Assalamualaikum,
Sebelum tu nak bagitau entry hanya sekadar berkongsi cerita. to give some idea if one day u want to go London.semoga bermanfaat ye.
Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan utk sampai di bumi London
lagi. Dulu datang dgn kawan kali ni dengan parents. Since aku pernah dtg ke London masa
tahun 2011 jadinya kalini datang sebagai tour guide mereka. Kononnya!haha.
Mungkin ada yg kata, sibuk je la yatie ni, bagi la parents tu pegi
sendiri. boleh la dorang Honeymoon dgn tenang. Amvoiiii ni Europe bukan Bandung Indonesia.
Lagipun Kami tak ambil pakej Tour yg mahal beriban tu utk Euro trip sebab nak jimat kos n
have freedom of travelling. Gtewww! Hahah. So kena pandai2 la atur
journey sendiri, naik bas train sendiri, angkat semua beg2 yg MasyaAllah
berat nya ni sendiri, dan susah penat sakit letih semua kena tanggung
sendiri. No way im letting them go by themself. Its challenging than you
know especially for senior citizen like my parents. ha Kan dah kena bebel ngan aku. Haha. Anyway, Travelling in London
is very easy actually coz bandar dia sgt sistematik, safe, easy to
access with public transport, and the best part is they speak English!!
Thats why i love landan! Okay jom tgk catatan perjalanan kami di London. Lets go!
Day 1 Oxford Street
Kami sampai di London awal pagi jumaat, nasib baik stay kat apartment
Air BnB tu so boleh check in se awal pukul 8 pagi. Kalau stay kat hotel
tengah hari baru boleh check in, jenuh la cik jah!. Air BnB sgt best,
sila google bila nak travel mana2. Ade all around the globe. Dah masuk
apartment buat ape lagi, sambung tido la! Haha. Dekat 13jam atas kapal
terbang, cramp bontot, pinggang, kaki tangan semua lenguh longlai.. Nikmatnya dapat
tidur atas katil Allah saja yg tahu. so sampai je apartment, unload apa yg patut, then semua landing. zzzZZZ.
|
selamat sampai di Heathrow, let me take a selfie first.hehe |
Pukul 2.30pm baru kami keluar, jalan2 kat Oxford street cari winter coat aku.
Yess paling bijak bila pegi negara sejuk tak bawak sweater. Masa tu
suhu London dlm 15-18C, sgt sejuk bagi aku yg tak tahan sejuk ni. Dah la
sejuk angin kuat pulak. Sejuk sampai ke tulang hitam! berbungkus macam mayat hidup la jadinya. its Freezing cold!!
Kalau dah sampai London dan Oxford street adalah wajib utk pegi ke
Primark. Apa yg bestnya Primark ni? wide range of clothes at a very
incredible low price!! Dress and top £5-7 je. Sweater and coat boleh
dapat dlm £10-25. Aku pernah beli sling bag, £5. Murah! Kalau convert ke
dalam ringgit pun still murah lagi compare to Malaysia. primark ni
sekali tgk macam pasar lambak. Baju seluar sampai ke lantai. Q nak ke
Fitting roOm panjang gila mcm q nak beli merchandise kat extravaganza.
Mmg kat situ je la nak try ape pun. Nak Coat je pun,over sgt kalau nak
fitting room bagai. Haha. Oxford Street ni ada 2 primark, kiri kanan.
Senang je nak pegi Primark ni, boleh naik bas atau Tube ke Oxford
street. Tube station utk pegi Oxford street ada 3, Oxford Circus, Bone
Street, dan Marble Arch. Paling senang Oxford Circus coz its in the
middle of the street.
|
Primark my love!!! |
|
Oxford street. |
|
|
Tube station ke Oxford Street, Oxford Circus Station. |
Oxford street ni banyak kedai branded macam Gap (sweater Gap sini
murah), Topshop, H&M, Aldo, Clarks, Selfridges, kedai jam, perfume,
dan banyak lagi. Along the street ada jugak kedai sovernir London tapi
sini mahal. Kalini aku tak masuk banyak kedai pun, sebab parents aku tak
larat nak ikut. Huhu. Sebelum ni dgn Kak Atie almost semua kedai kami
masuk. Macam biasa, cuci mata je tak beli pun. Haha.
Pencarian winter coat aku berakhir di Primark. £25 je.cheap n Good value
for money! Habis jalan di Oxford street ktorang terus balik, sempat
lagi singgah kedai Kebab dekat rumah beli dinner. Kebab £4 boleh makan 3 orang coz portion dia sgt la banyak.
|
muka masing2 dah tak lalu nak ambil gambar. |
Day 2 Surrey & PortobelloRoad
Hari ke 2 kami pergi melawat rumah Kak Sumira sepupu sebelah husband kat Surrey. dari London nak Surrey naik train dlm 20min je. tapi aku dah salah ambil train, sesat sampai kena patah balik kat station asal. kami sampai kat surrey lepas 2 jam! haha. Kak sue dah risau dah, ktorang tak sampai2. takut terlajak sampai Oxford huhu. sampai2 je kat Train Station, abg Akeel dah tunggu nak bawak kami ke rumah dorang. first time jumpa Abg Akeel and he is very friendly mcam kak sue jugak. Permandangan kat Surrey memang cantik n lain dari London. berbaloi la 2jam naik tren tadi. padahal dekat je sebenarnya kalau tak sesat. haha.
|
Cantik gila kawasan kat rumah Kak sue ni. banyak park n pokok. London city pun Banyak pokok jugak tapi banyak lagi bangunan. yang ni dah macam Switzerland dah! hehe. overss! |
|
kami sampai masa kak Sue tgh sibuk masak. Family husband aku mmg semua terrer masak, even my husband cook better than me. but not for nasi kerabu. hehe. |
|
Amvoii ayah bukan main lagi posing. haha. Rumah Kak Sue & Abg Akeel ni cantik sgt, mcm cerita omputih dalam tv tu. |
|
Adam bermesra dgn Nenek baru. hehe. such a cute boy. Speaking mcm Jamie Oliver. |
|
Me? doing what im good at, makan! hahaa. Kak sue makes the Best Cream puff in the word! nasib baik la dia dok kat London, kalau kat Malaysia mesti aku order berdozen2. sedap sgt weyyy! |
|
Thank you kak Sue n Abg Akeel for inviting us,we had a very delicious lunch and n great time in Surrey! |
Kami Lunch and solat jama' Zuhur Asar kat rumah kak sue, balik ke London n singgah di Portobello Road sekejap. Portobello road ni banyak barang antik, pinggan mangkuk queen anne, barang kulit, kedai makan n macam2. tapi yg paling aku suka pasal Portobello Road ni ada Sorvenir murah!! murah n still good kualiti. bukan la kedekut nak cari sovernir murah je tp kalau murah boleh beli banyak kalau kat Oxford street tshirt London sehelai dalam £8, kat sini £15 boleh dapat 4 helai! bestnyaaa!
|
kat tempat lain aku survey paling murah pun £5 dpt 3,
ni £5 dapat 6!! 50% less, i loikess!! cantik2 n lawa2 pulak. Setakat
ni dlm byk negara di Europe yg aku penah pergi London je yg Sovernirnya
cantik n paling murah. walaupun matawang dia lagi tinggi tapi bila
convert to ringgit still murah lagi. kat Paris Fridge Magnet mcm ni satu
4 euro. gilerr RM 18 utk fridge magnet seketoi ni. nak beli utk diri
sendiri pun pikir 2x. so kalau nak Sovernir murah2 nak bagi kat kawan2 n
family London is the best n the place to go is PORTOBELLO
ROAD. Tube station for Portobello Road is Ladbroke Grove or Nothing Hill. tapi yg Ladbroke Grove tu lagi dekat n tak perlu jalan jauh sgt. (gambar see above, mmg fesyen baru letak gambar last sekali kat atas sekali. hahaa) So sekian saja cerita London setakat ni. utk Day 3 n Day 4 akan di hupdate lagi di masa akan datang. semoga Kerajinan melanda lagi. haha. Thank you For reading!! |
|
| | | | | |
No comments:
Post a Comment