Showing posts with label RESEPI MAMA. Show all posts
Showing posts with label RESEPI MAMA. Show all posts

Friday, 21 March 2014

Puding Roti Kukus

Bismillah,

Harini hari rajin memasak sedunia maka aku pun masak resepi desert paling mudah di dunia. iaitu Puding Roti!! mudah sgt tapi still tak hafal resepi. haha. Ini resepi peninggalan Arwah Mama, so jgn khuatir kesedapannya. InsyaAllah buat jadi sebab mama memang telus dalam menulis resepi. Tak da *missing ingredient* punya. So resepi Puding Roti adalah seperti berikut. 



PUDING ROTI                                                   Hidangan untuk 15-20  orang

Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich Gardenia
80 g marjerin

1 ½ cawan susu cair  Ideal      }
1 cawan air mendidih              }    disebatikan

4 biji telur gred A                             }
1 cawan gula pasir                         }    dipukul sebati
1 camcateh peres garam halus    }        
1 camcateh esen vanilla
1 camcateh esen ros


Peraturan membuat:

  1. Sapu marjerin pada roti biar rata.
  2. Susun dan potong roti kepada 4 bahagian, masukkan kedalam mangkuk adunan.  Tuangkan adunan susu kedalamnya sambil dikacau sehingga roti kelihatan kembang,campurkan adunan telur, esen ros dan esen vanilla. 
  3. Masukkan kedalam acuan 8”x8” yang sudah digris dengan sedikit majerin.
  4. Didihkan air didalam pengukus, kukus adunan selama 20 – 25 minit. 
  5. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
  # ni aku copypaste dari resepi asal mama. sebab ayat skema sket. ayat cikgu Kemahiran Hidup. hehe. bila masak ada yg aku edit sikit. cam roti gardenia aku tukar dgn roti masimmo half wholemeal, gula 3/4 cawan, esen rose tak letak coz tak suka dan last sekali aku bakar instead of kukus sebab rumah nggak pengukusnya ya dong. Sebenarnya resepi ni sgt flexible dan mudah, bleh ubah sedikit ikut cita rasa korang. susu cair tu nak tukar susu low fat pun boleh bg yg tengah nak lose weight. sebenarnya aku pun nak pakai susu lowfat pada mulanya, tp tengok2 susu dah habis sebab ada orang tu makan dgn coco crunch. *hurmmm* jadi terpaksa guna susu cair jugak. susu pekat rasanya tak sesuai dlm kes ini.  so jgn memandai ganti dgn susu pekat ye. 

Kalau perasan, tak ada resepi sos kastard kat sini. sebab Mama memang jarang makan puding roti dgn sos kastard sebab puding ni pun dah manis dah. kalau nak letak sos kastard boleh jugak, resepinya senang je.  GOOGLE saje. nak sedap dan mudah lagi letak je Aiskrim Vanilla atas puding tu. ala2 restorang mahal gitu. Perghh sedapnya Makan dgn aiskrim Vanilla, meleleh air liur jap. berdosa betul! orang putih kata Sinful Indulgence eyk? Ape2 la kan. Kalau yg dlm program turun berat tu jangan makan dgn Aiskrim pulak, karang tak turun berat, cik jah tak jamin!

Mulakan dgn tengok resepi. tak tgk tak sah, dasar amatur. haha
Bahan2 yg kita perlukan ye puan2.
cara2 membuat, sila rujuk resepi di atas.






Inilah Hasilnya!! so Yummehh!!  selamat mencuba!!

Monday, 26 August 2013

Resepi NASI LEMAK SIMPLE cepat mudah sedap



gambar hiasan
Hidangan utk 2-3 orang

Bahan-bahan nasi lemak :

¾ kotak santan segera (small)
2 cawan beras
1 camcateh garam
1 camcateh gula
2 daun pandan
1 bawang kecil – dihirs nipis-nipis
1 ½ cawan air masak ( cawan yang sama )

Kaedah :

  1. Basuh beras
  2. Campur bahan diatas sehingga sebati
  3. Masak dalam periuk Nasi

Bahan-bahan sambal :

10 biji cili kering                           }
5 ulas bawang kecil                  }
2 ulas bawang putih                 }         dikisar
1 camcateh garam                  }
2 camcateh gula                      }
1 camca sedang minyak

1 Cawan ikan bilis –dibersihkan

Kaedah :

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Basuh dan toskan ikan bilis dan masukkan dlm kuali.
  3. masukkan ¼ santan (baki santan ).
  4. Masukkan gula dan garam, gaul sebati.



Resepi oleh :

Allahyarhamah Nik Mariam Nik Salleh.
Al-Fatihah. semoga rohnya di cucuri rahmat.

Thursday, 2 August 2012

RESEPI PAI TEE


 Bismillah.

Kali ni nak share resepi pai tee arwah mama. ni hidangan wajib mama kalau menyambut tetamu, kira dah jadi signature menu dia dah. mama - pai tee, pai tee- mama. ha camtu. aku selalu tolong mama buat pai tee ni, tp aku selalu fail bab menggoreng kulit dia tu. kalau minyak tak betul2 panas tak jadi wooo. yg paling penting nk buat pai tee ni kena ada acuan kulit dia tu. tak mahal pun dlm RM 10 je kot. kat pasar siti khadijah de byak jual. kat KL ni aku x sure jual kt mana. try la cari kat Chow kit. okay resepinya adalah:



PAI TEE                                                                 Hidangan untuk  15 – 20 orang

Bahan A (Inti)
2 biji sengkuang    ) dipotong seperti batang mancis
2 biji lobak merah )
1 mangkuk taugeh
10 biji kacang buncis – dipotong nipis memanjang
¼ mangkuk isi udang/ayam cincang
1 keping ikan bilis stok
3 ulas bawang putih –ditumbuk halus
1 camcasedang minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit aji-no-moto (jika suka)

2 pokok daun salad

1.     Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan  
udang, masak selama 1 minit, masukkan lobak merah, sengkuang dan ikan bilis stok.  Masak selama 3 minit, masukkan taugeh dan kacang buncis, garam
dan gula secukup rasa.
2.     Sejukkan inti diatas tapis santan.

Bahan B ( Beter untuk Kulit Pai Tee)
1 cawan tepung tepung beras
½ cawan tepung gandum
2 biji telur gred A
¾ cawan air
1 camcateh garam halus
1 botol minyak untuk menggoreng

1.     Masukkan tepung gandum dan tepung beras kedalam mangkuk  adunan,
pecahkan telur ditengahnya, masukkan separuh daripada air, kacau sebati
hingga licin, masukkan garam dan air selebihnya. Kacau lagi hingga sebati.
2.     Panaskan minyak dalam kuali, rendamkan acuan pai tee selama 5 minit.
3.     Tuangkan beter kedalam gelas, celupkan acuan panas kedalamnya sehingga ¾ penuh. Celupkan semula acuan kedalam minyak panas, keluarkan
kulit daripada acuan dengan menggunakan sudip garfu.  Toskan minyak.
Buat begitu hingga habis adunan beter.


credit to Citrarasa Hanaz for this photo.

Cara Menghidang:
Alaskan secebis daun salad kedalam kulit pai tee, masukkan satu camcasedang inti.
                 Hidangkan bersama sos cili pedas.


SIAP DIHIDANG!!!


SELAMAT MENCUBA!!!