Monday, 26 August 2013

Resepi NASI LEMAK SIMPLE cepat mudah sedap



gambar hiasan
Hidangan utk 2-3 orang

Bahan-bahan nasi lemak :

¾ kotak santan segera (small)
2 cawan beras
1 camcateh garam
1 camcateh gula
2 daun pandan
1 bawang kecil – dihirs nipis-nipis
1 ½ cawan air masak ( cawan yang sama )

Kaedah :

  1. Basuh beras
  2. Campur bahan diatas sehingga sebati
  3. Masak dalam periuk Nasi

Bahan-bahan sambal :

10 biji cili kering                           }
5 ulas bawang kecil                  }
2 ulas bawang putih                 }         dikisar
1 camcateh garam                  }
2 camcateh gula                      }
1 camca sedang minyak

1 Cawan ikan bilis –dibersihkan

Kaedah :

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Basuh dan toskan ikan bilis dan masukkan dlm kuali.
  3. masukkan ¼ santan (baki santan ).
  4. Masukkan gula dan garam, gaul sebati.



Resepi oleh :

Allahyarhamah Nik Mariam Nik Salleh.
Al-Fatihah. semoga rohnya di cucuri rahmat.

Kulit Sihat dengan Herbalife

Bismillah,

Topik hari ini adalah kulit. Bukan senang nak jaga organ terbesar kat badan ni. Lagi2 masa raya ni, banyak makan ketupat, lemang, rendang, lontong, kuah kacang dan segala macam makanan. Semua yg berminyak, tinggi kalori tinggi lemak.. Takut tengok updates kat FB, ramai naik berat badan masa raya. Bulan puasa turun 5kg, raya 2hari naik 3kg. Baru 2 hari tu. Phewwwwhh!! Aku pon tak terkecuali dari makan banyak masa raya. Paling banyak aku makan adalah lontong dan kueh tart nenas. fuuhh sedap ooo Lontong Mak Mertua masak. Irresistible!!  Hari Raya ketiga aku timbang berat, takut jugak la sebab makan tak ingat dunia. huhuu. Alhamdulillah berat tak naik, sama dgn berat masa last puasa. Ajaib tak? Ok agak ajaib sebab aku makan banyak giler!! Tp aku perasan setiap hari aku akan membuang air besar * kabooshhh* dan aku setiap hari aku wajib telah 10biji omega fish oil n 2biji tc formula. Teamix tu all the time ada dalam botol. angkut ke mana2. Ini lah senjata Wajib masa Raya sebab kita kan manusia yg lemah. tewas pada hawa nafsu. huhuhu.

Berat tak naik, OKAY LA TU. tapi jerawat naik mencanak-canak.  SANGAT2 TAK OKAY!!!

Padan muka sendiri, because YOU ARE WHAT YOU EAT!! Get it?

Kelam kabut la aku cari aloe gel, tepek Clarifying mask tebal2. Nasib baik ada Outer Nutrition Herbalifeyg best tu. *Yeay*

Tips untuk kulit sihat adalah bermula dari dalam. Dari pemakanan dan Nutrisi yg kita ambil setiap hari. tengok betapa pentingnya Nutrisi dalam kehidupan seharian. Di zaman kemerosotan Nutrisi sekarang,  HERBALIFE adalah penyelamatnya. jadi...


ADAKAH SUDAH MINUM SHAKE HARI INI?






My Daily Nutrition, Healthy Breakfast


ALOE - TEAMIX - SHAKE 2 kali sehari
AIR MASAK 4-6 Liter sehari


Lepas dah guna Nutrisi Dalaman baru la kita guna Nutrisi luaran. Nutrisi Luaran Herbalife mmg sgt Best, Mesra dan lembut pada kulit.

Untuk yg Tak pernah cuba Herbalife nak try Outer Nutrition Herbalife boleh la contact aku. kita buat Facial Party cam kat atas ni. BESTTT OKAY!! *contact me!!*


Are you ready for HERBALIFE SKIN TESTIMONY??


JENG 

JE 

JEeeeeeeNG!!!


Amalina Peter (24 tahun)
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu
            Ain Peter (26tahun)
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

Norsuhana Ahmad Marzuki (40thn)


Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

Afeeqa Azizan



Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu
Fatin Najihah
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

KC Loo
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

Mr Yap

Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu

Bella
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu


Puan Rahimah dan Capt. Saiful


Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu


Leslie Stanford 53 tahun, Consume Herbalife lebih 30 tahun. Macam tak di mamah usia langsung.
Disclaimer : Hasil tidak tipikal dan berbeza dgn setiap individu


Sebenarnya ini hanya sebahagian dari berjuta testimony pengguna Herbalife. Tengok gambar testimony saja tidak akan menyelesaikan masalah jerawat jika tiada keputusan di buat. nak tunggu kulit menjadi lagi teruk, banyak lagi duit akan habis atau Terus Hubungi saya dan mula program sekarang? 



Untuk KONSULTASI KESIHATAN & FACIAL
Hubungi 017-9772700
Personal Wellness Coach Herbalife
























Monday, 12 August 2013

AUDIO PEMBANGUN JIWA

Bismillah,

Tak terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kpd pembaca blog yatienadzli yg sgt aku hormati. chewahh, ayat cam nak bagi speech kt perhimpunan sekolah pulak. hehe. Kalau ada salah dan silap, terasa hati ke, termakan hati ke aku minta Maaf Zahir dan Batin 0-0 okay!! *salam2*. Sebenarnya entri kalini tak de kena mengena pun dengan Hari Raya tapi mungkin berguna utk org yg balik beraya. utk yg tak balik raya tahun ni, raya di perantauan pun berguna jugak. senang cerita berguna utk semua orang.InsyaAllah. tapi sebelum tu seperti biasa kena la dengar aku membebel dulu.hihihi..

Korang yg naik kereta mesti selalu dengar radio kan? selagi tak rosak radio tu konpem ON je memanjang. macam pelik kalau masuk kereta senyap sunyi. apedehal dengar bunyi aircond je. kena la ada halwa telinga. bila time raya ni stesen radio 24-7 pasang lagu raya. nak naikkan mood raya la katakan.

Untuk yg travel jauh2 ni radio la peneman setia. Lagi2 kalau drive sorang2. Kalau ada penumpang lain boleh la di ajak berborak. Tp kalau dah 6-8jam dalam kereta, sape yg larat nak borak lama2 macam tu. paling lama pun 2-3jam je borak2. Lepas tu penumpang semua akan tidur secara berjemaah. Tinggal la driver sorang2 bersengkang mata bawak kereta. Pengalaman aku membesar di jalanan, travel seremban- kelantan dan shah alam-kelantan. Dan kami jenis selalu balik kampung. Tak tunggu raya pun, ada cuti lama sikit  je mesti balik kelantan.. Sebelum aku pandai drive, ayah & arwah mama la yg gilir2 drive. Aku n kakak tidur je, bila bangun tanya "kat mana ni?" Masa bgn tu la dgr ayah pasang lagu 60an dia. masa kitorang tidur je la boleh pasang lagu2 tu, kalau tak memang tak bagi can. hehe.


Ayah fokus di jalanan sambil layan lagu dia.
Arwah Mama, geng borak aku dalam kereta, ada je topik nak dibincangkan. .
                                                           Semoga Allah sentiasa melindungi Mama. Al-fatihah



Oleh kerana kami selalu travel jauh2 ni  dengar lagu kat radio mmg tak lalu dah. Deejay dok pusing lagu sama je. dan tak semua tempat dalam perjalanan kami tu dapat siaran radio. So kami beralih ke Audio program. Mula2 start dengar DVD ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Paling best part soal jawab agama. banyak belajar benda baru dan serius lawak!! Boleh dikatakan agak obses ketika itu sampai nampak je dvd ustaz azhar kt mana2 mesti nk beli. Zaman ni tak reti nak dunload dari youtube lagi. Arwah mama suka sgt dgr ceramah UAI sampai dia tak kisah berabis duit beli DVD. aku la tukang pow duit nak beli DVD. hehe. Jadinya banyak gile DVD n CD ceramah UAI dlm kereta, dah mcm kedai DVD bergerak.

Contoh CD ceramah Ustaz Azhar Idrus, best giler bohhh!!
Sape nak beli DVD atau CD Ustaz Azhar ni boleh la pegi kat kedai buku agama atau masa kuliah2 mega beliau. banyak la jual kat sana. kalau nak jimat, download saje dari youtube.


 Tu alkisah Ustaz Azhar Idrus, ni kisah cerita Audio Prof Dr Muhaya plk. First time aku dgr audio ni dalam kereta sideline Herbalife aku Dr Shida. Mula2 dengar tu tajuk Reset Minda Orang Mendapat Jodoh kalau tak silap. MasyaAllah bestnya Prof Muhaya ni! Tak sangka pulak best sebab dah banyak kali aku tgk iklan program TV Prof Dr Muhaya kt Astro tp tak pernah terdetik nak tengok.kiranya aku kenal siapa Prof Muhaya tapi tak pernah mengikuti apa2 rancangan beliau.  Yang lagi bestnya kebanyakan Audio ni boleh download dari internet je, tak payah beli DVD atau CD. FREE!! Since kawan2 aku dah lama dengar Audio Prof Dr Muhaya ni, banyak jugak la koleksi dalam simpanan dorang. apa lagi aku copy semua! hohoo tamak.


Prof Dr Muhaya, Pakar Mata Sumber Inspirasi ramai orang.





*iklan* Prof Dr Muhaya pun consume Herbalife dan beliau merupakan seorang Product lover. beliau pun minum Teamix dalam botol 2 Liter Herbalife macam aku.hehe. (Credit to Juanadiah.blogspot.com)
more pasal Prof Muhaya dan Herbalife boleh baca kat sini

Yang bestnya pasal Audio Program ni memberi kesan jangka masa panjang. Side efek tu lama compare to dgr lagu, best sekejap je, lepas dgr bnyk kali naik muak dah. Sebulan aku dengar Audio Prof Muhaya dalam kereta, aku rasa aku dah jadi lain sikit. maybe baik sikit kot. heh perasan. tapi serius aku rasa semua orang PATUT DENGAR AUDIO RESET MINDA tu. SERIUS!! 

Antara Audio favourite aku adalah Audio Sales Training Brian Tracy. sebelum ni aku baca buku je, tp banyak lagi tak khatam so dengar audio program dalam kereta. dan Brian banyak emphasize pasal audio training ni. Kalau dah Millionaire pun cakap macam tu, betul Banyak la manfaatnya.


LISTEN TO AUDIO TRAINING IN YOUR CAR
TURN YOUR CAR INTO TRAVELING UNIVERSITY 
                                  -Brian Tracy, Best Selling Author


Macam mana nak dapat Audio Program secara online?



1. YOUTUBE
  ni kawan aku Fatiya yg ajar convert video dari youtube jd mp3 file. Senang je rupanya, just Copy Link kat Youtube pastu paste kat Website converter vidtomp3.com. Serius ini ilmu sgt berguna sebab since aku pandai guna converter ni, banyak giler audio aku dapat dari Youtube.  Prof Muhaya, Ustaz Don, Ustaz Azhar,  Jim Rohn, Ustaz Ebit Liew, Brian Tracy, dan banyak lagi. Maceh Tiya!! i love u lah!!  



 2. GALERI AUDIO IKIM.fm

log in website Ikim.fm, pastu pegi kat Galeri pilih Audio.

how to save file? right click, pilih Save link As.. file akan di download ke dalam pc anda.
kalau nak dengar je, just click anak panah hijau tu. 

3. DROP BOX

 Ni cara paling senang sekali sebab Aku dah upload 3GB Koleksi Audio Program kat Public Folder DropBox. Korang Download je dari sini.


 Sebenarnya aku dah lama ada benda alah Drop Box  tp sekarang baru pandai guna. serius sgt berguna si Drop Box ni. Paling best Public Folder ni boleh buka handphone dan Tab. So siapa yg tak de Drop Box lagi boleh Install Drop Box secara Percuma di sini. www.dropbox.com


Antara Audio2 aku dah Upload kat Drop Box adalah dari penceramah2 yg hebat seperti di bawah:
 

.


       THE BEST OF RUMAH TANGGA & FAMILY AUDIO *WAJIB DENGAR*

1)      BERKAT MEMIKAT (PART 1,2,3) -  USTAZAH NORHAFIZAH
2)      CEMBURU DLM RUMAHTANGGA (PART 1 & 2) – UST MUHAMMAD AL-AMIN
3)      RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA – UST MUHAMMAD AL-AMIN
4)      SUAMI BERWATAK RIJAL (PART 1 & 2) – UST MUHAMMAD AL-AMIN
5)      NUZUL QURAN PERSPEKTIF RUMAHTANGGA – UST MUHAMMAD AL-AMIN
6)      INDAHNYA KELUARGA DGN ISLAM – UST EBIT LIEW
7)      IBU ENGKAULAH RATU HATIKU – UST EBIT LIEW
8)      RESET MINDA SUAMI ISTERI BAHAGIA – PROF. DR MUHAYA
9)      CELIK MATA DAN JIWA SEORANG ISTERI – PROF DR MUHAYA
10)   RESET MINDA IBU BAPA – PROF DR MUHAYA
11)   RESET MINDA MERTUA & MENANTU – PROF DR MUHAYA
12)   RESET MINDA SUAMI – PROF DR MUHAYA
13)   RESET MINDA BAKAL PENGANTIN – PROF DR MUHAYA
14)   RESET MINDA MENCARI BAHAGIA – PROF DR MUHAYA
15)   RESET MINDA ORG MENDAPAT JODOH – PROF DR MUHAYA



Okay sampai sini saja bebelan utk hari ini. aku harap lepas ni ramai la yg dengar Audio Program dalam kereta. Mana tau lepas ni kurang sikit berita kemalangan jalan raya sebab semua memandu secara berhemah dan bersopan santun lepas dengar Audio Program dalam kereta. Semoga perjalanan lebih bermanfaat, Hati2 di jalan raya, Ingat orang Tersayang dan.... 


SELAMAT HARI RAYAAA !!





Need a Herbalife Personel Wellness Coach?
Contact 017-9772700