Tuesday, 22 April 2014

Road to NCIP Makati - The Phillipines Nutrition Club Internship.



Bismillah,

Rasanya belum terlambat lagi nak update entry ni. tertangguh kerana kesibukan mencari tempat utk buka kelab. Alhamdulillah dah dpt tempat yg sesuai sekarang boleh fokus tulis blog sikit. hehee.

Just nak share pengalaman aku bersama kawan2 ke Manila  awal bulan 4 lepas. sebenarnya ada 45 orang (if im not mistaken) distributor Herbalife dari Malaysia ke Makati (termasuk no1 distributor Malaysia, Capt Saiful). Semua flight dan ground arrangement diuruskan oleh distributor sendiri. Tak ada travel agent, so semua orang kena jadi travel agent utk diri sendiri. Alhamdulillah aku ada sedikit pengalaman travel sendiri dan backpackers so jadi tak susah sgt pun. dah jumpa geng housemate kat Manila terus buat booking flight dan arrange hotel.

Semoga entry ni bermanfaat dan memberi inspirasi utk batch2 yg bakal ke NCIP selepas ni.eewahh ayah tak tahan. haha.   Ncip ni adalah latihan Kelab Nutrisi secara Internship ( praktikal ) yg dianjurkan oleh distributor Filipina. Banyak tempat training NCIP di Filipina tapi hanya 2 tempat yg dibuka utk distributor luar negara iaitu di Makati dan Cagayan de Oro. Untuk tahu lebih maklumat tentang Ncip ni boleh tanya sponsor dan upline masing2.

Persiapan sebelum ke NCIP ( bila dah tahu location NCIP, Makati atau Cagayan de Oro)
1

  1.          Book tiket Flight AWAL.

– make sure date betul (sila double cek date training). Kami sampai sehari sebelum training dan balik sehari selepas graduation (flight kami pukul 6pagi. Tak sempat pegi mana2 pun..huwaaaa. kalau boleh ambil flight balik petang so ada masa utk club hopping atau jalan2 sekitar Manila lepas graduation)
-untuk yg plan naik Air Asia, di nasihatkan CHECK BAGGAGE atleast 20kg pegi n balik. Rm 30 je kalau beli awal. Jangan jadi cam kitorang, konon2 nak save duit ambil baggage masa balik je. Last2 masa Check in nak pegi Manila baru nak ambil luggage, ambik kau kena Rm 100!!! Waaaaa!! Rugi RM 70!! Lesson Learned! So ambil luggage ye, banyak barang makanan nak bawa utk 10-11 hari kat sana.
-beli  tiket flight berkumpulan so boleh check in luggage sekali.


2.      Book hotel atau Apartment


-      
           - Sebelum pergi tu dah siap2 cari housemate atau roommate di Filipina dan bincang     pasal tempat tinggal.
-       -   Utk yg pegi NCIP di Makati boleh google Hotel Eurotel, dan hotel2 berdekatan Pasay Road atau Don Bosco tempat training tu. senang kalau dpt Hotel yg walking distance dari tempat training.
-        - Yang bawa baby rasanya lebih baik tinggal dekat dgn tempat training. Sebab Manila  jemmm bangat!!! Training setiap hari 10am-5pm. Senang nak balik bilik kalau dekat.
-        Kalau nak selesa,  jimat duduk ramai2, ada tempat masak boleh cari apartment yg dekat2 dgn tempat training. (maksud dekat tu boleh jalan kaki atau naik Jeepnee)
-       - Kami tinggal di Cypress Tower, daerah Taguig (boleh google n cek rate kat Agoda). Apartment 2bilik, boleh masuk 5 orang. Dapur semua complete dgn peralatan masak. Periuk nasi, kuali mesin basuh pun ada.sangat2 selesa, Cuma jauh sket, dalam 20-30min dari tempat training.


Things to bring to NCIP!!!


1.    Beras, sardine, Berahims, sambal ikan bilis, serunding, rempah2 kalau nak masak. (Manila susah dpt makanan halal)

2.    Tupperware/ pinggang plastic sudu garpu.

3.    F1, teamix, aloe n tablets utk 12hari.

4.    Pendrive baru 8GB.

5.    File clear sheet.

6.    Name card.

7.    Mini sejadah.

8.    Hanger.

9.    Sabun basuh baju.

10.Toiletaries.

11.Camera n extra memory card (byk gambar nak ambil)

12.Carger phone, ipad, laptop.

13. Additional extension plug point.

14.Note book baru.

15.Kasut atau sandal yg selesa.

16.Protein bar, F1 cappucino, F1 tropical kalau nak tukar dgn distributor Filipina

17.International adapter. (2pin yg kurus)

18.Botol air (air free flow di tempat training)

19.Shaker cup.

20.Stoking extra utk solat.

21.Bantal leher (utk tidur atas flight bukan dlm training.hee)

22.Testimony b4 after diri sendiri.

23.Tanita Inner scan. (tak silap lepas ni kena bawak tanita sendiri, sila double check dgn sponsor masing2 ye.sorry kalau silap info)

24.Duit PES0!! Senang tukar duit siap2 dari Malaysia.

25.Waktu solat di Manila.

26.Basic conversation Tagalog. (ni optional, orang Filipina mostly boleh cakap English tapi tak salahnya kita belajar sedikit bahasa ibunda mereka kan? Dorang Bukan main excited lagi bila dgr kita ckp bahasa mereka. This is fun! So learn Tagalog a lil bit ok na?)

** ade pape lagi tertinggal dlm list ni, kwn2 yg dah ke NCIP boleh advise k.  nanti aku tambah lagi. 



Belanjawan NCip Yatie Nadzli and the geng.
 
1.    Tiket flight Air Asia  = RM 675 + Rm 100 last min baggage RM 775 (nangis)
2.    Apartment 31Mac-11April 2014 = RM 408/perhead

Total Malaysia RM 1,183.00

Belanjawan di Filipina

Belanjawan di Filipina izinkan aku guna mata wang Phillipines Peso. Nanti kita convert balik dalam Ringgit ye..rate tak sama, depend currency rate sekarang.

1.    Training Fee (without meal) = php 1900
2.    Transport in Manila 12 days = php 1200
3.    Airport tax Manila-KL (simpan duit siap2) = php 550
4.    NC hopping = php 135 x 6 NC = php 810
5.    Transport during OJT = php 410
6.    Blender Oster *optional* = php 2800
7.    Makan2 selain masak sendiri = php 1000 (anggaran je)

Total  PHP 8670

Bawak PHP 10,000 dah boleh dapat macam2 dah. Balance tu boleh beli sovernir atau produk Herbalife Filipina. 

RM 1 = PHP 13.7 (click here)
Php 10,000 = Rm 730

Total Filipina RM 730.00 

GRAND TOTAL RM 1,913.00


Total 12 days flight accommodation, food, training and everything kurang RM 2000. Kalau korang kurang dari nilai ni boleh cut dekat blender, NC hopping, Makanan n transport. ni just guideline dari experience aku. so boleh bajet bape hengget nak simpan utk ke NCIP nanti. tak Mahal pun sebenarnya kalau nak dibanding dengan ilmu dan pengalaman yg kita akan dpt di NCIP. serius sgt2 PRICELESS! bagi aku NCIP is the BEST LIVING EXPERIENCE EVER!! kalau ajak pegi lagi pun aku nak, tapi bagi peluang orang lain pulak la ye. hehee. 

sorry tak ada gambar, dah lambat nak pegi OJT ni. nanti aku update gambar2 next time.. setakat ni dulu. semoga bermanfaat. kalau tak faham bahasa malay tagalog aku ni boleh komen kat sini atau FB. bye byee..!!


Friday, 21 March 2014

Puding Roti Kukus

Bismillah,

Harini hari rajin memasak sedunia maka aku pun masak resepi desert paling mudah di dunia. iaitu Puding Roti!! mudah sgt tapi still tak hafal resepi. haha. Ini resepi peninggalan Arwah Mama, so jgn khuatir kesedapannya. InsyaAllah buat jadi sebab mama memang telus dalam menulis resepi. Tak da *missing ingredient* punya. So resepi Puding Roti adalah seperti berikut. 



PUDING ROTI                                                   Hidangan untuk 15-20  orang

Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich Gardenia
80 g marjerin

1 ½ cawan susu cair  Ideal      }
1 cawan air mendidih              }    disebatikan

4 biji telur gred A                             }
1 cawan gula pasir                         }    dipukul sebati
1 camcateh peres garam halus    }        
1 camcateh esen vanilla
1 camcateh esen ros


Peraturan membuat:

  1. Sapu marjerin pada roti biar rata.
  2. Susun dan potong roti kepada 4 bahagian, masukkan kedalam mangkuk adunan.  Tuangkan adunan susu kedalamnya sambil dikacau sehingga roti kelihatan kembang,campurkan adunan telur, esen ros dan esen vanilla. 
  3. Masukkan kedalam acuan 8”x8” yang sudah digris dengan sedikit majerin.
  4. Didihkan air didalam pengukus, kukus adunan selama 20 – 25 minit. 
  5. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
  # ni aku copypaste dari resepi asal mama. sebab ayat skema sket. ayat cikgu Kemahiran Hidup. hehe. bila masak ada yg aku edit sikit. cam roti gardenia aku tukar dgn roti masimmo half wholemeal, gula 3/4 cawan, esen rose tak letak coz tak suka dan last sekali aku bakar instead of kukus sebab rumah nggak pengukusnya ya dong. Sebenarnya resepi ni sgt flexible dan mudah, bleh ubah sedikit ikut cita rasa korang. susu cair tu nak tukar susu low fat pun boleh bg yg tengah nak lose weight. sebenarnya aku pun nak pakai susu lowfat pada mulanya, tp tengok2 susu dah habis sebab ada orang tu makan dgn coco crunch. *hurmmm* jadi terpaksa guna susu cair jugak. susu pekat rasanya tak sesuai dlm kes ini.  so jgn memandai ganti dgn susu pekat ye. 

Kalau perasan, tak ada resepi sos kastard kat sini. sebab Mama memang jarang makan puding roti dgn sos kastard sebab puding ni pun dah manis dah. kalau nak letak sos kastard boleh jugak, resepinya senang je.  GOOGLE saje. nak sedap dan mudah lagi letak je Aiskrim Vanilla atas puding tu. ala2 restorang mahal gitu. Perghh sedapnya Makan dgn aiskrim Vanilla, meleleh air liur jap. berdosa betul! orang putih kata Sinful Indulgence eyk? Ape2 la kan. Kalau yg dlm program turun berat tu jangan makan dgn Aiskrim pulak, karang tak turun berat, cik jah tak jamin!

Mulakan dgn tengok resepi. tak tgk tak sah, dasar amatur. haha
Bahan2 yg kita perlukan ye puan2.
cara2 membuat, sila rujuk resepi di atas.






Inilah Hasilnya!! so Yummehh!!  selamat mencuba!!

Wednesday, 22 January 2014

Shake Herbalife- FORMULA 1


Bismillah,

hai kawan2, ape kabar? lamanya tak update blog! dah lama tak mengadap PC sebenarnya. sedar2 dah tahun 2014 ye. eh ehh Selamat Tahun Baru!! kelas Cik jah, dah nak masuk bulan Februari baru nak selamat tahun baru. okay la baru February, belum December lagi. hihi. semoga Tahun 2014 ni jadi lebih baik dari Tahun2 sebelumnya. dan semoga tahun ni aku istiqomah utk update blog setiap bulan. Amin ;D

Sempena tahun baru 2014 ni aku adakan satu topik best iaitu Product of The Month. sebab produk Herbalife ni ada banyak, dan banyak juga kepentingan dia yg ramai orang tak tahu so aku akan ceritakan satu2 setiap bulan. satu bulan satu cerita Inner Nutrition, satu cerita Outer Nutrition. Amacam okay kan?

So apakah Product of This Month, bulan Januari ni? jeng jeng jengg!


tak lain tak bukan..STAR OF THE PRODUCT,

FORMULA 1 NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER DRINK

Formula 1 aka F1. ada org panggil Shake, ada org panggil protein, ada org panggil susu, ada org panggil ubat pun ada. haiyoo, F1 ni bukan ubat, hanya makanan nutrisi semata-mata.  ada juga customer aku tak paham bila aku sebut F1, dia ingatkan produk baru. rupanya F1 tu Shake yg dia dok makan hari2 tu. hihii.comey je.

  Apa itu Formula 1?
 Healthy Meal Replacement with balance Nutrition
pengganti Makanan sihat yg lengkap dengan Nutrisi
 
semua yg ada dlm piramid makanan dalam shake with the right portion
setiap hidangan ada 8.7g Protein,  2.4 g dietary fiber,
 16 Vitamin dan mineral yg diperlukan

-Helps you feel full, satisfied and energetic
Buat kita rasa kenyang, puas dan bertenaga
- Tiada kolestrol
- boleh dibancuh dgn susu rendah lemak, air soya,
 jus buah atau minuman kegemaran anda
 
*Reset minda,  Formula 1 ni bukan suppliment tapi Meal Replacement.  
suppliment = makanan tambahan
meal replacement = makanan gantian


Formula 1 di Malaysia terdapat dalam 5 Perisa yg Super sedap!! Coklat, Vanilla, Strawberry, Tropical Fruit, dan Cappucino. Perisa kegemaran aku Coklat n Tropical Fruit n Cookies & cream. Tapi kat Malaysia tak ada Cookies & cream. kalau nak cookies & cream kena pegi Extravaganza Singapore bulan May ni ;)
fuh fuh fuhh menggamitnya gambar shake atas ni. dah la lapar ni. jap lagi nak buat shake Coklat letak nestum tabur... yummss!! Serius paling penting kena buat Shake sedap2. kalau tak boleh nak telan shake dgn air sejuk je boleh pelbagaikan resepi shake. yang nak turun berat badan tu kena jaga2 sikit Calorie.

contoh :
3sudu rata F1 = 90kcal
100ml susu lowfat / melon milk/ soya/ yogurt = 60 kcal. (anggaran, check Nutrition Fact kat label)
300ml air sejuk = 0kcal
total = 150kcal
*more Shake Recipe click here resepi-shake-lose-weight-program

So siapa yg boleh minum shake yg sedap ni? orang kurus boleh ke? karang makin kurus pulak. *risau*. selamatkan ke utk orang mengandung? Doktor tak bagi la makan macam2. *ayat Doktor tak kenal Herbalife*. aku sihat, tak payah minum shake2 ni. makan nasi lemak je. murah. *betul ke sihat? pernah cek lemak kat jantung tu brapa?*. anak saya tak suka makan sayur la, boleh ke bagi dia minum shake ni? * boleh sgt!!*

Formula 1 atau Shake ni hanya makanan. jadi semua orang boleh makan. makanan kat luar sana pun tak semua orang boleh makan, contoh org sakit gout tak boleh makan seafood org kencing manis tak boleh makan gula banyak, baby tak ada gigi tak boleh makan maruku, tapi shake ni semua boleh makan, dari baby ke nenek baby, pendek kata 1 rumah boleh makan.

Tapi ada golongan yg tertentu yg sangat2 MEMERLUKAN FORMULA 1 dan sgt digalakkan utk mengambilnya sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian. 

SIAPA YG PERLU FORMULA 1?

F1 ni banyak sgt khasiatnya. kalau tak elok takkan boleh bertahan sampai 34tahun. kalau tak elok takkan pemain bola terbaik dunia pun nak makan sampai jd duta? Kalau nak tau, F1 Herbalife ni tak di proses di mana2 kilang di Malaysia. bukan kilang kat balakong ke kat sg buloh. F1 ni dibuat ni Makmal salah satu Universiti Terbaik kat dunia UCLA, University of California Los Angeles.  Ada ke Nasi lemak di kaji  kat Universiti? Kalau maggi goreng yg mamak buat kat belakang kedai kita berani makan, takkan Formula 1 yg di buat oleh para saintis kat Universiti terbaik dunia ni kita takut nak makan. 




 CONTACT FOR SAMPLE & BODY ANALYSIS
Yatie Nadzli 017-9772700
Personal Wellness Coach

Saturday, 23 November 2013

KEPENTINGAN SARAPAN SIHAT

Bismillah,

Sarapan adalah hidangan paling penting dlm kehidupan seharian kita. Malangnya yang paling penting ini la yg selalu di anggap enteng. Ramai tak tahu kepentingan sarapan dan lebih tragik lagi ramai yg TAK TAHU KEPENTINGAN SARAPAN SIHAT.

Baru2 ni aku ada buat survey pasal Sarapan pagi rakyat Malaysia. Soalan pertama adalah

'APAKAH SARAPAN ANDA SETIAP HARI?, NYATAKAN 3 JENIS:

survey ni diberikan kepada 30 orang, secara random. hampir 90% dari mereka memberikan jawapan  yg sama iaitu sarapan Nasi Lemak. No wonder la Malaysia no. 1 negara yg mempunyai Rakyat Obes di Asia Tenggara. Tengok Sarapan orang Malaysia saja dah tahu.

 Di Malaysia ni kita akan jumpa 3 jenis manusia yg ber'SARAPAN ;

1- geng sarapan sedap ( nasi lemak, nasi goreng, nasi berlauk, teh tarik, roti canai, bihun goreng)
2- geng sarapan ringan (cereal, biskut, oat, roti, susu)
3- geng tak sempat sarapan (terus makan tengah hari atau makan di antara waktu tghari -brunch)

 KEPENTINGAN SARAPAN
1.  memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan setiap hari.
Nutrisi yg diperlukan oleh badan adalah Protein, Vitamin, Karbohidrat, Serat, mineral, Lemak yg baik, dan Air.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan. HAaaa!! tapi sarapan yg tinggi lemak tinggi kalori boleh MENINGKATKAN BERAT BADAN.

Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.
3.  Meningkatkan kemampuan otak.
Kajian dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar tenaga - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang.




4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.



"Nak gemuk senang je, Jangan makan Sarapan"
                - PROF DR MUHAYA, Pakar Mata.

APAKAH SARAPAN YG SIHAT?

Apakah sarapan yg sihat? ramai rakyat Malaysia bersarapan Nasi Lemak, adakah ia sihat? Sarapan yg sihat mengandungi tinggi Protein, tinggi serat, Vitamin, mineral dan Karbohidrat secukupnya, rendah gula, rendah kalori dan rendah lemak.

Berapa peratus je rakyat Malaysia yg sarapan menu seperti yg dicadangkan di atas? mungkin kurang 10%. sebab utama mesti la tiada masa utk sediakan sarapan berbagai warna macam tu. Nasi lemak dan kueh mudah di dapati. keluar rumah je ada 10 gerai Nasi Lemak. pilih je yg mana satu nak pergi.


BERITA BAIK!!!


Kini terdapat satu sarapan sihat yg mudah dan cepat disediakan, lengkap dgn Nutrisi yg badan perlukan, rendah kalori, rendah lemak, Lazat, dan boleh dinikmati di mana sahaja!! Tak payah pening2 nak pergi shopping ayam, sayur, buah2 kat Tesco. semua yg badan kita perlukan ada dalam 1 minuman Hikmat ni. 
 Pengganti makanan No.1 di dunia. Meal Replacement ye bukan Suppliment. kena paham molek. 

NILAI SEBUAH KESIHATAN
Badan kita perlukan Nutrisi, bukan Nasi Lemak, roti Canai, teh tarik. Hanya gantikan Sarapan pagi yg biasa kita makan ( Nasi Lemak, Roti Canai, bihun, roti) dengan Sarapan yg sihat iaitu nutrisi seimbang Formula 1 Herbalife, banyak perubahan yg boleh dirasai.

1. Badan lebih bertenaga
2. Pembuangan lebih lancar
3. Badan lebih ringan
4. Tidur lebih lena
5. Kenyang lebih lama
6. Bonus turun berat badan & improved masalah kesihatan 

 Sarapan kita setiap hari menentukan masa depan badan kita 5-10 tahun akan datang. 


 "Kalau kita tidak mengambil masa untuk sihat, kita perlu mengambil untuk sakit."
                                                                               - Prof Dr Muhaya Muhamad


SEDIKIT PERUBAHAN YG DIBUAT HARINI INI, BOLEH MENGURANGKAN RISIKO MENGHIDAP PENYAKIT BERBAHAYA DI MASA HADAPAN. JADI BUAT LAH KEPUTUSAN YANG BIJAK


PILIH SARAPAN YG SIHAT



Mulakan Program Sarapan Sihat Harini
hubungi 017-9772700