Thursday, 26 July 2012

KENAPA KERJA HERBALIFE?

Bismillah.


Kenapa pilih Herbalife sebagai kerjaya? Boleh makan ke buat kerja ni? ada masa depan ke buat Herbalife ni? macam2 lagi soalan dah aku dah dengar.. okay ni jawapan dia.

Kenapa pilih Herbalife sebagai kerjaya?
-sebab produk result yg amazing, why not share dgn orang lain? 

 Boleh makan ke buat kerja ni?
-Mesti la boleh makan! even kalau aku tak da duit nak makan pun aku boleh minum shakes. kenyang jugak..heee tp Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah lg tak ada duit nak makan. malas nak cari makanan tu selalu. hehehe..


Ada masa depan ke buat Herbalife ni?
-InsyaAllah ada. aku pegang prinsip ni dari dulu sampai sekarang. 

REZEKI KITA ALLAH YG BAGI 
BUKAN KOMPENI YG BAGI. 

pegang ni betul2. ini soal akidah kita sebagai orang Islam. so kalau kita pegang ni, kita tercampak kat mana sekali pun, kerja apa sekali pun  InsyaAllah kita tak akan takut jadi miskin sebab setiap yg berusaha pasti akan berhasil. jadi YAKIN LAH DENGAN REZEKI ALLAH. 


Ada 4 sebab kenapa aku pilih kerjaya dengan HERBALIFE:



1. KESIHATAN 


Dengan Herbalife aku belajar banyak pasal kesihatan dan mula mengamalkan pemakanan yg sihat. Sebelum ni aku seorang yg sangat suka makan. aku boleh makan banyak giler, di mana2, tak kira masa tanpa rasa bersalah. I'M  A HAPPY EATER kalau aku tak jumpa Herbalife, tak mustahil badan aku boleh jadi macam budak pakai topi tu. Aku tau tak ramai orang yang takut gemuk. tapi ramai orang yg takut Kanser. sedar tak orang gemuk paling senang kena kanser? sebab kebanyakan punca utama Kanser datang dari pemakanan. Mak aku meninggal dunia sebab kanser usus. Kalau aku tak jaga kesihatan aku, tak mustahil aku boleh kena penyakit yg sama sebab dah ada strong family history yg kena kanser. So insaf lah sebelum terlambat.



2. KEWANGAN
Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. betul? Duit boleh merealisasikan semua impian kita. Sebab Impian aku terlalu banyak so aku perlukan duit yg banyak utk capai semua impian2 tu. Mulanya aku tak teruja sangat dgn testimoni pendapatan distributor2 Herbalife ni sebab aku tak percaya dorang boleh dapat banyak tu. sebulan RM10,000 tu dah banyak giler dah bagi aku.ingat lg masa sekolah dulu aku pernah tengok statement gaji ayah kawan aku, akauntan Shell, sebulan RM 11,000!!! fuyoooohhh! kaya giler!! compare gaji ayah aku masa tu dalam RM 3,500. ayah aku Pengarah di jabatan kerajaan. kalau gaji akauntan je dah RM 11,000 gaji CEO  koman2 pun RM 50,000 lebih.

sebab tu aku susah percaya sebab Dalam Herbalife student je, dah boleh buat RM70,000 sebulan. RM 70,000 beb!!! sekali gaji boleh beli myvi sebijik. banyak giler duit!! aku tak leh imagine duit banyak2 ni,pening kepala..huhuuu..

So aku pun tak amik pusing sgt pasal income2 ni,kerja je utk qualify training n semua vacation Herbalife. aku fokus kat kerja aku, share dgn semua orang psal herbalife, pegi event, pegi training, follow up customer, tu je  last month income aku lebih RM 3,400!!! fuyooohhh!!! masyuk jugak keja ni! ni baru income bulan pertama, kalau income bulan ke 10 tak mustahil dapat lebih dari RM 10,000!! *verangan*

Bila aku sendiri dah dapat income yg best camni, baru aku percaya dgn gaji puluh2 ribu upline2 aku yg senior itu benar belaka. Aku pikir kalau dorang boleh dapat banyak tu, aku pon mesti boleh buat jugak satu hari nanti.

 Impian aku nak ada FINANCIAL FREEDOM,so boleh shopping without looking at the price tag, boleh bawa family n kawan2 makan kt fancy restoran dan aku yg bayar (again without looking at the price tag), boleh bawak family pergi haji dan umrah, boleh makan angin kat finland setiap tahun, boleh bayar ptptn lumpsam, dan paling penting boleh tolong lebih ramai org miskin, anak yatim, ibu tunggal n orang yg perlukan belanja perubatan di hospital. semua ni insyaAllah boleh jadi kenyataan dengan usaha dan izin Allah.



3. KEBAHAGIAAN


Kebahagiaan aku adalah bila aku boleh boleh bahagiakan orang yg aku sayang. Walaupun orang yg paling aku sayang, iaitu mak aku dah tak ada lagi tp aku yakin aku masih boleh bahagiakan dia dengan menjadi anak yg baik dan sedekah amal jariah. Kebahagiaan aku jugak bila aku boleh spend quality time dengan keluarga dan kawan2. Herbalife mendekatkan aku dengan kawan2 yg dah lama terpisah, mendekatkan aku dengan kawan2 baru yg bercita-cita besar dan bersemangat besar dan sentiasa memberi sokongan.

Kehilangan orang yg paling aku sayang adalah cubaan terbesar dalam hidup aku. Hanya Allah yg tahu betapa susahnya aku mencari kekuatan utk hidup setiap hari tanpa seorang ibu yg sgt aku sayangi. Alhamdulillah aku jumpa kekuatan aku dalam Herbalife.

Kerjaya sebagai wellness coach juga sgt membahagiakan lebih2 lagi bila customer2 aku berjaya turunkan berat badan dan improve kesihatan mereka. kejayaan mereka adalah kejayaan aku, kegembiraan mereka pun kegembiraan aku jugak.and this is what i call HAPPINESS ;)


4. KEBEBASAN 

Amazingnya Herbalife ni adalah masa kerja yg sangat flexible. kita sendiri tentukan jadual kita. nk kerja brapa jam sehari? nak mula kerja pukul berapa? semua kita sendiri yg tentukan. Kebebasan yg aku maksudkan adalah KEBEBASAN BEKERJA (be your own boss). Dan antara kebebasan2 lain adalah :


KEBEBASAN MENCARI ILMU

Gambar ni masa pergi ceramah Ustaz Don kat Yayasan Restu bulan jun lepas. Ceramah ni hari selasa pukul 9-11.30 pagi. kalau kerja ofishour, memang xdapat la join ceramah ni.


KEBEBASAN BERIBADAT

Dalam Herbalife walau sibuk sekali pun, aku bebas utk solat. setiap tempat training mesti ada surau atau tempat solat. so tak ada alasan tinggal solat. kalau aku solat lambat, itu adalah sebab aku malas atau tak pandai atur masa. Kalau dulu kerja sampai terlepas waktu solat, bekejar-kejar nak solat nak makan nak buat itu ini, sekarang tak lagi. Allah dah bagi kita rezeki, badan yang sihat, keluarga yg bahagia tapi kita tak ada masa nak sembah Allah. bak kata Ustaz Azhar, Manusia yg pandai cari makan tp tak solat sama macam lembu. Malukan? kita ni manusia bukan lembu. so cari lah bekalan utk dunia dan akhirat sebab kita tak tau esok kita masih hidup lagi ke tak. Bulan ramadhan tahun lepas aku sibuk dengan kerja, orang sibuk teraweh kat masjid aku sibuk layan customer yg tak pegi teraweh kat ikea. (cisss utk yg tak pegi teraweh) tapi Alhamdulillah sekarang aku boleh teraweh setiap malam. Walaupun ada event atau training pada waktu malam kami akan teraweh dulu kemudian sambung lagi lepas teraweh. Dalam Herbalife kami bekerja dan beribadat bersama2. Dan InsyaAllah 14 Ogos ni aku dan keluarga akan berlepas ke tanah suci utk menunaikan Umrah selama 2 minggu.  Alhamdulillah, nikmat Allah yg tak terhingga. .

teraweh bersama Untie Rahimah, President Team Melayu pertama Malaysia.  Income RM8000 sehari tapi ibadat tetap no 1.










KEBEBASAN BERSAMA ORANG TERSAYANG

Sejak mama meninggal, aku sgt menghargai setiap saat yg aku spend dengan ahli keluarga dan org tersayang. mungkin harini kita terlampau sibuk dengan kehidupan masing2 sampai kita tak sedar yg masa kita bersama org yg kita sayang semakin sampai ke penghujungnya.  Alangkah ruginya kalau kita biar masa tu berlalu macam tu saja. Punya masa kerja yg flexible bagi aku lebih banyak masa dgn keluarga. aku bebas utk bercuti tanpa perlu merayu2 kat bos.aku bebas beli tiket kapal terbang tak kira weekend atau weekdays. aku bebas membawa ayah aku ke training dan vacation herbalife. InsyaAllah bulan 9 ni aku bawa ayah ke Macau dan Hong Kong bersama trip Herbalife. Kerja sambil bercuti, siap boleh bawak family lagi. Lifestyle Herbalife memang sangat amazing!


                                                       family vacation di Jakarta bln june lepas.

kesimpulannya, apakah kerjaya sekarang memenuhi semua keperluan hidup anda? Tepuk dada tanya selera la kan.

tapi jika anda mahu kerjaya yg memberi  KESIHATAN, KEWANGAN, KEBAHAGIAAN, KEBEBASAN, TANYA SAYA BAGAIMANA! (HANYA MELAYAN ORANG SERIUS SAHAJA)



EARN WHAT YOU WORTH!
CONTACT YATIE 017-9772700

1 comment:

  1. Hi Yatie! love your blog:) I also wanna try herbalife, but seem a bit tight at the moment. Inshaa Allah soon and I will contact you. was wondering what are the cost of buying it, hop you can brief me online as I wont be around damansara for some time. Thanks Yatie!

    Regards,
    Leena

    ReplyDelete