Assalamualaikum,
Ni first time aku masak Ikan Dory so aku google banyak resepi Fish and Chips yg guna ikan dory. finally aku jumpa resepi paling senang dan aku modified sedikit. Ikan Dory Goreng ni boleh buat Fish and Chips, Burger Fillet o Fish macam mcDonalds, makan dgn nasi tau makan begitu saja. Aku buat bancuhan ni sekali je lepas tu lebihan simpan dalam peti. senang bila nak makan tinggal goreng je.
Fillet Ikan Dory Goreng
Bahan2:
1 paket Fillet Ikan Dory
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred A
2sudu kecil lada putih
sedikit garam
2 cawan Instant Oat
Minyak utk menggoreng ( aku guna minyak Sunflower, lebih sihat gtew)
Cara Membuat:
1. Bersihkan Ikan Dory dan lap dengan kitchen towel hingga kering.Lumurkan dgn garam dan lada putih, perap 30min didalam fridge.
2. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih
3. Pecahkan telur dan gaul rata
4. Campurkan adunan tepung dan telur, gaul rata.
5. Jika adunan telalu keras atau kental masukkan sedikit air. Masukkan fillet Ikan Dory ke dalam adunan tepung dan telur
6. Golekkan Ikan Dory di atas Oat.
7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing
8. Angkat dan toskan. letakkan di atas kitchen towel utk serap lebihan minyak.
Effect oat selepas di goreng sangat la awesome, sebijik macam ayam kfc spicy punya. nice nice!! |
Boleh juga dihidangkan dengan Roti Wholemeal, salad bawang holland tomato sos cili dan sos tar tar jadi lah burger fillet o fish ala mcD tapi lagi sedap. |
Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment