Wednesday 20 July 2016

Tips Penting Jika Passport Hilang Sewaktu Travel Di Luar Negara.

Assalamualaikum,

Harini saya nak share perkara yg saya rasa sangat penting. Ianya satu pengajaran yg sangat berguna buat saya setelah bertahun-tahun ke luar negara. Apa nak buat kalau pasport hilang? Benda ni terjadi kat saya sendiri pada bulan Mei lepas masa mengikuti event Herbalife di Singapore.

Macam mana nak balik Malaysia kalau pasport hilang? memang tak boleh balik lagi la jawapnya. Kebetulan ada saudara yg tinggal di Singapore so tumpang rumah mereka utk 1 malam sementara setelkan hal pasport ni. Utk sewa hotel bajet di Singapore bukan murah. lagi2 bila hari dah nak balik duit pun tak berapa nak ada dah. cukup2 utk makan haritu tu. Nasib baik ada kawan pinjam kan duit utk standby. Allah dah janji, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Alhamdulillah. 

APA NAK BUAT BILA PASPORT HILANG DI LUAR NEGARA?




1. Buat report polis di balai polis terdekat secepat mungkin. 

Bila sedar je pasport hilang dan puas cari tak jumpa terus buat report polis. Ini paling penting sebab nak buat pasport sementara perlukan report polis. Kalau nak claim insurans perjalanan pun perlukan report polis. Saya sedar pasport hilang pagi masa nak kemas beg utk check out. Haritu last training dan training tu sampai petang. So pukul 10 pagi tu curi2 keluar sekejap utk pegi balai polis kat Bedok untuk buat report. Thank you abg Awi bro Uber yang tolong bawak saya pegi balai polis masa ni.

2. Pegi ke Kedutaan Malaysia dan buat Pasport sementara.

Lepas dah dapat report polis tu boleh terus pegi Kedutaan Malaysia utk buat Pasport sementara. Untuk buat pasport sementara ni gambar pasport diperlukan, Lebih selamat kalau standby gambar pasport dalam purse 2-3keping. Cam saya haritu terpaksa ambil gambar pasport baru. Terbang lagi duit. Pasport sementara atau Sijil Perakuan Cemas untuk Singapore adalah SD 18, kira2 dalam RM 50. Pasport sementara ni sehala je boleh guna. Just utk bolehkan kita lepas sempadan dan imigresen.

Kalau nak pegi Kedutaan ni kena awal pagi sebab ramai orang dan prosedurnya agak lama. ktorang pegi pukul 9, pukul 1 baru setel. Tapi Alhamdulillah sempat balik Malaysia on the same day.

Masa otw balik Malaysia, saya kena tahan kat imigresen singapore sebab no pasport tak sama dan kertas putih tu tak ada. baru tahu penting jugak sekeping kertas yg kita isi masa nak masuk sempadan tu.. Tapi tak ada masalah pun dorang just tanya and gtau pasport hilang. Setel.

Selfie lepas dapat Pasport Sementara.
Thank You Che Nah & Ayah Wan teman buat pasport.  

3. Buat report polis di Malaysia

Kat Malaysia kena pergi buat report polis kat balai polis yang berdekatan, sebaiknya balai polis yg besar bukan cawangan. saya pegi ke IPK Shah Alam Seksyen 9 dan buat report kat situ. Sebelum buat report tu ada sesi siasatan dengan pegawai dia. Lepas dapat sekeping kertas dari pegawai penyiasat tu baru boleh buat report. Macam2 prosedur, sabar je lah.

Ini pesanan pegawai Imigresen utk report polis, sebab kalau report tu tak lengkap Imigresen tak akan terima dan maybe kena buat lagi.

Dalam report tu kena bagitau perkara2 ni:

- Masa Kehilangan pasport,
- Alamat /Tempat Kehilangan pasport, 
- Tempat simpan pasport (dalam beg / poket)


Report polis yang di buat di Malaysia.

4. Buat Pasport Baru


Lepas dah dapat report polis malaysia boleh buat pasport baru. Better buat siap2 walaupun tak ada plan nak kemana2 lagi dalam masa terdekat sebab prosedur nak buat pasport ni lama bukan sehari macam kita renew pasport. Ada banyak borang kena isi dan bila dah submit borang kena tunggu 5hari utk Imigresen approvekan permohonan nak buat pasport.

Utk kes Pasport hilang better refer kat Imigresen Shah Alam kat PKNS, tempat lain saya tak pasti boleh buat ke tidak sebab mostly mereka akan refer kat sini jugak. Kat imigresen dorang akan bagi borang utk kita isi.

Step Untuk Buat Pasport Baru 

1. Ambil borang kat Imigresen, masa ni bawak sekali pasport sementara dan report polis. Untuk pertanyaan berkaitan kehilangan pasport tak perlu beratur boleh terus ke kaunter 3

2. Isi borang yang Imigresen bagi dan termasuk sekali borang utk buat pasport ( sekali lagi gambar pasport diperlukan)


3. Isi Surat akuan bersumpah dan cop pesuruh jaya sumpah.

Pegi PKNS senang sebab semua ada kat sini

4. Fotostat Report Polis Luar negara dan Malaysia, IC, Pasport sementara


5. Hantar semua borang dan salinan Fotostat ni di kaunter 3.


6. Lepas dah hantar semua borang, hubungi Imigresen dalam tempoh 5 hari. kalau dah diluluskan then boleh datang utk buat pasport baru. Yang ni kena ambil nombor.


p/s: Sekarang sistem imigresen selalu down so baik datang selepas subuh ke Imigresen. Haritu saya sampai Imigresen PKNS pukul 7.30 pagi waktu ofis buka, orang dah beratur panjang


** Pengalaman hilang pasport ni memang mengajarkan betul supaya jaga pasport elok2. Nak buat pasport bukannya murah RM 300. Pasport yang hilang baru je buat tahun lepas dan baru guna 2 kali. Tapi benda dah nak jadi, apa boleh buat. bersyukur lah hilang pasport je pun, bukan hilang orang tersayang ( ayat pujuk hati ). Pegawai Kedutaan Malaysia kat Singapore siap pesan, lepas ni jangan hilang lagi kalau tak prosedur


Tips Mengelakkan Kehilangan Pasport Semasa Melancong

1. Fotostat Pasport beberapa salinan, seperti IC pasport pun kena ada salinan jugak. Bawa salinan pasport semasa melancong

2. Simpan pasport di tempat yang selamat seperti dalam beg galas. Lepas sudah melepasi Imigresen terus simpan pasport dan elakkan dari memegang pasport di tangan utk mengelakkan tercicir


3. Selepas sampai ke destinasi, simpan pasport di dalam bagasi di hotel dan hanya bawa salinan fotostat.


4. Elakkan meletakkan pasport dalam purse atau pouch beg ketika berada di luar kerana risiko utk hilang / di curi agak tinggi.



Semoga entry ini bermanfaat utk ramai orang. Memang serik bila hilang pasport ni sebab banyak prosedur kena lalui.  Tapi pengajaran yg sangat berguna utk sentiasa berjaga dan lebih berhati-hati. Sebelum ni ambil sambil lewa saja pasport, campak sana-sini bila nak guna kelam kabut cari. Dah hilang macam ni baru tahu betapa susahnya nak buat pasport baru.

Okay lepas ni jaga pasport elok2 di mana juga kita berada.hiihi


Yang phobia pasport hilang,

-Coach Yatie Nadzli-

1 comment:

  1. Thanks dear atas pengkongsian... Tunang saya sangkut malam ni kat Singapore... Die kerja kat sana.. Hopefully ok laa...

    ReplyDelete