Sunday 10 May 2015

Resepi Mix Fruit Cheesekut - Kek tanpa bakar

Assalamualaikum, 
Adakah anda penggemar dessert seperti aku? Mahu kah tahu cara memasak dessert yg paling mudah tapi sangat sedap? Nah harini nak share resepi yg super senang ni. Aku suka sangat resepi sebab tak perlu bakar dan penyediaannya sgt cepat. Kalau nak makan esok, malam tu boleh buat dan simpan je dalam fridge. esok dah ready nak makan.  Resepi kek fridge atau nama glamornya Mix Fruit Cheesekut ni kawan aku Nana belajar dgn kawan Filipina semasa dia bekerja di Riyadh. Jadi ilmu yg bermanfaat ni kena la share ye utk dpt multilevel pahala. hehe. so here it goes. the best cheesekut recipe ever!!


Bahan2,
1 paket biskut cream crackers
2 paket Cream Cheese
1 tin susu pekat
500ml susu HL
1/2 biji buah naga -didadu
3 biji buah kiwi - didadu
1 tin buah laici -dibuang air dan toskan
1 tin buah longan - dibuang air dan toskan ( carik carikkan buah laici dan longan)



1)Campurkan Cream Cheese dan Susu pekat. Pukul sehingga adunan sekata.
2) Rendamkan sekejap biskut krim kracker ke dalam susu HL 
3) susun biskut cream cracker yg dah direndam dlm susu tadi ke dalam acuan. paling sesuai guna acuan kaca atau plastik dalam dan transparent. Aku ada loyang biskut raya je kat rumah ni, so guna apa yg ada.
4) Sapukan campuran cream cheese di atas biskut dan selang seli cheese dgn biskut.
5)Layer terakhir sapukan cream cheese dan taburkan Buah buahan di atas sehingga rata.
Ada balace boleh masuk dalam bekas tupperware kecik camni utk makan sambil tgk Teman Lelaki Upahan. hihihii. Dah siap sejukkan didalam fridge bahagian bawah selama 1-3jam atau semalaman. 


Senang giler kan? Tak ada oven pun boleh buat ni. Mudah dan super sedap!

#tips bajet. Gantikan buah naga dan kiwi dgn buah buahan cocktail atau nata de coco. Lebih murah dan mudah.



Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment