Sunday, 3 May 2015

Once upon a time in Milan, Italy


Assalamualaikum,

Travelog entry ni khas untuk kawan2 aku yg bakal ke World Expo di Milan bulan September ni. Bestnya! bestnya!! Kami pergi ke Milan last year bulan Mei masa family vacation. bunyi macam ramai je family vacation bagai tapi yg ada 3 orang je, Aku Ayah n Umi mak tiri aku. Kakak aku tak dapat join sebab dia kena kerja masa ni. And the best part trip ni semua dia yang plan. kalau aku yg plan, semestinya Milan tak termasuk dalam senarai. Ada apa dgn Milan? Kota Fashion? branded handbags? baik aku pergi KLCC or Pavillion. Milan enough for me..eh membebel pulak. hahaa. Bagi aku Milan ni biasa2 je sebab aku tak minat barang branded dan Milan memang syurga barang branded. Baju baby pun Dolce Gabbana, Guess harga beribu. *pengsan*. Di pendekkan cerita kami terbang ke Milan dari Madrid naik Ryannair. Ryannair ni low cost carrier macam Airasia tapi servis dia tip top macam MAS.Strongly reccomend Ryannair!
Milan Bird' view. dari atas langit pun dah cantek!
First view of Milan as we landed. Nice weather, masa ni spring so tak sejuk sangat tak panas sangat. nice weather. yeayyy!!

Sampai je kat Airport Bergamo ktorang naik bas ke bandar Milan yang mengambil masa dalam 45minit. One way journey only cost around RM 20 per person. okay la kan, kalau ambil taxi beratus pulak. Actually semua aiport ada sediakan public transport yang murah macam bas dan keretapi tapi kalau masa kita sampai ke airport dah tengah malam memang public transport semua dah out of servis dan tak ada pilihan lain selain taxi. dan harga lagi mahal dari waktu biasa. so kena plan awal2, arrival time tu.
Sampai di Kota Milan kena cari transport ke appartment pulak. Walaupun boleh naik train tapi memang mustahil sebab beg je ade dekat 10. hahaha. nasib baik taxi tak mahal sangat sebab dekat je tempatnya. Taxi dia 4 wheel drives Volkswagen lagi. keeelass! merasa jugak naik kereta tu seumur hidup. Driver Taxi pun smart and polite dan paling best can Speak English!yayy!! Alhamdulillah orang Italy ni baik2.

Kami menyewa di Apartment 1 bilik di pinggir kota Milan. Sebelum sampai ke Milan lagi aku dan hubungi tuan rumah untuk bagitau kedatangan kami. Apartment ni tempah di website Air BnB. website homestay yg selesa ada almost di serata dunia. Sebenarnya lagi murah menyewa homestay Air BnB ni compare to Apartment commercial. nanti aku buat entry khas utk pengalaman di homestay Air BnB ni. memang highly reccomended!


Sampai je di kawasan apartment tu tuan rumah laki bini rumah dah siap tunggu kat luar untuk menjemput kitorang. Suami nya nama Luigi orang Italy, wife (aku tak ingat nama) orang Palestin. They are so nice and polite. Aku suka betul kalau jumpa orang baik2 & friendly masa travelling, rasa macam homely sikit.

Kawasan perumahan tu dari luar nampak macam bangunan biasa je tapi masuk dalam dah macam perkampungan traditional org Itali. Walaupun lokasi bangunan ni sangat dekat dengan jalan besar, kami di beri tahu yang kawasan perumahan ni sangat senyap. very quite neighbourhood. even tutup pintu pun kena berhati hati jangan bagi berbunyi gedegangg! kalau kat Malaysia macam ni siang bunyi motokar n malam bunyi mat rempit. Apartment kami kat tingkat 2,dan nasib ada lift. Ngeri jugak bila ingat balik kena memunggah beg2 berat ke tingkat 3 masa di Madrid. macam nak tercabut semua sendi yg ada.Nasib baik time tu Tuan rumah ada dan tolong angkat beg sampai atas. Tu la untung Apartment Air BnB. ceeeehh siap promote. Good things are mean to share kan?
Our apartment view from the road.
Taraaaa! View form Inside. Welcome to Kampung Morten ala Itali!
 Pizza!! Pizza!! Pizza!!
sebelum aku pegi Milan lagi kakak aku dah warning yang Pizza kat Italy ni sedap gila!. Walaupun Pizza yg kakak aku makan tu dekat cafe yg mahal depan Piazza Duomo, Pizza aku makan hanya beli kat kedai roti depan rumah tapi Still aku dapat nikmat Pizza Sedap tu. Walaupun hanya sayuran saja topping. Perghhh!!! 
1 slice Pizza ni harga 4Euro, dalam Rm16. tapi besar dan sedap wei!
Screw Gucci, Burberry Prada, all I want is Pizza!!


Bila perut dah kenyang kami pun berjalan sekitar badar Milan. Sebab kena pick pocket kat Toledo, hilang cash dekat Rm 4000 maka kami hanya mampu travel dgn tram and train je. Nak naik Milan Hop on Hop Off tak mampu. Nak 1 day trip ke Venice patah lagi. sedih.
Piazza Castello. ramai pelancong kat sini and ada train stop.
If people ask me what do you like about Milan other than the food of course I would say Decathlon! Decathlon ni ada banyak brunch sebenarnya (google it) tapi aku baru jumpa satu ni dekat Piazza Castello. Best gila kedai ni macam Mydin yg jual semua barang sport.  Kat sini jam Polar bersepah2. Murah lak tu. Tapi sebab kekangan kewangan masa tu aku terpaksa ambil yang paling murah and guess what? aku tersilap beli jam yang boleh kira heart rate je. darnn!! Sesal separuh nyawa tak guna dah. Banyak barang kat sini, you name it. Mak Ayah je tak ada. owh I love Decathlon! Banyak Variety and Murah!! Malangnya aku jumpa kedai ni masa last day kami dekat Milan. Sempat singgah 2x je. Tak puas hati! Sebab Decathlon ni la jugak aku sanggup jalan sorang2 dari apartment ke Piazza Castello ni. I mean jalan tu naik train la, tak kan jalan kaki pulak.haha. Parents aku dah tak larat dan nak keluar masa tu, aku gigih keluar sorang2 bajet Milan ni Melaka. Tak pa Allah ada.
Souvernir store near Piazza Castello. Mahal2 souvenir Milan ni. Fridge Magnet bozoh pun 4Euro. Tapi kat Milan ni susah sikit nak jumpa Souvernir tak macam kat London or Paris Sorvernir bersepah sepah. Kalau jumpa kedai macam ni baik beli sebab last time aku terpaksa beli kat train station since kedai dah tutup.

 Piazza Duomo. Mak oi lawa gila architecture bangunan ni. Kalau close up detail dia memang bernanah mata tengok. sangat detail!. Piazza Duomo ni gereja tapi skrg dah jadi tempat tarikan pelancong. Boleh masuk dalam dan ambil gambar dari atas bangunan ni. Tapi aku tak masuk la.
Selfie sikit. masa ni aku sorang je kot yg ada Monopod kat Milan sebab Mat Salleh tengok aku dan monopod macam tengok Angelina Jolie dan Bradpitt. terpinga pinga tertanya tanya apakah alat ajaib itu.lulz.
Sekitar Piazza Duomo tu penuh la dengan Butik2 berjenama. Orang yg suka branded stuff suka la tempat macam ni. For me I just look for a place that sell Pizza.hihi
Excuse me princess would you like some chocolate?
Mula2 aku sampai Milan lagi tuan rumah yang kami sewa dok sebut2 pasal Luini Panzerotti. Dari explanation dia aku dapat tangkap yang panzerotti ni macam karipap sedap berinti Cheese. Kecur jugak air liur mengenangnya. lalu aku google gambar utk dapatkan kepastian.
 Gambar ihsan google image. Pergghhhhh!! tengok gambar pun dah rasa cheese dia cair dalam mulut dahh.
 Panzerotti please come to Malaysia baby!! Aku sampai Milan hari Sabtu, Isnin dah bergerak ke tempat lain. Jadi ahad je ada masa utk Panzerotti hunting.
 Expectation
 Real situation. Hari ahad tutup rupanya!! sedih gilaaaa!!! waaaaaaa!!!

Sedih memang sedih, tiada rezeki dan jodoh dgn si panzerotti. Maybe next time baby. sobss sobss. sobss 

Short trip kami pun berakhir la dgn aku tak berjaya makan luini panzerotti dan tersalah beli jam. haha. Sebelum balik sempat bergambar tuan rumah yg baik Luigi dan pemandu Taxi, Patricia si Nenek vogue yang bawa kami ke Bas station. Patricia ni walaupun dah 60++ dia sangat kuat lagi sado. selamba je angkat sorang2 luggage ktorang yg berat macam piazza castello tu. Orangnya sangat friendly dan dah beberapa kali datang bercuti ke Malaysia. Dia suka Langkawi dan sekali holiday sebulan terus. Ayat dia aku ingat lagi " When its cold, I go!" paham la maksud dia datang time winter holiday.

Milan is a nice place with a nice people. I would like to come again to eat the Panzerotti. If any of you reading planning to go to Milan I would suggest to do some studies before your trip so you wont missed any interesting place like me. I would strongly reccomend Luigi's apartment for his good service and hospitality. Learn to speak some Italian kalau rajin. Hope you guys enjoy this entry and have fun in Milan!

 Ciao Ciao!!



1 comment:

  1. Saya pun dah sampai Milan bulan lepas... Milan memang best!

    ReplyDelete