi aircond je. kena la ada halwa telinga. bila time raya ni stesen radio 24-7 pasang lagu raya. nak naikkan mood raya la katakan.
Untuk yg travel jauh2 ni radio la peneman setia. Lagi2 kalau drive sorang2. Kalau ada penumpang lain boleh la di ajak berborak. Tp kalau dah 6-8jam dalam kereta, sape yg larat nak borak lama2 macam tu. paling lama pun 2-3jam je borak2. Lepas tu penumpang semua akan tidur secara berjemaah. Tinggal la driver sorang2 bersengkang mata bawak kereta. Pengalaman aku membesar di jalanan, travel seremban- kelantan dan shah alam-kelantan. Dan kami jenis selalu balik kampung. Tak tunggu raya pun, ada cuti lama sikit je mesti balik kelantan.. Sebelum aku pandai drive, ayah & arwah mama la yg gilir2 drive. Aku n kakak tidur je, bila bangun tanya "kat mana ni?" Masa bgn tu la dgr ayah pasang lagu 60an dia. masa kitorang tidur je la boleh pasang lagu2 tu, kalau tak memang tak bagi can. hehe.
Ayah fokus di jalanan sambil layan lagu dia. |
Arwah Mama, geng borak aku dalam kereta, ada je topik nak dibincangkan. . |
Oleh kerana kami selalu travel jauh2 ni dengar lagu kat radio mmg tak lalu dah. Deejay dok pusing lagu sama je. dan tak semua tempat dalam perjalanan kami tu dapat siaran radio. So kami beralih ke Audio program. Mula2 start dengar DVD ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Paling best part soal jawab agama. banyak belajar benda baru dan serius lawak!! Boleh dikatakan agak obses ketika itu sampai nampak je dvd ustaz azhar kt mana2 mesti nk beli. Zaman ni tak reti nak dunload dari youtube lagi. Arwah mama suka sgt dgr ceramah UAI sampai dia tak kisah berabis duit beli DVD. aku la tukang pow duit nak beli DVD. hehe. Jadinya banyak gile DVD n CD ceramah UAI dlm kereta, dah mcm kedai DVD bergerak.
Contoh CD ceramah Ustaz Azhar Idrus, best giler bohhh!! |
Tu alkisah Ustaz Azhar Idrus, ni kisah cerita Audio Prof Dr Muhaya plk. First time aku dgr audio ni dalam kereta sideline Herbalife aku Dr Shida. Mula2 dengar tu tajuk Reset Minda Orang Mendapat Jodoh kalau tak silap. MasyaAllah bestnya Prof Muhaya ni! Tak sangka pulak best sebab dah banyak kali aku tgk iklan program TV Prof Dr Muhaya kt Astro tp tak pernah terdetik nak tengok.kiranya aku kenal siapa Prof Muhaya tapi tak pernah mengikuti apa2 rancangan beliau. Yang lagi bestnya kebanyakan Audio ni boleh download dari internet je, tak payah beli DVD atau CD. FREE!! Since kawan2 aku dah lama dengar Audio Prof Dr Muhaya ni, banyak jugak la koleksi dalam simpanan dorang. apa lagi aku copy semua! hohoo tamak.
Prof Dr Muhaya, Pakar Mata Sumber Inspirasi ramai orang. |
*iklan* Prof Dr Muhaya pun consume Herbalife dan beliau merupakan seorang Product lover. beliau pun minum Teamix dalam botol 2 Liter Herbalife macam aku.hehe. (Credit to Juanadiah.blogspot.com) |
more pasal Prof Muhaya dan Herbalife boleh baca kat sini
LISTEN TO AUDIO TRAINING IN YOUR CAR
TURN YOUR CAR INTO TRAVELING UNIVERSITY
-Brian Tracy, Best Selling Author
Macam mana nak dapat Audio Program secara online?
1. YOUTUBE
ni kawan aku Fatiya yg ajar convert video dari youtube jd mp3 file. Senang
je rupanya, just Copy Link kat Youtube pastu paste kat Website
converter vidtomp3.com. Serius
ini ilmu sgt berguna sebab since aku pandai guna converter ni, banyak
giler audio aku dapat dari Youtube. Prof Muhaya, Ustaz Don, Ustaz
Azhar, Jim Rohn, Ustaz Ebit Liew, Brian Tracy, dan banyak lagi. Maceh
Tiya!! i love u lah!!
2. GALERI AUDIO IKIM.fm
log in website Ikim.fm, pastu pegi kat Galeri pilih Audio. |
how to save file? right click, pilih Save link As.. file akan di download ke dalam pc anda.
kalau nak dengar je, just click anak panah hijau tu.
3. DROP BOX
Ni cara paling senang sekali sebab Aku dah upload 3GB Koleksi Audio Program kat Public Folder DropBox. Korang Download je dari sini.
Sebenarnya aku dah lama ada benda alah Drop Box tp sekarang baru pandai guna. serius sgt berguna si Drop Box ni. Paling best Public Folder ni boleh buka handphone dan Tab. So siapa yg tak de Drop Box lagi boleh Install Drop Box secara Percuma di sini. www.dropbox.com
Antara Audio2 aku dah Upload kat Drop Box adalah dari penceramah2 yg hebat seperti di bawah:
1) BERKAT MEMIKAT (PART 1,2,3) - USTAZAH NORHAFIZAH
2) CEMBURU DLM RUMAHTANGGA (PART 1 & 2) – UST MUHAMMAD AL-AMIN
3) RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA – UST MUHAMMAD AL-AMIN
4) SUAMI BERWATAK RIJAL (PART 1 & 2) – UST MUHAMMAD AL-AMIN
5) NUZUL QURAN PERSPEKTIF RUMAHTANGGA – UST MUHAMMAD AL-AMIN
6) INDAHNYA KELUARGA DGN ISLAM – UST EBIT LIEW
7) IBU ENGKAULAH RATU HATIKU – UST EBIT LIEW
8) RESET MINDA SUAMI ISTERI BAHAGIA – PROF. DR MUHAYA
9) CELIK MATA DAN JIWA SEORANG ISTERI – PROF DR MUHAYA
10) RESET MINDA IBU BAPA – PROF DR MUHAYA
11) RESET MINDA MERTUA & MENANTU – PROF DR MUHAYA
12) RESET MINDA SUAMI – PROF DR MUHAYA
13) RESET MINDA BAKAL PENGANTIN – PROF DR MUHAYA
14) RESET MINDA MENCARI BAHAGIA – PROF DR MUHAYA
15) RESET MINDA ORG MENDAPAT JODOH – PROF DR MUHAYA
Okay sampai sini saja bebelan utk hari ini. aku harap lepas ni ramai la yg dengar Audio Program dalam kereta. Mana tau lepas ni kurang sikit berita kemalangan jalan raya sebab semua memandu secara berhemah dan bersopan santun lepas dengar Audio Program dalam kereta. Semoga perjalanan lebih bermanfaat, Hati2 di jalan raya, Ingat orang Tersayang dan....
SELAMAT HARI RAYAAA !!
Need a Herbalife Personel Wellness Coach?
Contact 017-9772700
No comments:
Post a Comment